Ads

Sedar


Hari ini aku sedar… daripada mimpi yang panjang. Sudah lama aku dikawal gerak. Dikawal dengan sebuah ideologi dan gaya hidup yang paling beracun, tetapi dihias indah dengan kesenangan. Aku buta dalam memilih. Aku khilaf dalam menafsir sesuatu perkara. Sudah lama Tuhan membiarkan aku hanyut bersama kebodohan yang didokong oleh diriku.

Aku tetap berdoa, walau aku tidak tahu apa yang baik bagi diriku. Aku hidup dengan telunjuk manusia yang pelbagai. Ada yang menunjuk ke kiri, ada ke kanan, hatta ada juga yang menunjuk ke bawah, sebuat isyarat “ Mati sebelum mati”. Dikawal seperti layang-layang yang tidak terputus talinya.

Umur yang dikurnia ini semakin lama semakin bertambah. Tetapi aku merasa semakin bodoh. Semakin hari aku bertemu dengan pelbagai ragam dan keindahan dunia. Semakin banyak pula yang melekat dalam hati. Walau dilindung, ia tetap meresap. Pergolakan jiwa muda dari  dalam yang meronta-ronta meminta lagi dan lagi.

Rupanya, selama ini Tuhan telah lama memberikan isyarat. Sesuatu yang boleh menjadi suatu titik tolak untuk berubah. Aku mengenali pula sesuatu yang lain daripada luar sempadan hidupku. Aku melihat dunia ini luas rupanya. Mengapa aku hanya menjadi layang-layang, dan tidak burung yang bebas menentukan hala tuju hidupnya sendiri.

Baru aku tahu mindaku ini sempit rupanya, hatiku kecil. Semua ini kerana aku melihat dengan mata. Bukan dengan hati. Keikhlasan, kebenaran rupanya luas dan sentiasa tertegak walau sentiasa dijatuhkan. Siapa yang dapat melawan kuasa Tuhan?   

Hari ini masa sudah suntuk lagi untuk aku terkial-kial mencari dan mengikut telunjuk orang lain. Hayatku ini adalah satu amanah, mengapa ia perlu dikawal oleh sebenang tali yang sesiapa sahaja boleh mengawalnya? Bukan kecil hatiku sebenarnya, Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan jiwa ini merdeka.

Perjuangan yang belum selesai….

Hanya kepada Tuhan aku memohon segala kebaikan…

24/4/13


Teknologi membentuk gaya hidup baru


Dunia sudah maju zaman sudah berubah. Aturan hidup manusia sudah semakin berubah. Anak-anak zaman dahulu petang-petang keluar bermain. Main gasing, guli, galah panjang dan banyak lagi. Hari ini mereka tidak lagi bermain seperti itu. Ps3, ipad, dan gadjet canggih mengambil alih.

Anak-anak zaman dahulu dahulu sekiranya bergaduh cepat-cepat akan meminta maaf kerana berpegang dengan adat dan budaya yang tinggi dalam diri. Mereka saling memerlukan. Pergaulan sosial secara terus menjadi sebahagian daripada kehidupan. Hari ini apabila bergaduh tidak menjadi masalah bagi mereka kerana “teman rapat” mereka masih disamping. Teman rapat itu dengan nama lain adalah gadjet canggih.  
seorang pemuda menghabiskan peratusan masa lapangnya dengan perkara berikut. 70% digunakan untuk melayari internet dan menonton video. 20% masa lapangnya digunakan untuk tidur, dan baki 10% masa lapangnya barulah digunakan untuk melihat dunia secara realiti dan melihat apa yang terjadi di sekeliling rumah mereka.

Dalam peratusan 10% pergaulan ini mereka boleh mengandaikan bermacam-macam perkara yang penting di sekeliling dengan tidak tahu punca. Maksud perkara sekeliling itu hanyalah perkara remeh, seperti siapa yang bertanggungjawab mengemas rumah?, siapa yang bertanggungjawab menyiram pokok?,siapa yang selalu membuang sampah, apa yang manusia sekeliling diri lakukan ketika 70% masanya digunakan untuk melayari internet dan 20% lagi untuk tidur.

Dalam konteks pergaulan yang sedikit bersama masyarakat ini mereka membuat andaian sendiri tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih parah adalah sekiranya perkara buruk sahaja yang nampak dan tidak merenung kebaikan masyarakat sekeliling. Ini adalah cerminan kepada hati.

Keruntuhan moral dan akhlak. Ilmu agama pada hari ini dikatakan mudah untuk dipelajari. Daripada mana? Pastinya Internet. Apabila ada permasalahan dalam hidup, buka laptop dan search permasalahan yang dihadapi. Keluarlah fatwa internet daripada Wikipedia dan seangkatan dengannya. Menjadi pedoman dan panduan yang dianggap menyuluh kehidupan.

Apabila ilmu dicari dengan cara seperti melayari internet, keberkatan daripada guru tidak ada. Ilmu itu dengan mudah didapati tanpa mengetahui siapa yang menyebarkannya. Jadilah ilmu itu pengetahuan. Apabila ia menjadi pengetahuan, buruklah kehidupan kita. Kita tahu itu haram. Tetapi perbuatan tidak menunjukkan itu haram. Kerana kecelaruan antara ilmu yang sepatutnya menjadi benteng dengan maklumat yang mudah 
didapati dalam internet.

Hari ini nilai kemasyarakatan dan persahabatan kian terhakis dengan kemajuan teknologi. Saya pernah terbaca suatu artikel, dajjal akan mengetuk semua pintu rumah manusia yang ada. Dan memaksa untuk mengikutinya. Dan ada yang berpendapat bahawa Fitnah dajjal ini merupakan capaian internet yang ada pada setiap rumah manusia. Dia tidak secara langsung mengetuk pintu rumah dengan fizikal. Pendapat ini ada kebenarannya. Wallahuaklam.

Ia berbalik kepada kita untuk memilih. Kelahiran kita atas dunia bukan satu pilihan, tetapi hala tuju kita dalam dunia dan destinasi akhir Allah beri peluang kita pilih. Hidup beragama juga yang menjadi benteng kepada kita untuk mengawal diri. Dengan kemajuan canggih ini kita perlu kepada suatu gaya hidup yang baru untuk mengawal diri kita daripada tenggelam dengan kemajuan teknologi. Dunia telah berubah dan strategi untuk menjaga Iman dalam diri perlu ada dalam zaman yang serba bebas dan canggih ini.

Semoga Allah redha dan memberikan rahmat kepada kita semua.


Perjalanan Menuju Dewasa


Suka saya untuk menulis tentang pengalaman selepas SPM dan semasa berada di Program Asasi dahulu. Banyak perkara pada saya penting yang berlaku, untuk dikongsikan bersama. Mana yang baik ambillah sebagai pengajaran, yang buruk jadikanlah sempadan.

Budaya Baru Dunia baru

Mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya merupakan suatu rahmat yang besar. Berbulan menunggu akhirnya dikabulkan jua oleh Allah S.W.T.  Sekali lagi diberi peluang untuk mengenal dunia dan kehidupan dengan skop yang lebih luas dan berbeza. Semasa berada di dalam program Asasi ini saya bertemu dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Saya suka melihat keadaan sekeliling terutamanya daripada pakaian yang dipakai. Daripada aspek ini saya membuat konklusi umum terhadap apa yang saya lihat bagaimana masyarakat yang bakal bergaul. Kehidupan yang bercampur dan pergaulan yang lebih luas memerlukan “sesuatu” yang kuat untuk menjaga diri. Ia tidak lagi seperti kehidupan di zaman sekolah dahulu, semuanya diatur. Hari ini semuanya sendiri yang mengatur.  Dunia baru ini adalah langkah baru untuk membawa diri dengan lebih berdikari. Harapan daripada Ibu dan Ayah juga mengiringi setiap langkah.

Keluar masuk pelajar

Selepas SPM banyak perkara masih belum stabil. Terutamanya aspek pemilihan tempat untuk menyambung pelajaran. Ini penting kerana bakal meletakkan kita didalam sesuatu bidang. Semasa di Asasi dahulu, keluar masuk pelajar adalah perkara biasa. Setelah mendaftar di Program Asasi ini, ramai rakan-rakan yang keluar kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Ada yang keluar untuk pergi ke Institut Perguruan dan ada juga yang mendapat tawaran untuk ke luar negara. Memanglah rasa sedih kerana terpaksa berpisah, tetapi masing-masing ada jalan yang sendiri. Tetapi inilah jalanku.

Status SPM

Kadang-kadang terbelenggu dengan status SPM. Keputusan tidaklah seperti pelajar cemerlang lain, cukup makan sahaja. lepaslah untuk program asasi ini. Tetapi mentaliti mahu relax selepas sekolah telah meracuni fikiran. Hari ini saya belajar, yang lepas itu adalah perkara lepas tiada guna untuk dikenang lagi. Tutup buku lama, buka buku baru. Cabaran yang lebih besar menanti dihadapan. Siap sedia untuk merempuh segala halangan.  SPM memanglah menentukan hala tuju kerjaya, tetapi, usaha adalah penentu terbesar. Tidak kisahlah ada kelayakan atau tidak jika usaha ada Allah bagi kejayaan. InsyaAllah

Bisness MLM

Ini juga adalah satu perkara lazim di Universiti. Bisness Multilavel Marketing (MLM).  Sesiapa yang tak tahu apa MLM ini, boleh tanya En Google. Ada beribu bisness MLM di luar sana. Targetnya adalah pelajar Universiti yang masih fresh. Kebanyakannya menipu sahaja. Berhati-hati dengan bisnes ini. jangan sampai tertipu. Minta rujukan daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Tanya siapa panel syariah. Penipuan memang berleluasa di luar sana. Perlu berhati-hati dan bijak. Apa guna kalau memiliki kepandaian dalam bidang akademik kalau tidak ada kebijaksanaan dalam kehidupan. Pada saya MLM ini baik, dapat membina keyakinan, komunikasi dan kemahiran berfikir. Tetapi berjaga-jagalah. Pandai-pandai bawa diri. Jangan sampai matlamat utama untuk belajar hancur berkecai.

Rakan-rakan

Ada pelbagai jenis rakan yang ada. Kita sahaja yang perlu pilih. Berkawanlah dengan orang yang ada cita-cita, rajin, dan bijak dalam aspek pengurusan. Rajin buat program, usrah, dan Tilawah. Untung ada kawan macam ini. Di dalam dunia luar ini ada pelbagai jenis rakan.  Nak lihat diri kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan.

Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan. Semoga ia bermanfaat. Ingat “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara” masa yang berlalu tak akan berulang lagi. 

Dialog bersama Tun Dr Mahathir Anjuran Kelab Che Det (KCD) siri ke-2


Pada 5.4.2013 yang lalu siri dialog bersama Tun Dr. Mahathir telah diadakan. Alhamdulillah sekali lagi essay dipilih untuk menyertai dialog ini sekaligus menunaikan lagi hasrat saya untuk bertemu dengan negarawan hebat ini. Impak bertemu Tun pada sesi dialog yang pertama temboh hari sungguh mengujakan saya. Hari ini, saya melihat dunia daripada suatu perspektif yang lain. Saya melihat suatu perjuangan, saya melihat ketelusan, saya melihat bahawa kehidupan ini jauh lebih besar daripada dunia remaja yang saya biasa lihat selama ini. ianya menjadikan saya terasa bodoh. Bertemu dengan seorang negarawan ini membuatkan saya barfikir dan mahu memahami apa sebenarnya yang Tun fikirkan. Alangkah kecilnya pandangan saya selama ini.

Hadir pada sesi dialog yang pertama dahulu, ianya tidak lebih untuk melihat Fizikal Tun sendiri. Seronok untuk berjumpa seorang yang telah menjadi pencetus kekuatan kepada diri. Tetapi selepas pulang dan menghayati apa yang disampaikannya pada sesi dialog pertama itu, membuatkan saya berfikir kembali motif saya bertemu dengan beliau. Beliau tidak mengharapkan apa-apa melainkan melihat anak bangsa gah mencapai kecemerlangan dan kegemilangan serata dunia. Beliau telah berusaha memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Hingga kini, beliau masih berjuang walaupun sudah tiada apa-apa kuasa.
Ia menimbulkan banyak persoalan kepada saya. Bagaimana dia melakukannya? Sungguh luar biasa pencapaiannya. Atas asas apa beliau melakukan? Dan apakah pandangan beliau terhadap sesuatu perkara. Asal ada artikel yang keluar dalam akhbar, yang disampaikan oleh  Tun Dr. Mahathir, saya akan baca. Pengalaman bertemu dengan beliau banyak membuka mata saya sebagai seorang Melayu. Saya tidak lagi mempersoalkan soalan saya selama ini, kenapa aku melayu?. Apa yang Tun lakukan, telah menjawab. Aku adalah melayu.
   
Saya ingin berkongsi sedikit dapatan daripada sesi dialog bersama Tun pada tempoh hari. Mungkin ramai yang ada menghantar essei tetapi tidak dipilih. Usaha ini adalah kesyukuran saya kerana terpilih untuk berjumpa dan berdialog lagi dengan Tun.  Semoga ia dapat memberikan manfaat. Sesi ini dijalankan dalam bahasa inggeris. Saya mengubah mengikut kefahaman saya. Walaupun bukan berlatar belakangkan pendidikan ekonomi, saya amat berminat untuk mendalami hal-ehwal ekonomi ini. ia agak panjang sedikit tetapi bacalah mungkin dapat memberikan sedikit pemahaman.

Sesi dialog :

Malaysia adalah sebuah negara yang yang kecil, tiada populasi penduduk yang besar dan masih lagi sebuah negara yang membangun. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara kita masih tidak mencapai standart KPI pembangunan.

Tetapi Malaysia boleh memainkan peranannya dalam membentuk ekonomi pada abad ke 21 ini. melihat kepada masa lalu, Saya rasa kita telah melakukan sesuatu yang baik dalam membentuk ekonomi dunia.
Dahulu, Negara kita mengeluarkan hasil getah dan bijih timah. Ia sangat penting untuk industri, dunia, dan dalam peperangan. Setiap tayar yang ada dalam dunia ini memerlukan getah untuk menciptanya. Untuk membawa apa sahaja barang, pasti roda akan digunakan. Tetapi pada masa itu kita tidak mendapat manfaat ini.  

Selepas kemerdekaan,
Kita beralih kepada industri pembuatan microchips. Kenderaan, Roket menuju ke bulan memerlukan chip. Chip itu dicipta di Malaysia. Dengan penciptaan microchips ia adalah nadi kepada bagaimana dunia menjalankan perniagaan. Rakan dagang kita berada dalam keadaan tidak stabil. Amarika, kesatuan Eropah dan juga Jepun telah salah dalam pengurusan ekonomi mereka.

Kita telah menasihati mereka bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah salah. Pada 1997/1998 kita memberitahu mereka bahawa sistem kewangan, dan perbankan mereka tidak baik untuk diamalkan. Hari ini itu menjadi realiti. Menjadi kaya berdasarkan kepada pasaran kewangan (financial market) adalah tidak bertahan lama. Pasaran kewangan ini berbeza daripada pasaran lain. Dalam Pasaran yang sebenar ada produk yang dihasilkan. Produk itu semestinya memerlukan sektor pembuatan, membungkus, memerlukan kenderaan untuk penghantaran meliputi laut, udara dan darat. Ia juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang. Masyarakat mendapat banyak faedah. Tetapi pasaran kewangan (financial market) 
tidak menghasilkan apa-apa produk. Secara asasnya ia adalah suatu perjudian.

Stock market adalah dimana pegangan syarikat (share) dipaparkan. Berdasarkan kepada  potensi syarikat tersebut, disitu keuntungan boleh dibuat. Orang ramai mahu melabur didalam syarikat yang membuat keuntungan. Malangnya sekiranya ramai orang mahu membeli  pegangan tersebut, nilai pegangan perusaharaan menjadi meningkat. Nilainya meningkat sehingga keuntungan yang dibuat oleh syarikat itu melalui perniagaan fizikal/ sebenar  tidak diambil kira lagi. Mereka membuat keuntungan berdasarkan perbezaan harga saham. Membeli dengan harga yang murah dan menjual kembali dengan harga yang mahal. Situasi ini tidak kisah dengan apa yang syarikat itu usahakan. Perniagaannya. Ianya hanya tentang pegangan. Tidak kisah sama ada syarikat tersebut rugi atau tidak. Dan orang ramai masuk ke dalam pasaran saham untuk perjudian.      

Tetapi syarikat tersebut tidak menjadi untung kerana harga penjualan itu tidak menyediakan sebarang peluang pekerjaan, tidak melakukan apa-apa. Ia hanya sebuah syarikat dengan pegangan saham sahaja yang meningkat. Tidak lagi disandarkan kepada sesuatu yang bernilai.
Short selling adalah dengan sengaja membeli pegangan (shares). Umpamanya begini, suatu pihak tidak ada pegangan itu, hanya menjual pegangan pegangan yang tidak dimiliki. Apabila menjual pegangan, harganya akan jatuh. Apa yang mereka lakukan adalah mereka menjual pegangan untuk menurunkan harga dan nilai pegangan. Apabila telah jatuh, mereka membeli dan menjual dengan harga yang tinggi kepada sesiapa yang mahu membeli dengan harga yang tinggi.

Short selling money. Perniagaan matawang (Currency trading) adalah proses yang sama. Mereka tidak ada wang tersebut. Mereka menyerang matawang ringgit sedangkan mereka tidak mempunyai ringgit. Mereka menjual ringgit. Apabila mereka menjual ringgit nilainya jatuh. Apabila terlalu banyak penjualan dan sedikit pembeli nilainya akan jatuh. Sama seperti nilai durian pada musimnya. Matawang pada hakikatnya tiada. Menjual sesuatu yang tidak wujud. Ini adalah sejenis penipuan yang berlaku dalam pasaran kewangan (financial market).

Hedge fund adalah produk kepada pasaran kewangan. Katakan  seseorang menerima satu perlaburan daripada seseorag yang lain. Jumlahnya sebanyak 1 juta. Satu juta diperlukan secara pinjaman untuk melabur. Pergi kepada bank dan memohon untuk meminjam sebanyak 10 juta. Pihak bank akan berkata tidak boleh 10 juta. Tetapi 1 atau dua juta mungkin boleh. Tetapi didalam Hedge fund, ambil deposit 1 juta dan boleh meminjam sebanyak 30 juta. 30 kali ganda wang untuk perlaburan pegangan. Sekiranya untung, ia menjadi 30 kali ganda keuntungan. Ini adalah konsep broker memberikan hutang untuk melabur (laveraging). Tetapi apabila rugi, kerugiannya juga akan menjadi 30 kali ganda sehingga tidak lagi mempu membayar hutang.

Hedge funds runtuh apabila tiada pulangan wang semula kepada mereka. Sistem perbankan dunia hari ini diilhamkan oleh puak yahudi. Dalam sistem konvensional, wang yang tidak dimiliki boleh dipinjamkan. Apabila bank meminjamkan wang, itu adalah aset kepada mereka. Bank menggalakkan orang ramai meminjam. Bank membuat keuntungan/ wang melalui ini. Di Amerika, mereka meminjamkan wang kepada orang ramai untuk membina atau membeli rumah. Tetapi peminjam tidak mempunyai wang untuk membuat pembayaran semula, mereka tiada pendapatan lagi. Maka bank akan merampas rumah yang peminjam bina atau beli itu. Tetapi pada hakikatnya peminjam tidak membina atau membeli rumah. Maka tidak ada apa-apa yang boleh dirampas oleh pihak bank. Bank tidak dapat semula wang yang dipinjamkan. Walaupun yang yang bank pinjamkan itu adalah wang bukan yang mereka miliki (virtual money) tetapi ia tetap direkodkan dalam sistem, lama kelamaan ia menunjukkan status bankrup.

Bank mengambil insurans untuk langkah keselamatan, tetapi  jumlah tuntutannya terlalu banyak dan pikak insuran tidak ada cukup wang untuk membayar. Jumlahnya terlalu besar. Semua financial product runtuh. Hari ini Amerika mengalami krisis kewangan. Beberapa Negara di Eropah telah bankrup dan menuju bankrup. Jadi pengaruh kita kepada ekonomi dunia ada disini. Kita memberitahu mereka yang mereka telah melakukan kesalahan. Sekarang mereka meniru langkah kita untuk melepasi krisis kewangan.  Apa yang kita lakukan adalah menetapkan kadar tukaran matawang.

Apabila syarikat mereka bankrupt, mereka membuat duit yang baru untuk memulihkan syarikat mereka. Kerajaan mereka print wang dan menggunakan wang itu untuk pulih daripada krisis. Mereka mencetak kira-kira 300 bilion dolar. Mereka menulis check. Hanya check yang masuk ke dalam bank. Hanya meletakkan nilai kepada check. Semuanya tidak ada ada nilai. Sistem kad kredit juga tiada wang tunai (cash). Kita hidup dalam dunia yang wangnya hanya khayalan (imaginary).

Wang sepatutnya disandarkan kepada emas. “ gold dinar ”. Emas ada nilainya yang tersendiri. Tidak seperti financial product yang tiada apa-apa nilai.

Jumlah perdagangan matawang pada satu hari adalah 4 trillion US, bersamaan dengan jumlah ekonomi Negara German pada satu tahun, 4 trillion USD. Tetapi 4 trillion USD di German itu menyediakan peluang pekerjaan, penghasilan produk, pengangkutan dan bermacam lagi aktiviti ekonomi.  4 trillion dalam pertukaran matawang tidak menyediakan peluang kerja dan aktiviti ekonomi fizikal. Ianya tidak menjalankan wang tetapi hanyalah paparan elektronik semata-mata. Inilah sebabnya mengapa dunia berada dalam keadaan yang sukar kerana sistem kewangan dan perbankan dibuka kepada penyalahgunaan.
Bank meminjamkan wang yang mereka tidak miliki. Apabila pinjaman yang mereka beri melebihi 30 kali wang yang mereka miliki. Inilah yang menjadi masalah. Kerana itulah kita mencadangkan emas. Emas mempunyai nilai yang tersendiri.  Emas meletakkan nilai untuk menentukan nilai sesuatu wang. Hari ini kita tidak ada sebarang emas. Ekonomi Amerika adalah bankrupt. Trillion dollar tidak bernilai.

Sistem kewangan telah runtuh dan apa yang kita katakan pada 1997/1998 berlaku pada hari ini. Malaysia memainkan peranan dalam keluar daripada kegagalan sistem banking, finance dan moneytary system.
Setakat ini sahaja sesi yang disampaikan oleh Tun. Sesi seterusnya diteruskan dengan pertanyaan soalan daripada para peserta. Soalan yang ditanya oleh para peserta yang hadir agak berkualiti.

Apa yang dapat saya simpulkan disini adalah kita tidak terjejas dengan kejatuhan sistem kewangan kerana negara kita tidak terlibat dalam perdagangan mata wang, hedge fund dan produk kewangan lain. Tun ada berkata, semasa pemerintahan beliau beliau telah menghalang hedge fund daripada memasuki Negara.    
Barat tidak mampu menyaingi kehebatan Negara Timur seperti Jepun, Korea dan China dalam menghasilkan barangan atau produk. Maka dengan ini mereka mencipta suatu sistem. Perdagangan matawang. Dengan ini mereka dapat membuat keuntungan dengan mudah berbanding menghasilkan produk. Tetapi kaedah ini tidak dapat bertahan lama, hasilnya, Negara barat sekarang ini menghadapi krisis kewangan yang amat teruk.
Sukar untuk Negara barat ini keluar daripada situasi semasa yang mereka hadapi ini. Tun berkata sekiraya mereka mahu belajar daripada Malaysia, mereka harus meninggalkan financial trading, currency trading. Mereka harus bermula daripada awal. Mereka kena membuat menghasilkan kembali barangan untuk bersaing. Bukan bermain matawang lagi. Mereka harus mendapat gaji yang rendah untuk produk yang baik bagi menyaingi kembali Negara seperti Korea dan China.

ada yang bertanya bagaimana mahu menggunakan dinar Emas? adakah nilai emas yang ada sekarang ini cukup dengan nilai wang yang ada dipasaran? jawapan daripada Tun bukanlah kita menggunakan emas itu untuk menggantikan wang fiat. Tetapi sandaran kepada emas itu. Dalam dinar emas, bukan lagi kepada USD.  kita menggunakan emas ini dalam perdagangan international sahaja. perbezaan matawang tetap ada antara negara, tetapi dalam konteks emas, harga emas itu sama. Konsep yang digunakan oleh Kelantan adalah salah. emas yang diperolehi bukan untuk disimpan, tetapi untuk disandarkan. Amerika tidak akan membiarkan situasi ini berlaku. mereka akan mempertahankan USD walau dengan apa cara.

Mengapa ekonomi Negara Jepun pada hari ini jatuh? Hal ini kerana mereka menukar dasar ekonomi mereka kepada Amerika. Mereka terlalu memandang tinggi kepada Amerika.

Rasanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya ada banyak lagi yang Tun sampaikan dan kongsi. Peluang bertemu dan berdialog bersama Tun ini sesuatu yang sungguh bernilai. Perkongsian daripada Tun selama 22 tahun mentadbir negara pada saya agak mahal. Tetapi sekiranya tidak dikongsi kita tidak tahu apa yang terjadi dan apa tindakan yang perlu dilakukan. Tun sentiasa melahirkan harapan yang besar kepada anak-anak muda. Faktor pendidikan, perkembangan sains dan teknologi menjadi penekanan. Tun sungguh praktikal. Teringan semasa kecil, ayah saya ada berkata Dr Mahathir ni salah seorang pemimpin yang Genius di Asia tenggara. Hari ini baru saya faham maksud ayah. Tapi bukan dalam skop asia tenggara, tetapi Dunia, terutamanya dunia Islam.  Perjuangan belum selesai. Untuk anak muda seperti saya pada hari ini, ianya baru bermula!


Thank You Tun for This Smile =)


Tambah kapsyen



Berterima kasihlah


Dahulu semasa kecil kita diajar untuk berterima kasih apabila seseorang menolong kita. Ibu dan bapa mengajar kita supaya menghargai budi orang. Adat dan budi bangsa melayu ini sungguh tinggi. Namun, ini hanyalah adat yang diwarisi dan diamalkan oleh bangsa Melayu lama. Keadaan telah berubah sama sekali pada zaman moden ini. Nilai keperibadian yang tinggi itu sudah kian terhakis dengan perubahan generasi baru ini.

Semasa susah kita memerlukan orang sekeliling untuk menolong kita. Seorang rakan memerlukan rakannya yang lain apabila menghadapi masalah. Sikap saling bantu membantu akan wujud kerana rasa kasih dan kasihan kepada rakan tersebut. Tetapi rasa kasih itu sering sahaja dibunuh!

Bagaimana ia dibunuh? Dibunuh atau terbunuh? Bagaimana ini berlaku.

Ini berlaku kerana tiada lagi budaya berterima kasih. Apabila susah, tahu merujuk kepada sekian orang, tetapi apabila senang, lupa kepada orang yang pernah menolong. Kata-kata seringkas Terima kasih sudah sukar untuk dilafaz, apatah lagi menunjukkan perasaan terharu dan rasa ingin membalas budi atas pertolongan yang diberikan.

Kadangkala, sungguh tidak faham apa yang tersemat didalam hati manusia seperti ini. hidupnya sungguh berkira, dan egonya sungguh tinggi. Ucapan Terima kasih itu seolah-olah sesuatu bala yang mahu diucapkan.
Sikap mementingkan diri yang ada dalam diri ini membuatkan ramai orang menjadi kesal, benci dan tidak mahu menolong lagi. Ini merugikan diri sendiri kembali pada masa hadapan. Hidup dalam dunia ini memerlukan toleransi.

Ucaplah Terima Kasih kepada orang yang selalu menolong kita, walaupun dalam perkara-perkara yang kecil. Dua patah ucapan ini membuatkan orang lain terasa dihargai dan tidak serik untuk menolong lagi.