Kerjaya dalam bidang kejuruteraan bukanlah sesuatu
tugas yang mudah, sehingga pernah saya mengimbau kembali betapa nikmatnya
menjadi seorang peniaga air pasar malam dahulu. Saya tersenyum melihat yang
lebih junior bergambar bangga dengan kursus kejuruteraan yang mereka ambil. Mereka
tidak tahu bahawa tidaklah indah sebenarnya menjadi seorang Engineer.
Sebagai seorang yang masih baru tiada apa yang boleh
diharapkan. Hanya pengetahuan asas tentang production yang menjadi asas hanya
untuk mengagak perjalanan proses. Pengalaman amatlah jauh sekali. Keadaan lebih
mencabar apabila masuk ke dalam industri yang amat berbeza daripada apa yang
belajar.
Hanya semangat tidak mudah mengalah dan rasa
bersyukur diterima kerja yang memandu untuk terus mara mengambil tanggungjawab seterusnya
mahu membuktikan sesuatu, “Mereka tidak ambil salah orang untuk melaksanakan tugas
ini”.
Soal wang tolak tepi dahulu. Apa yang penting adalah
mendapatkan kepercayaan, menyerap sebanyak mungkin ilmu yang diperlukan untuk
menjadi lebih independent dalam melaksanakan tugas. Daripada sini keikhlasan
hati untuk melakukan yang terbaik dapat membuka semua pintu kepada ilmu pengetahuan.
Semuanya adalah berkenaan soft skills. Ini berkaitan
dengan cara bagaimana memperoleh sesuatu informasi. Malu bertanya, memang akan
terkapai-kapai, komunikasi tak baik boleh mengundang salah faham, tanya lebih pun orang meluat. Ianya berbalik kepada bagaimana cara kita untuk mendapatkan
sesuatu.
Ini semua tidak mungkin memerlukan buku untuk
dirujuk, lebih kepada pengalaman. Pengalaman dalam persatuan semasa universiti itulah yang paling mahal sekali. Ia menentukan bagaimana cara kita untuk
mengendalikan sesuatu. Orang yang bekerja ni datang daripada pelbagai latar
belakang.
Ada orang tak perlu cakap banyak dah boleh dapat, ada
yang kena tahan maki dulu baru dia cerita, ada yang suka sangat menyelit cerita
lucah dalam perbicaraan. Macam-macam ragam. Yang pasti objektif tercapai,
maklumat diperolehi. Ini semua soft skills.
Melayan kerenah manusia bukan sesuatu yang mudah. Dua
tahun yang lepas saya pernah bertanya kepada seorang manager dalam sebuah talk.
Apakah pengalaman yang paling mencabar kepada tuan sepanjang bergelar manager? Katanya
adalah menguruskan manusia.
Hari ini saya merasai apa yang dikatakan. Hari-hari
menyumpah dalam hati. Ini juga memerlukan soft skills. Kita boleh handle dengan
cara yang soft. Tapi selalunya tak akan jadi soft pun.
Sedang belajar bagaimana bermain dengan cara yang
lembut.
No comments:
Post a Comment