16 Feb 2015. 3 bulan 2 hari selepas kematian Mr Tan.
Sepanjang cuti memang mengikuti rapat perkembangan kilang. Bulan 12 yang lalu
saya tanya pada second boss tentang masa hadapan kilang. Dia tak dapat bagi
kepastian apa yang akan jadi lepas bulan 2. Sekarang sudah pertengahan bulan 2.
Production sudah tidak ada. Order yang habis tak berganti. Pekerja seorang demi
seorang berhenti. Hari ini last day sebelum cuti raya cina. Mereka akan bercuti
panjang sampai 27 Feb tanpa gaji.
27 Feb ini penentuan nasib kilang ini sama ada akan
ditutup atau diteruskan dengan owner baru. Saya tanya pada second boss, jujur
dia katakan 90% akan tutup. Saya tak tahu 10% tu apa perancangannya. Saya tanya
kalau Connie (second boss) run lagi kilang ni masih ada masa hadapan? Katanya
memang boleh maju, tapi dia tak mahu lagi.. Dia nal balik KL. Hatinya hancur
dengan pemergian Mr Tan. Dia cukup sedih.. Kalau takdir Kilang ni tutup, bukan
disebabkan oleh bankrup, tetapi soal hati dan perasaan. Mahu melupakan tragedi
yang menimpa our best boss ever.
Tadi Semua pekerja boleh ambil mana-mana kayu yang
mereka nak. Saya ambil 3 ketul sample produk untuk dibuat kenangan. Stok kayu
dalam kilang dah siap kemas untuk dijual semula. Sempat berbual dengan pakcik
zul dan roslan, yang masing masing berumur 40an. Pakcik roslan dah kerja lebih
kurang 25 tahun dengan kilang. Katanya mungkin pakcik akan buka warung roti
canai lepas ni. Orang nak ambil pakcik kerja pun susah sebab pakcik dah
berumur.
Masa balik tadi Connie hulur angpau pada semua
pekerjanya termasuk saya. Semua orang keluar kilang dengan angpau, limau dan
kayu frame yang mereka pilih daripada kilang untuk bawa balik. Apa yang terjadi
ni adalah pengalaman yang cukup mahal dan bermakna. Baru saya tahu macam mana
perasaan kehilangan kerja sebab kilang tutup. Ia bukannya perkara yang mudah.
Sukar sebenarnya kehidupan.. Banyak nilai yang saya dapat. Hati dan perasaan
melebihi wang ringgit.
Saya sengaja balik lewat malam dari kilang hari ni
untuk tutup tingkap kilang, ikut abg Is (security) buka lampu kilang waktu
malam dan tengok pintu utama ditutup seiring tenggelamnya matahari untuk hari
ni..
Sedihnya... So bagaimana Encik kini survive kehidupan dengan bisnes ke bagaimana ya?
ReplyDeleteSaya masih belajar. Insya Allah lepas ini akan cari kerja.
DeleteSedihnya... So bagaimana Encik kini survive kehidupan dengan bisnes ke bagaimana ya?
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya sudah bekerja sebagai engr. sekarang di melaka. Dalam masa yang sama buat business part time.
Delete