Mendengar cerita tentang penderitaan seseorang cukup
menginsafkan. Petang tadi umi ziarah seorang kawannya yang sedang menderita
kanser payudara. Agak mengejutkan Umi, kerana beberapa bulan yang lepas dia
masih sihat dan makan bersama-sama. Dia juga Seorang guru di SK Bukit Puchong
bera, Pahang DM.
Walaupun ketulan barah sudah dikeluarkan, tetapi bakinya
masih ada didalam badan dan kini Kansernya sudah merebak ke kepala dan perut. Dia
sudah tidak berupaya menggerakkan tubuh badan dengan sempurna. Pemikirannya
juga sudah kian lupa. Seorang guru yang dahulunya bertenaga berjuang untuk masa
hadapan pelajarnya kini terlantar di katil. Tiada apa-apa yang mampu dilakukan.
Sakit… sakitnya kepala. Itu sahajalah yang mampu diucapkan. YaAllah Engkau
sayangilah wanita ini. Banyak jasanya kepada Ummat ini. Jika sebelum ini kita
yang masih sihat ini sibuk mencari baju dan kasut baru, apalah ertinya ini
semua kepada guru itu tadi. Dia sempat memohon maaf andai ada salah dan silap
sepanjang perkenalan dengan umi. Sewaktu pulang, kedengaran lagi sakit…sakit…sakitnya
perut. YaAllah, hibanya hati ini.
Hidup ini hanyalah pinjaman. Terpulang kepada kita sejauh
mana kita merasakan ini semua adalah pinjaman.
Aku bersyukur YaAllah, hari ini wanita itu bukan aku. YaAllah
jadikan aku seorang yang bersyukur kepadaMu. Janganlah engkau biarkan aku
berada dalam kebodohanku. Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa atas segala
sesuatu.
No comments:
Post a Comment