Alhamdulillah salah seorang adik berjaya mendapat peluang
belajar di sekolah ini. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah berasrama
Penuh (SBP). Ianya seangkatan dengan sekolah yang kebiasaannya kita dengar
dengan nama Sekolah Sains, yang menjurus kepada aliran agama.
Terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Malaysia ini iaitu
SMAP Labu, SMAP Kajang dan SMAP Bentong. Tujuan saya menulis adalah untuk
memberikan sedikit informasi kepada para ibu bapa yang bakal mendaftarkan anak-anak
mereka pada 29/1/13 ini. Hari ini kami sekeluarga berpeluang melawat ke sekolah
ini. Lawatan awal sengaja dibuat untuk memudahkankan lagi urusan pendaftaran
pada 29/1/13 ini.
Suasana Awal
Daripada Exit Tol Karak perjalanannya mengambil masa
kira-kira 20 minit. Lokasi sekolah ini letaknya agak di pendalaman juga. Sepanjang jalan
daripada Exit tol karak, kiri dan kanannya adalah hutan, dusun dan
perkampungan. Suasana yang amat sesuai untuk seorang pelajar, jauh daripada
kesibukan kota. Saya menasihatkan supaya memandu dalam keadaan tidak terlalu
laju dan tergesa-gesa kerana keadaan jalannya yang beralun dan berlubang serta
kawasan perkampungan yang menjadi laluan utama penduduk disitu.
Ketika asyik melawat
sekolah, tiba-tiba terjumpa pula dengan seorang rakan Ayah. Anaknya berada di
sekolah ini, tingkatan satu. Katanya pelajar hanya dibenarkan pulang sebulan
sekali. Untuk Outing pula adalah di Bandar Bentong yang jaraknya mengambil masa
selama 30 minit. Umi bertanya kepada rakan ayah, Sekolah ni ada apa-apa masalah
tak?. Katanya tiada masalah, Cuma yang menjadi masalah, anak lelakinya yang
tingkatan 1 itu terpaksa tinggal seorang diri dibilik asrama kerana pelajar masih tidak ramai. Sebuah bilik dapat memuatkan 8 orang pelajar. Katil 2 tingkat. Kemasukan
tingkatan 4 pada tahun 29/1/13 ini merupakan batch yang pertama yang bakal
mengambil SPM pada tahun 2014.
Risau
Menjadi kerisauan juga kerana sekolah ini masih baru. Risau
itu adalah kepada aspek pengurusan dan guru-guru yang bakal berjuang disini. Ayah
berkata, sekolah ini sekolah baru, pengurusan pun belum mantap. Kalau guru-guru
muda pula yang akan memikul tanggungjawap mengajar, pastinya keadaan akan
menjadi lebih risau. Ini kerana guru-guru muda masih “fresh” dan tidak ada
banyak pengalaman dalam mendidik dan menguruskan pelajar. Bukanlah meragui
kemampuan tetapi hanyalah kata-kata hati yang pastinya mahu dielakkan daripada
berlaku. Saya menambah, rasanya kita tidak perlu risau kerana sekolah ini
adalah sekolah berasrama penuh. Pastinya pihak kementerian yang
bertanggungjawab menguruskan pentabiran pusat semua sekolah berasrama penuh di Malaysia
ini ada ramuannya yang tersendiri. Saya yakin mereka berpengalaman dalam
menguruskan anak-anak emas mereka ini. Ia bukan sekolah biasa. Pemantauan yang
ketat dan teliti pastinya akan diberikan.
Batch yang awal ini perlulah banyak berkorban kerana sudah
semestinya banyak kemudahan masih belum dapat disediakan secara maksima.
Bagaimana perkembangan akademik adik anda disini ye, anak saya baru dapat panggilan untuk tingkatan satu 2014.
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya ok. Adik saya masuk sini tingkatan 4. Mereka hanya ambil yg mendapat 9A PMR sahaja. Jadi persaingannya amat sengit. Secara umumnya ok2 sahaja. cuma mula2 dia agak terkejut dengan suasana baharu. sekarang dah ok.
ReplyDeletealhamdullilah..anak perempuan akan daftar form 4 pd 5 feb, 2014..tp risau jugak..sapa2mboleh bg idea pengalaman anak2 sek kat sana
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteNi lanjutan daripada post ini. Saya dan keluarga melawat adik yang berada di SMAP Bentong ini. sudilah membaca ya =)
ReplyDeletehttp://abdulmuhaiminyusri.blogspot.com/2014/01/melawat-hidayah-19-januari-2014.html
Nak tnya ni...warna sluar budak lelaki sama ke dgn sekolah mnengah biasa..tlg share ye..nk beli tp cnfuse.
ReplyDeleteSama sshaja macam SMK biasa
DeleteAdik nama hidayah yusri ke?
ReplyDeleteHehe. Betul
Deleted sklh ni ad subjek bahasa arab x? blh tlg tyakn adik berapa bil guru ba d sana?
ReplyDeleteada. ramai jgak
Deletebest sklh ni.. msuk form 1 thun ni..
ReplyDeletenak dapat masuk sekolah ni hanya tengok result upsr atau tengok sekali result srk agama.
Deletedua2 dia tgk
DeleteKalau hnya belajar bahasa arab semasa tkn 1-3 , blh ke ikuti program tahfiz model ulul albab di smap bentong?
ReplyDeleteMinimum upsr berapa A?
ReplyDeletenormally kebanyakan SBP minimum 4A..
DeleteBerapa kos untuk masuk skolah ni
ReplyDeletestandard sbpi - pibg 450.00 , yuran 250.00(gaji bwh 5k) 750.00 (gaji lbh 5k) lain2 baju la, seragam la, buku la, bajet 500.00.. anak sy sbpi gombak daftar last yer.. boleh bayar sikit2 bagi yang taknak bayar full masa hari pendaftaran.
Deletenk tnye klu upsr dpt3A je tapi sklh agama upkk n psra dot mumtaz layak ke masuk sklh ni..
ReplyDeletelayak jika lulus ujian pemilihan dan ada kekosongan.. soal nya rezeki jer.. sy doakan anak tuan berjaya..
DeleteTemuduga hafazan biasanyer tanya surah apa?anak saya kena hadiri temuduga esok utk tktn 1/2020..
ReplyDeleteassalamualaikum bagaimana laman nak semak tawaran utk temuduga kemasukan ting 1 2020
ReplyDelete