Suka saya untuk menulis tentang pengalaman selepas SPM dan semasa
berada di Program Asasi dahulu. Banyak perkara pada saya penting yang berlaku,
untuk dikongsikan bersama. Mana yang baik ambillah sebagai pengajaran, yang
buruk jadikanlah sempadan.
Budaya Baru Dunia baru
Mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang seterusnya merupakan suatu rahmat yang besar. Berbulan menunggu akhirnya
dikabulkan jua oleh Allah S.W.T. Sekali
lagi diberi peluang untuk mengenal dunia dan kehidupan dengan skop yang lebih
luas dan berbeza. Semasa berada di dalam program Asasi ini saya bertemu dengan
pelbagai jenis dan ragam manusia. Saya suka melihat keadaan sekeliling
terutamanya daripada pakaian yang dipakai. Daripada aspek ini saya membuat konklusi
umum terhadap apa yang saya lihat bagaimana masyarakat yang bakal bergaul.
Kehidupan yang bercampur dan pergaulan yang lebih luas memerlukan “sesuatu”
yang kuat untuk menjaga diri. Ia tidak lagi seperti kehidupan di zaman sekolah
dahulu, semuanya diatur. Hari ini semuanya sendiri yang mengatur. Dunia baru ini adalah langkah baru untuk
membawa diri dengan lebih berdikari. Harapan daripada Ibu dan Ayah juga
mengiringi setiap langkah.
Keluar masuk pelajar
Selepas SPM banyak perkara masih belum stabil. Terutamanya aspek
pemilihan tempat untuk menyambung pelajaran. Ini penting kerana bakal meletakkan
kita didalam sesuatu bidang. Semasa di Asasi dahulu, keluar masuk pelajar
adalah perkara biasa. Setelah mendaftar di Program Asasi ini, ramai rakan-rakan
yang keluar kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Ada yang keluar untuk
pergi ke Institut Perguruan dan ada juga yang mendapat tawaran untuk ke luar negara.
Memanglah rasa sedih kerana terpaksa berpisah, tetapi masing-masing ada jalan
yang sendiri. Tetapi inilah jalanku.
Status SPM
Kadang-kadang terbelenggu dengan status SPM. Keputusan tidaklah
seperti pelajar cemerlang lain, cukup makan sahaja. lepaslah untuk program
asasi ini. Tetapi mentaliti mahu relax selepas sekolah telah meracuni fikiran.
Hari ini saya belajar, yang lepas itu adalah perkara lepas tiada guna untuk
dikenang lagi. Tutup buku lama, buka buku baru. Cabaran yang lebih besar
menanti dihadapan. Siap sedia untuk merempuh segala halangan. SPM memanglah menentukan hala tuju kerjaya,
tetapi, usaha adalah penentu terbesar. Tidak kisahlah ada kelayakan atau tidak
jika usaha ada Allah bagi kejayaan. InsyaAllah
Bisness MLM
Ini juga adalah satu perkara lazim di Universiti. Bisness Multilavel
Marketing (MLM). Sesiapa yang tak tahu
apa MLM ini, boleh tanya En Google. Ada beribu bisness MLM di luar sana.
Targetnya adalah pelajar Universiti yang masih fresh. Kebanyakannya menipu
sahaja. Berhati-hati dengan bisnes ini. jangan sampai tertipu. Minta rujukan
daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Tanya siapa panel syariah.
Penipuan memang berleluasa di luar sana. Perlu berhati-hati dan bijak. Apa guna
kalau memiliki kepandaian dalam bidang akademik kalau tidak ada kebijaksanaan
dalam kehidupan. Pada saya MLM ini baik, dapat membina keyakinan, komunikasi
dan kemahiran berfikir. Tetapi berjaga-jagalah. Pandai-pandai bawa diri. Jangan
sampai matlamat utama untuk belajar hancur berkecai.
Rakan-rakan
Ada pelbagai jenis rakan yang ada. Kita sahaja yang perlu
pilih. Berkawanlah dengan orang yang ada cita-cita, rajin, dan bijak dalam
aspek pengurusan. Rajin buat program, usrah, dan Tilawah. Untung ada kawan macam
ini. Di dalam dunia luar ini ada pelbagai jenis rakan. Nak lihat diri kita, lihatlah dengan siapa
kita berkawan.
Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan. Semoga
ia bermanfaat. Ingat “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara” masa yang berlalu tak akan berulang lagi.
No comments:
Post a Comment