Tahun baru, azam baru. Dulu masa
zaman sekolah, setiap kali masuk tahun baru seronok sangat. Bersemangat!. Dapat
kasut baru, baju sekolah baru, beg baru, kotak pensel baru semuanya baru. Rasa
fresh bila hari pertama masuk sekolah. Ayah pun belikan diari baru. Seminggu
pertama tu memang penuhlah diari tu, siap tulis azam lagi. Seronok. Hari ni aku
rasa bersyukur dengan itu semua sebab Allah bagi rezeki kepada keluarga untuk
aku rasa kesenangan macam tu semua. Alhamdulillah... Kalau dulu aku hanya tahu
rasa seronok menerima, sekarang aku lebih mengetahui kesusahan untuk memberikan
yang terbaik... Terima kasih, Umi, Ayah…
Semakin lama mode tahun baru tu
dah tak ada lagi. Bila masuk Universiti ni akhir tahun ke awal tahun memang
sibuk dengan Final exam. Kadang-kadang tak perasan pun dah tahun baru. Dah
besar ni tak ada orang nak layan lagi macam zaman sekolah dulu. Nak apa kena
usaha sendiri. Realiti kehidupan tu sikit-sikit datang untuk ditempuhi. 2014,
banyak mendidik aku. 2014 ini sangat banyak benda yang aku buat sendiri. Banyak
benda yang kena hadap. Kadang-kadang hati kena kering. Apa yang aku belajar, mulut
orang meemangg tak boleh tutup, tapi kita boleh buat apa yang kita rasa betul
sebab kita nak hidup bukan dengan mulut orang kan.
Orang ada cakap, masing-masing
dah besar, boleh fikir sendiri. Tapi susah kot nak fikir tu sebenarnya. Bukan
senang untuk kita nilai mana satu baik atau buruk. Kadang-kadang kita fikir
sesuatu benda tu baik, tapi tak baik pun. Macam tulah sebaliknya. Kadang-kadang
tak sempat nak fikir pun dah kena buat. Apa yang penting kena rajin membaca,
tambah ilmu sikit. Daripada situ dapat bina kita punya watak, bahasa dan idea.
Kena la buat praktikal sikit, macam join kelab, persatuan atau lain-lain
aktiviti. Kena hadap sendiri. Baru lebih berhasil. Mendiang Boss saya selalu
pesan nak berjaya kena Humble. Berulang-ulang kali semasa saya praktikal dia
pesan ini.
Tahun 2014 juga banyak terima
kepergian insan-insan yang tersayang. Ahli keluarga terdekat, sahabat, dan
orang-orang yang amat baik dalam hidup. Aku terfikir, kenapa Allah masih hidupkan aku
lagi sehingga dapat merasa tahun 2015 ini. Sedangkan aku rasa ramai insan yang
lebih baik lagi Allah dah panggil dulu… Sedih…Mengenangkan diri sendiri…Ampunkanlah
aku ya Allah… aku tak terdaya….Ya Allah panjangkanlah umurku, ibu bapaku,
keluargaku dalam kebajikan…
Aku rasa aku tak ada azam awal
tahun kot. Tapi aku mahu terus menjadi seorang manusia yang sentiasa berjasa…
Menghargai kehidupan…
Salam Maulidurrasul, Selawat
serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W =)
No comments:
Post a Comment