Ads

Dialog Bersama Tun Dr Mahathir Anjuran Kelab Che Det (KCD). Part 1


Menulis essei

Beberapa tahun yang lalu saya pernah berangan-angan untuk bertemu dengan Tun Mahathir Mohamad. Pada ketika itu terfikir bagaimanakah jalannya untuk bertemu dengan tokoh ini. Persiapan awal dilakukan dengan membayangkan “ kalau aku dapat jumpa tun, apa yang aku nak tanya? ”lantas beberapa soalan dikarang dengan harapan pada suatu hari nanti jika Allah izinkan untuk bertemu Tun segala yang terpendam di dalam hati ini dapat ditanya dan diberikan penjelasan.

Perasaan untuk bertemu Tun semakin berkobar-kobar apabila saya membeli dan membaca buku doktor umum hasil terjemahan Doctor in the House karya Tun Sendiri. Ia mengisahkan perjalanan beliau sejak kecil, menjadi perdana menteri, hinggalah kepada harapan dan wawasan beliau untuk membina sebuah Negara yang maju dan aman untuk didiami oleh semua orang. Ingin sekali melihat watak Tun yang sebenar untuk dibandingkan dengan dengan bayangan sendiri hasil daripada pembacaan.

Pada pertengahan bulan satu yang lalu saya ada terbaca satu post daripada kelab Che Det di laman sosial Facebook. Ianya pemberitahuan tentang pertandingan menulis essei. Setiap essei yang dipilih akan dijemput berdialog secara ekslusif bersama Tun Dr. Mahathir di yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Tajuk essei adalah dasar luar yang dilaksanakan ketika Tun menjadi Perdana menteri. Selama ini tidak pernah langsung terfikir untuk membaca dan mengkaji tentang dasar-dasar luar Negara, apatah lagi pada era pemerintahan Tun sendiri. Pada ketika Tun meletakkan jawatan, saya baru berusia 11 tahun. Pada mulanya memang mahu mengalah untuk menulis kerana kesempitan idea dan pengetahuan. Tetapi, dorongan yang kuat untuk bertemu Tun mengatasi juga.  Beberapa hari sebelum menulis saya cuba mencari sedikit maklumat daripada Internet dan daripada beberapa sumber lain.

Hasil pencarian tentang dasar luar yang dilaksanakan oleh Tun, barulah saya ketahui bahawa Tun ini bukan hanya masyur di dalam Negara, tetapi Tun juga seorang yang cukup lantang mengkritik serta memberikan pandangan kepada dunia dan Islam. Essei dikarang dengan lafaz bismillah dihantar kepada pihak penganjur. Mungkin dengan sedikit usaha yang dilakukan ini dapatlah menjadi sebab mengapa saya perlu bertemu Tun.
Alhamdulillah essei diterima. Saya menceritakan kepada umi essei saya terpilih. Tidak berkata panjang, Umi kata pi lah, bukan senang nak jumpa Tun. Umi yang hampir 50 tahun ini tak pernah jumpa Tun lagi katanya sambil ketawa kecil.

Pengangkutan

Masalah pertama selesai, essei diterima. Masalah yang kedua adalah bagaimana untuk ke Putrajaya? Hasil carian di internet ternyata Yayasan Kepimpinan Perdana ini terletak agak jauh terperosok berbanding bangunan-bangunan pentadbiran yang lain. Buntu juga jadinya. Tanya beberapa orang rakan yang berada di UiTM Shah Alam mereka juga tidak tahu bagaimana untuk ke sana. Tak apalah, saya fikir redah sahaja. Apa boleh buat. Semasa mengikuti pendaftaran adik di SMAP Bentong, saya menerima masej, mengesahkan kehadiran samada hadir atau tidak ke program pada keesokan harinya. Dan masej yang paling dinanti-nantikan ada di belakang ayat. Jika ada masalah penganggukutan sila nyatakan. Ini sudah baik. 
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, awal-awal pagi Umi sudah pesan, nanti kirim salam kat Tun, 
Assalamualaikum… InsyaAllah.

Perjalanannya bermula. Seawal 9 pagi bertolak ke Kuala lumpur dengan menaiki bas. Seperti yang dijanjikan semalam, saya perlu berada di jelatek pada pukul 11. Tetapi pukul 10.30 masih berada di highway. Rasanya tidak sempat untuk mengotakan janji pukul 11. Janji melayu??. Langsung tidak boleh pakai, Kata kepada diri sendiri. Syukurlah pihak penganjur boleh bertimbang rasa dan memahami.

Putrajaya  

Keindahan Putrajaya begitu mempersonakan. Inilah pertama kali sampai ke Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Walaupun di Putrajaya, lokasinya agak jauh di dalam. Agak sukar untuk kenderaan awam masuk ke sini. Tiada apa-apa selain hutan dan jalanraya yang kosong. Kaki mula melangkah menuju ke pintu utama. Sambutan yang diterima oleh kakitangan di sana agak mengharukan. Ditambah pula dengan perasaan teruja melihat perbagai koleksi daripada perdana menteri terdahulu yang dipamerkan.



Seorang staff bertanya, dah solat? Kalau belum surau ada di bawah. Wajahnya seperti datang daripada sabah, saya hanya menyangka. Pertanyaan ini merupakan pandangan pertama saya kepada staf-staf disini. Kami dijemput untuk masuk ke tempat dimana sesi dialog bakal diadakan pada sesi petang. Agak terkejut apabila melihat bilik tersebut. Ianya seperti meeting room. Jangkaan saya sesi ini hanya diadakan seperti kebiasaan, Tun akan duduk diatas bersama moderator, para peserta berada di bawah, dan sebuah microphone disediakan untuk diajukan soalan. Ternyata saya telah salah faham konsep forum dan dialog. Microphone disediakan seorang satu dihadapan meja. Apa yang tinggal hanyalah pertanyaan kepada Tun pada program petang nanti.



Sebelum program bermula, kami dibawa melawat ke Pustaka Perdana Library. Disini pelbagai bahan-bahan rujukan dikumpul dan ianya berkaitan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri terdahulu. Tidak sangka ada juga tempat seperti ini. Ianya adalah tempat untuk mengkaji dasar-dasar lepas yang dibawa oleh Perdana menteri dahulu yang memerintah. Dengan mengkaji sejarah, dapatlah kita mengetahui kelemahan-kelemahan yang berlaku supaya ia tidak diulangi dan dapat diperbaiki pada masa hadapan.





Kami difahamkan sesi bermula pada pukul 3.30 petang, tetapi Tun sendiri yang mahu mengawalkan program pada pulul 3.00 petang. Tun amat suka bertemu dengan mahasiswa/I apatah lagi pada dialog ilmiah seperti ini. Para peserta dialog diminta berbaris untuk menyambut Tun. Hati terasa berdebar kerana inilah pertama kalinya saya bakal melihat Tun secara realiti. Kelihatan Tun keluar daripada bilik persiapan. Beliau terus bersalaman dengan para peserta. Satu persatu beliau salam dengan senyuman yang amat manis sekali. Tun tidak hanya bersalam, Tetapi memerhati juga wajah peserta yang disalamnya dengan teliti sekali. Terasa bagaikan mimpi melihat Tun. “ Assalamualaikum Tun, saya Abdul Muhaimin daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka, mak ayah saya sampaikan salam kepada Tun. Belum sempat Lafaz assalamualaikum diucapkan Tun sudah menjawab, Walaikummussalam.. dengan nada suara yang lembut. Beliau memerhatikan saya dengan senyuman yang cukup manis.




1 comment:

  1. untongla dapat jumpe Dr. M....x lama lg mu pulak ganti ambik jawatan die...haaaaaahaaa

    ReplyDelete