Ads

Teknologi membentuk gaya hidup baru


Dunia sudah maju zaman sudah berubah. Aturan hidup manusia sudah semakin berubah. Anak-anak zaman dahulu petang-petang keluar bermain. Main gasing, guli, galah panjang dan banyak lagi. Hari ini mereka tidak lagi bermain seperti itu. Ps3, ipad, dan gadjet canggih mengambil alih.

Anak-anak zaman dahulu dahulu sekiranya bergaduh cepat-cepat akan meminta maaf kerana berpegang dengan adat dan budaya yang tinggi dalam diri. Mereka saling memerlukan. Pergaulan sosial secara terus menjadi sebahagian daripada kehidupan. Hari ini apabila bergaduh tidak menjadi masalah bagi mereka kerana “teman rapat” mereka masih disamping. Teman rapat itu dengan nama lain adalah gadjet canggih.  
seorang pemuda menghabiskan peratusan masa lapangnya dengan perkara berikut. 70% digunakan untuk melayari internet dan menonton video. 20% masa lapangnya digunakan untuk tidur, dan baki 10% masa lapangnya barulah digunakan untuk melihat dunia secara realiti dan melihat apa yang terjadi di sekeliling rumah mereka.

Dalam peratusan 10% pergaulan ini mereka boleh mengandaikan bermacam-macam perkara yang penting di sekeliling dengan tidak tahu punca. Maksud perkara sekeliling itu hanyalah perkara remeh, seperti siapa yang bertanggungjawab mengemas rumah?, siapa yang bertanggungjawab menyiram pokok?,siapa yang selalu membuang sampah, apa yang manusia sekeliling diri lakukan ketika 70% masanya digunakan untuk melayari internet dan 20% lagi untuk tidur.

Dalam konteks pergaulan yang sedikit bersama masyarakat ini mereka membuat andaian sendiri tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih parah adalah sekiranya perkara buruk sahaja yang nampak dan tidak merenung kebaikan masyarakat sekeliling. Ini adalah cerminan kepada hati.

Keruntuhan moral dan akhlak. Ilmu agama pada hari ini dikatakan mudah untuk dipelajari. Daripada mana? Pastinya Internet. Apabila ada permasalahan dalam hidup, buka laptop dan search permasalahan yang dihadapi. Keluarlah fatwa internet daripada Wikipedia dan seangkatan dengannya. Menjadi pedoman dan panduan yang dianggap menyuluh kehidupan.

Apabila ilmu dicari dengan cara seperti melayari internet, keberkatan daripada guru tidak ada. Ilmu itu dengan mudah didapati tanpa mengetahui siapa yang menyebarkannya. Jadilah ilmu itu pengetahuan. Apabila ia menjadi pengetahuan, buruklah kehidupan kita. Kita tahu itu haram. Tetapi perbuatan tidak menunjukkan itu haram. Kerana kecelaruan antara ilmu yang sepatutnya menjadi benteng dengan maklumat yang mudah 
didapati dalam internet.

Hari ini nilai kemasyarakatan dan persahabatan kian terhakis dengan kemajuan teknologi. Saya pernah terbaca suatu artikel, dajjal akan mengetuk semua pintu rumah manusia yang ada. Dan memaksa untuk mengikutinya. Dan ada yang berpendapat bahawa Fitnah dajjal ini merupakan capaian internet yang ada pada setiap rumah manusia. Dia tidak secara langsung mengetuk pintu rumah dengan fizikal. Pendapat ini ada kebenarannya. Wallahuaklam.

Ia berbalik kepada kita untuk memilih. Kelahiran kita atas dunia bukan satu pilihan, tetapi hala tuju kita dalam dunia dan destinasi akhir Allah beri peluang kita pilih. Hidup beragama juga yang menjadi benteng kepada kita untuk mengawal diri. Dengan kemajuan canggih ini kita perlu kepada suatu gaya hidup yang baru untuk mengawal diri kita daripada tenggelam dengan kemajuan teknologi. Dunia telah berubah dan strategi untuk menjaga Iman dalam diri perlu ada dalam zaman yang serba bebas dan canggih ini.

Semoga Allah redha dan memberikan rahmat kepada kita semua.


1 comment:

  1. dulu time kecik2 selalu pergi mandi sungai...sampai kena 12 jahitan kat kaki..tapi tetap pegi gak sampai kena pulak buluh tajam...petang2 petik pucuk ulam gembo-gembo ngan pucuk paku..walaupon x makan ...tapi benda ni sangat sedap dibuat...sebab ramai kawan etek..budak2 sekarang x pergi pon sungai...kan ABDUL...KAN KAN KAN...

    ReplyDelete