Cuti semester, masa untuk
melapangkan masa bersama keluarga. Pada cuti sekolah hujung tahun yang lalu, tidak
berkesempatan untuk pulang bercuti bersama adik-adik kerana kesibukan
menghadapi peperiksaan akhir. Cuti semester ini merupakan peluang untuk bertemu
adik-adik walaupun mereka berada di asrama. Cuti hujung minggu yang lepas
berkesempatan melawat Hidayah yang berada di SMAP Bentong. Seronok melihat
wajah pelajar asrama apabila melihat kedatangan Ibu bapa dan ahli keluarga
datang melawat. Wajah yang begitu ceria!
Tahun ini Hidayah sudah berada di
tingkatan 5. Tahun yang paling sukar di alam persekolahan kerana ada
peperiksaan yang amat penting pada hujung tahun, SPM.
Memandangkan banyak pertanyaan
dalam post yang lepas tentang SMAP Bentong ini saya mengambil kesempatan juga
untuk bertanyakan adik tentang update semasa sekolah ini. Katanya semakin
seronok tinggal di sekolah ini. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang cukup
islamik. Ia melahirkan para professional dalam bidang sains dan pada masa yang
sama mengisi juga jiwa anak-anak ini dengan ilmu-ilmu agama.
Saya bertanya tentang bagaimana
guru-guru sekolah ini mengajar, katanya ok, best saja. Setakat ini guru yang
mengajar di tingkatan 4 merupakan guru yang sama mengajar di tingkatan 5. Saya
bertanya, adakah mereka ini muda-muda atau berpengalaman? katanya, bercampur.
Ok ka? Ok saja, tak ada masalah. Cuma apabila di tingkatan 5 ni mereka lebih
bersungguh untuk mengajar.
Cerita tentang guru muda
mengingatkan saya sewaktu sekolah
dahulu. Ada juga guru muda yang mengajar sampai ke tingkatan 5, dan dia begitu
bersungguh-sungguh. Dengan tenaga yang ada padanya membuatkan kita terkepung
dengan perhatiannya. Dan akhirnya subjek yang saya belajar di bawahnya mendapat
keputusan yang baik juga. Mungkin lain pula dengan guru berpengalaman, mereka
lebih santai, bermain dengan psikologi dan pengalaman.
Berkaitan dengan akademik,
pencapaian sekolah ini cukup membanggakan. Peperiksaan tingkatan 4 (first
batch) pada tahun lepas sekolah ini mendapat kedudukan ke 2 daripada kalangan
SBP selepas Sekolah Tun Fatimah. Katanya ranking ini tidak ada di internet
kerana sekolah ini masih baru dan masih belum mendaftar dengan sistem ranking
yang saya sendiri tidak tahu bagaimana prosesnya.
Untuk pengambilan tingkatan 4
kali ini katanya dia akan menjadi kakak facilitator. Seramai 15 orang guru
tahfiz akan dibawa masuk untuk menjaga pelajar baru tingkatan 4 pada kemasukan
kali ini. Setiap guru tahfiz ini akan memegang lebih kurang seramai 15 orang
pelajar.
Asrama pula masih banyak yang
kosong. Untuk intake kali ini ada juga kemungkinan pelajar yang baru masuk ini
mendapat asrama yang masih baru. Sempat untuk saya sembahyang zohor disini.
Teringat ketika masuk kedalam surau semasa mendaftar adik dahulu, surau ini
kosong, tidak banyak kelengkapan. Tapi hari ini surau ini sudah nampak begitu
ceria dengan kemudahan yang ditambah baik.
Selepas solat para pelajar
diminta untuk menyampaikan ceramah mengikut jadual yang disediakan. Daripada
sini ia dapat melatih aspek pengucapan umum dalam kalangan pelajar. Adik pernah
cerita kekagumannya dengan beberapa orang pelajar yang menyampaikan tazkirah dengan begitu mantap disertai dengan ayat-ayat Quran dan hadis.
Hujung minggu merupakan hari yang
ditunggu-tunggu oleh pelajar di sini. Mereka dibenarkan turun bermain pada
waktu malam. Kawasan permainan diterangi lampu spotlight yang terang, dan
kantin akan ditutup pada pukul 1 pagi.
Ada juga pelajar yang mengambil
keputusan untuk keluar daripada sekolah ini walaupun telah menghabiskan setahun
pengajian di sini. Situasi yang sama berlaku semasa saya bersekolah dahulu.
Akhirnya mereka yang keluar selalunya akan menyesal. Kerana banyak faktor,
antaranya mereka keluar ke sekolah lama dengan harapan bertemu rakan lama,
tetapi rakan-rakan mereka telah berpindah ke sekolah yang lain dan ketika hari
keputusan SPM, keputusan yang meraka perolehi tidak setanding rakan-rakan di
sekolah yang mereka keluar ini. Pada saya, saya begitu yakin dengan sistem yang
ada dalam sekolah berasrama penuh ini. Mungkin ini adalah sebuah sekolah yang
baru, tetapi sistem yang pendidikan diamalkan bukan sesuatu yang baru.
kantin sekolah |
masa yang ada bersama ayah diguna sebaik mungkin |
sesi tazkirah oleh pelajar |
No comments:
Post a Comment