Ads

Baucar buku 1 Malaysia 2015


Alhamdulillah dapat lagi baucar buku pada tahun 2015. Dalam dilema, nak buat apa ya dengan baucar buku ni. Macam biasa ada yang tawarkan untuk pecah dengan cash RM 200 (jangan buat terkejut). Kali ini sangat ramai yang menawarkan penukaran baucar kepada wang. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya agak susah nak jumpa mereka yang boleh menukarkan baucar ini kepada wang. Setiap baucar yang mereka ambil akan di charge RM 10. Bermakna kalau tebus baucar buku sebanyak RM 250 tu akan dapat cash RM 200. RM 50 Untung atas angin kepada pihak yang menawarkan penebusan. Kalau 10 orang yang tukar mereka sudah untung atas angin RM 500.

Tapi kalau diguna di kedai buku MPH jumlahnya boleh dapat RM 300 dengan pemberian baucar RM 50 kalau guna baucar RM 250 sekali gus. RM 50 yang diberikan oleh pihak MPH itu boleh membeli alat tulis, tidak hanya tertakluk kepada pembelian buku semata-mata seperti baucar buku.

Puas perah otak fikir cara nak gunakan baucar ni dengan baik. Haha. Kerana sifat dengki kepada pihak yang untung atas angin ambil untung RM 50 bagi setiap set tebusan baucar, baucar buku saya digunakan ke jalan yang betul yang kena dengan aspirasi kerajaan. Haha. 3 buah buku yang berharga RM 270. Terpaksa tambah RM 20. Salah faham berlaku, ingatkan boleh cover RM 20 tu dengan pemberian RM 50 baucar daripada pihak MPH. Rupanya habiskan dahulu baucar buku, buat pembayaran dan baru dapat baucar daripada pihak MPH.

Bila fikir balik, ok juga bagi baucar ni, boleh beli buku mahal-mahal, kalau tak baca pun boleh buat koleksi. Inilah peluang untuk memiliki buku yang mahal harganya. 


Tak mahu menyalahkan mana-mana pihak dengan aktiviti penjualan baucar yang semakin rancak. Hasrat kerajaan memberi baucar buku itu merupakan sesuatu yang baik. Pelajar boleh membeli buku dan kelengkapan untuk memudahkan aktiviti pembelajaran. Tetapi adakah ianya kena dengan apa yang diperlukan dan difikirkan oleh pelajar? Ramai kawan-kawan saya ada yang berpendapat tukar sahaja kepada RM sebab aku punya alat tulis beli baucar tahun lepas pun tak habis pakai lagi. Buku yang aku beli dulu guna baucar buku tak baca pun sampai sekarang sambil berseloroh. Ada benarnya juga apa yang mereka katakan.

Pihak kerajaan boleh saja kata, pelajar ini kurang bijak, apabila diberikan bantuan guna ke jalan yang salah. Tak bijak menggunakan baucar, malas. Tiada guna mahu tunding jari kepada mana-mana pihak. Sesuatu harus difikirkan bagaimana untuk menjadikan pelajar menggunakan baucar tersebut dengan betul. Bagaimana mahu melahirkan golongan muda yang suka membaca. Mungkin sesuatu boleh dilakukan dengan sistem sekolah rendah atau taska bagi menyemai budaya membaca.

Kita mahu tolong orang yang susah, tetapi pertolongan kita itu kadang-kadang tidak kena dengan masalah yang orang susah itu hadapi. Lebih teruk, pertolongan itu di balas dengan persepsi yang buruk kepada si penolong. Sesuatu perlu dilakukan supaya hasrat yang baik ini menjadi lebih efektif.

16 comments:

  1. Saya cari di google apa boleh beli dengan baucer buku. Jumpa entri ini di1st pg google tpt ke 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Terima kasih atas infonya.

      Delete
  2. saya upgrade ram laptop jadi 8 gb. berdesup laju,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pun boleh juga. Kerja pun boleh jadi lebih laju. =)

      Delete
    2. Hehe pun boleh juga. Kerja pun boleh jadi lebih laju. =)

      Delete
  3. Sleain beli buku APA lagi yang boleh beli dgn mggunakan baucer tu??? Kalau pendrive or printer boleh ke

    ReplyDelete
  4. Sleain beli buku APA lagi yang boleh beli dgn mggunakan baucer tu??? Kalau pendrive or printer boleh ke

    ReplyDelete
  5. Sesiapa tahu macam mane nak tukar voucer kepada wang tunai...saya tidak memerlukan buku...hope boley tolong

    ReplyDelete
  6. Sesiapa tahu macam mane nak tukar voucer kepada wang tunai...saya tidak memerlukan buku...hope boley tolong

    ReplyDelete
  7. Boley wassap nom nie....01129281731

    ReplyDelete
  8. Ada sesiapa yg nak beli baucer buku? Sy nak jual..bleh wassap ke no ni 01129489892

    ReplyDelete
  9. Sesiapa yang nak beli baucer buku, please wasap saya 0194884921. Saya tak ambik full cash. Tp saya kasi baucer full.

    ReplyDelete
  10. you tube, journal, google scolar, universiti library data base, google search, semua banyak maklumat di situ..rujukan pun bnyk..yg diperlukan peralatan khas utk conduct research yg mne xboleh beli dengn baucer buku..

    ReplyDelete