Saya cuba untuk menulis dengan yang simple sahaja
tentang perjalanan kami ke Krabi, Thailand pada 8-11 Februari 2015 yang lalu.
Banyak review tentang melancong ke Krabi yang ditulis oleh blogger dari
Malaysia. Kedudukan kawasan Krabi juga tidaklah jauh daripada sempadan
Malaysia/Thailand, jadi ramai juga yang telah pergi ke sana. Mungkin ada yang
malas untuk baca panjang-panjang pengalaman ke Krabi, anda boleh baca dengan
mudah jadual kami disini. Kalau rajin sikit boleh juga baca pengalaman yang
kami lalui. Tak rugi kalau baca pengalaman kami bagi yang pertama kali mahu ke
sana.
Anggaran Perbelanjaan
Kereta
Api :
RM 54
Van
Hat yai – Ao nang : 400B/person
Pakej
2 hari :2250B/Person
Hotel
4H3M :2220B/Person
Motor :200B/motor
Van
Ao nang airport :150B/Person
Flight : RM
135
*tak
termasuk tuk-tuk, makan, shopping dll
Bolehlah
buat anggaran sendiri berdasarkan budged kami ni. Mungkin boleh kurangkan lagi
sebab kami main redah shj.
Kereta Api (RM
54)
Kami bertolak ke dengan menaiki Kereta Api Tanah
Melayu (KTM) dari KL sentral - Hat yai. Perjalanan mengambil masa kira-kira 12
Jam. Kami memilih coach yang mempunyai katil kerana perjalan mengambil masa
yang panjang. Dalam gerabak ada satu sudut yang dikhaskan untuk solat. Seorang
pakcik berkongsi dengan kami, katanya tidak semua perjalan kereta api ke utara
mempunyai tempat untuk bersolat. Sampai di Padang Besar sekitar jam 8.30 pagi,
hanya dua gerabak terakhir kereta api sahaja yang akan masuk ke Thailand untuk
ke Hat Yai. Yang lain berpecah di padang besar untuk ke Malaysia semula. Di
padang besar kami berhenti selama 1 jam 30 minit untuk makan, check passport.
Barang yang berada didalam gerabak tidak perlu diturunkan. Kami hanya
meninggalkan barang didalam gerabak kerana yakin tiada barangan berharga.
Stesen Padang
Besar
Setibanya kami di sini, kami bersarapan pagi dahulu.
Anggapan kami harga makanan di sini lebih murah daripada Kuala Lumpur. Tetapi
tidak, harga makanan di stesen ini agak mahal setanding Kuala Lumpur. Biasanya
harga makanan di utara tanah air jauh lebih murah berbanding kawasan tengah dan
selatan tanah air. Di sini kami bertemu dengan seorang mak cik yang rasanya
daripada Thailand, dia bekerja dengan KTM tetapi kerjanya bermula daripada
Stesen Padang Besar hingga Hat yai. Dia bertanya kemana destinasi kami
seterusnya. Kami menjawab Krabi. Katanya lebih baik berurusan di sini, dia ada
kenalan yang boleh tolong membawa kami daripada Hat yai ke Krabi. Katanya di
Hat yai akan ada ramai orang yang tarik pelancong untuk ikut pakej mereka.
Mereka juga dikatakan merbahaya dan berpotensi untuk menipu. Perjalanan Hat yai
ke Krabi mengambil masa selama 5 jam.
Ah Meng
Kami dikenalkan oleh mak cik tadi kepada seorang
kawannya. Ah Meng, Cina Thailand. Dia boleh berbahasa Cina, Melayu dan
Thailand. Katanya dia mahu berbincang lanjut dengan kami dalam perjalanan
kereta api ke Hat yai. Masa perjalanan dari Padang Besar ke Hat yai sekitar 1
jam. Dalam perjalanan ke Hat yai, Ah Meng seakan-akan brain wash kami. Katanya
di Hat-Yai ada ramai mafia kononnya. Jangan sebut langsung perkataan Krabi, Ao
nang atau kemana-mana sahaja destinasi. Mereka akan paksa untuk ikut dan
menerima perkhidmatan mereka. Banyak lagi yang Ah Meng beritahu kepada kami
yang seakan-akan untuk menakutkan. Katanya sebut sahaja No kepada mereka atau
“me au (tak mahu)”. Ah Meng memberitahu kami dia memang ada buat pelbagai
business perlancongan. Katanya businessnya sendiri. Ah Meng memberikan arahan
kepada kami kalau sampai di Hat yai, keluar tren jalan terus sahaja, selama 5
minit dia akan ambil kami untuk ke Krabi. Antara percaya atau tidak kami turun
dari stesen kereta api dan berjalan terus sahaja. Memang benar kata Ah Meng,
ramai agen yang mahu kami ikut pakej mereka. Bertubi-tubi mereka bertanya
kemana destinasi. Kami hanya jalan terus. 5 minit perjalanan Ah Meng menjemput
kami.
Pejabat Angel
Travel Service (2650 Bhat)
Ah Meng bawa kami ke sini. Di sini boleh pula Ah Meng
membuat promosi kepada kami tentang pakej yang ada di Krabi. Kami pergi 5
orang. Sebelum ini kami ada baca sedikit review tentang pakej yang ada di
Krabi. Island hopping (Phi-Phi island) dalam range harga (900-1300 bhat).
Mulalah Ah Meng buat perangai. katanya untuk hantar kami ke Ao nang, sampai
depan hotel 450 Bhat. Mula janjinya 400 Bhat sahaja. Kami meninggikan suara
sedikit dan dia setuju 400 bhat. Kami membuat keputusan untuk menerima sahaja
pakej yang Ah Meng tawarkan kerana malas untuk mencari pakej di Ao nang, Krabi.
Masing-masing pun dah penat berjalan jauh. Pakej (Island hopping + Jungle tour)
2250 Bhat + 400 Bhat untuk van ke Ao nang Krabi. Lepas buat bayaran Ah Meng
Menghilangkan diri. Sahlah dia hanya Agen, bukan pemilik perniagaan. Ah Meng
juga hanya berurusan di kaunter dengan pekerja agensi perlancongan ini.
Van ke Ao
Nang, Krabi
Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Setengah
perjalanan, kami berhenti di Trang, untuk makan dan rehat. Kami tidak makan di
Trang, hanya turun untuk solat jamak sahaja. Jalan untuk ke Krabi selesa, tidak
ada banyak lubang dan jalannya juga besar seperti highway tetapi tidak
berbayar. Sampai di Ao nang kami berhenti di hadapan sebuah pejabat agensi
travel. Tak pasti apa motifnya. Ada 2 orang wanita Thailand datang dari pejabat
tanya kepada kami, sudah ambil pakej atau belum. Kami sudah pun mengambil
pakej. Dia tanya tinggal dimana, kami telah booking di Ao
nang pearl resort. Katanya pelancong daripada Malaysia tidak menginap disitu,
ada anjing besar dan jauh dari pantai. Selepas search di internet, betul banyak
review seperti yang dikata. Kami tetap mahu ke Aonang Perl kerana sudah booking
di situ. Pemandu van yang tidak tahu sepatah pun Bahasa Inggeris tidak tahu
lokasi hotel kami di Aonang perl resort. Dia minta kami turun dan cari sendiri
hotel. Dalam van kami dah bising dan pemandu van pun terpaksa mencari. Puas
cari, masih tidak jumpa. Masing-masing hati sudah tak mahu menginap di Ao nang
pearl lagi. Sampai di kawasan pantai, kami turun van dan redah cari hotel yang
kami mampu. Jangan cari hotel di Krabi town sebab sangat jauh daripada pantai.
Bandar krabi pada waktu malam sama sahaja seperti bandar lain yang mati pada
waktu malam.
Hotel 4H3M
(2220 Bhat/person)
Kami jumpa hotel A (Toto Resident) yang ok harganya.
1500 Bhat semalam untuk 2 orang. Tetapi hanya ada satu bilik untuk satu malam
sahaja. Hotel B (Baan Kure Ngern) yang kami jumpa juga ada 1 bilik sahaja untuk
malam pertama kami menginap. Kami terpaksa berpecah untuk malam pertama. Untuk
malam kedua dan ketiga tiada masalah kerana hotel B tadi ada bilik kosong.
Selepas berunding harga di hotel B kami berkumpul kembali di hotel A. Tiba-tiba
datang seorang yang tak dikenali cuba untuk membantu kononnya. Katanya kalau
dengannya boleh dapat harga lebih murah. Untuk hotel A dah selesai sebab hanya
menginap semalam sahaja. Sekarang berunding untuk hotel B, malam pertama satu
bilik malam kedua dan ketiga untuk 2 bilik. Tengah berunding dia dah buka bil,
tanpa persetujuan kami. Katanya dia dah berunding dengan hotel B untuk harga
yang lebih murah. Kami Tanya kenapa tak
pergi sahaja ke hotel B kita berunding disana. Dia tak mahu. Kami rasa macam
ada benda yang pelik. Katanya lebih murah, tapi lepas buat kiraan semula dengannya
jadi lebih mahal sampai 800 Bhat. Kami bertekak juga. Sampai akhir sekali kami
ambil keputusan untuk tinggalkan lelaki itu dan berurusan terus dengan hotel B.
sampai kami di hotel B, kami mahu dengan harga yang
dah dirunding sebelum ini. Tiba-tiba mereka juga naikkan harga. Kami pelik. Tadi
cakap lain, selepas kami berurusan dengan lelaki yang tak dikenali itu, hotel
juga naikkan harga, macam ada konspirasi. Kami tak puas hati, mahukan harga
asal yang hotel B bagi. Sampai satu tahap hotel B cakap mereka sudah tiada
bilik kosong. Kami dapat rasa ada benda yang pelik. Selepas push, mereka
mengaku dengan situasi, kata mereka mereka perlu bayar kepada lelaki tadi
komisen kerana mencadangkan hotel mereka. Padahal kami dahulu yang berunding
dengan hotel B. kalau mahu menginap di hotel B perlu bayar lebih sedikit supaya
mereka dapat cover bayaran kepada agen tadi. Masalah komunikasi mereka, kami
yang kena bayar.
Sekarang kami tahu mereka lebih pentingkan hubungan
dengan agen daripada pelanggan. Sanggup buang pelanggan daripada ada masalah
dengan agen. Kami pun bersetuju untuk bayar sebab dah rasa malas untuk cari
hotel lagi. Pengajaran disini, kalau nak berurusan terus kepada hotel. Kalau
ada yang tiba-tiba tawarkan diri untuk tolong abaikan sahaja.
Pakej Island
Hopping & Jungle tour
Secara keseluruhan, pakej yang Ah Meng tawarkan ok
sahaja. Kami berpuas hati. Service pun ok. Boleh bincang untuk dapat harga dan
servis yang lebih baik. Makanan halal. Di Ao nang sendiri juga ada banyak pakej
yang disediakan. Biasanya hotel yang kita menginap akan siap ada servis dengan pelbagai
tawaran pakej. Sewa motor, van untuk ke airport semuanya boleh diuruskan.
Sewa motor
(200 Bhat/ day)
Untuk sewa motor kami perlu tinggalkan satu passport
sebagai cagaran. Mulanya agak kurang senang passport sebagai cagaran, tapi apa
boleh buat. Setuju sahaja untuk sewaan. Selepas pulangkan motor, mereka
kembalikan passport. Tiada masalah. Cuma mereka agak berkira dengan kuantiti
minyak motor. Banyak mana yang mereka beri banyak itu juga kita perlu
kembalikan.
Makanan dan
barangan
Harga makanan dan barangan di sini tidak murah pun.
Sekali makan nasi goreng seafood dan ice lemon tea dah 150 Bhat bersamaan RM
15. Harga baju, keychain juga tidak murah. Baju sehelai 120 Bhat, keychain
rata-rata 6 biji 100 Bhat.
Krabi Town
Untuk ke Krabi Town daripada Ao nang beach mengambil
masa setengah jam. Jarak dalam 20 KM. agak jauh juga. Jalan Krabi Town – Ao nang
agak sunyi. Pada kami perlancongan di Krabi hanya di Ao-Nang beach. Bandarnya seperti
biasa sahaja yang mati pada waktu malam. Di Krabi Town ada satu tempat makan
yang menarik juga di persisir sungai. Tak pasti apa namanya. Jaraknya tidak
jauh dari monument Ketam yang terkenal di Krabi.
Waktu Solat
Masa di Krabi hanya kurang 1 jam daripada Malaysia.
Kalau di Malaysia pukul 9.00 pagi di Krabi baru pukul 8.00 pagi. Waktu solat
boleh download di internet dan hanya ikut masa seperti biasa.
Van ke Airport
(140 Bhat seorang)
Kami balik dengan menaiki kapal terbang. Perjalanan
hanya mengambil masa 1 jam, berbanding kereta api 12 jam. Memang kelakar. Tiket
kapal terbang kami dapat RM 135 seorang. Sampai di KLIA2 kami naik ERL ke TBS.
Jangan lupa untuk gunakan student kad. Daripada KLIA2 ke TBS harga ERL RM 26.
Kalau guna student kad hanya RM 18. Kami terlupa untuk gunakan student
kad.
Tentang pakaian manusia yang ada disana tak boleh
dipertikaikan. Thailand bukan Negara Islam seperti Malaysia untuk
menguatkuasakan undang-undang Islam seperti yang dibuat oleh Jabatan agama
Islam kita. Niat untuk ke sana hanya untuk melihat kecantikan alam,
kepelbagaian manusia, sistem yang mereka gunakan dalam pengurusan perlancongan
dan melihat kebesaran Allah. Bergantung kepada niat kita sendiri. Pilihan
ditangan kita. Kalau kita tak mencari perkara yang buruk, ia tidak datang kepada
kita.
hebatnya...tq info
ReplyDeleteGud info bro
ReplyDeletenice.solat xlupa.thumbs up
ReplyDeletePesan Van Hatyai ke Krabi thb400 dmn yaa.
ReplyDeletesalam..nak tanya van ke krabi dari hatyai ada jam berapa ye..jika saya sampai hatyai sekitar jam 7malam ada ke van lagi ke krabi
Deletenak ambol perkhidmatan ke krabi dari hatyai dimana ya??
ReplyDeletenak tempah perkhidmatan van ke krabi dari hatyai dimana ya???
ReplyDelete