Ads

Selamat Tinggal Mr. Tan. My Best Boss Forever

Tadi dapat satu masej. "min mr.tan dah takde" Mr Tan adalah boss saya semasa menjalani praktikal 11 minggu yang lepas. Mr Tan sungguh baik hati, sepanjang saya praktikal dia sentiasa support saya. Seorang yang humble. Dia sentiasa ingatkan saya supaya kerja keras, dan sentiasa ingatkan supaya humble kalau mahu berjaya. Semasa di kilang saya akan mengelak daripada berjumpa dengannya kerana segan dengan pekerja lain yang melihat Mr Tan sangat baik hati dengan saya. Kadang-kadang mereka minta saya untuk beritahu Mr Tan supaya mereka naik gaji. Saya segan dan tak pernah bincang tentang itu dengan Mr Tan. Saya menghormati Mr Tan.

Mr Tan sangat mendengar idea yang saya kongsikan bersamanya. Dia tidak memperlekehkan idea saya walaupun idea saya hanya biasa sahaja. Dia akan memberikan pandangannya dan cuba untuk memperbaiki idea saya. Dia seorang yang begitu humble dan membuktikan kata-katanya. Suatu petang saya duduk bersembang dengan Mr Tan selepas waktu kerja. Sambil dia merokok dia kata kepada saya, ini kilang yang paling susah saya jaga. Saya sudah jaga banyak kilang dan ini yang paling susah. Kepalanya sentiasa pening dengan masalah kilang.

Semasa lawatan supervisor dariapda universiti Mr Tan turut melihat presentation saya. Lecturer bertanya kepada Mr Tan bagaimana prestasi saya sepanjang di kilang. Mr Tan bagitu memuji sampai saya malu. Saya rasa saya tidak sebaik itu. Mr Tan sengaja menolong saya. Pada hari terakhir saya dikilang, dia memanggil saya ke biliknya. General Manager Room. Saya pergi ke biliknya. waktu sudah petang. Dia tanya, macam mana kamu punya praktikal, hari ini kamu punya last day. saya kata ok sahaja. Katanya, lepas ini kalau kamu cuti sebulan dua datanglah ke kilang. kerja sini. Kalau kamu sudah habis belajar, sementara mahu dapat kerja datang dan boleh kerja disini dahulu.

Sepanjang saya praktikal di kilang Mr Tan ini ada satu projek untuk mengecilkan saiz kilang. Saya membuat layout kepadanya. saya kata kepada Mr Tan saya akan datang lagi untuk lihat hasilnya selepas semua siap. Saat yang paling saya tidak boleh lupa ketika dia membuka kunci jam dan membuka jamnya. Dia menarik tangan saya, dan beri kepada saya jam yang dia sentiasa pakai dan menggenggam tangan saya. katanya ini sahaja yang saya mampu untuk bagi kamu... Tamatlah latihan praktikal saya selama 2 bulan setengah.

Ketika saya sudah memasuki semester baru, kami dikehendaki untuk menyiapkan satu final projek, Projek Sarjana Muda (PSM) sebagai syarat untuk bergraduan. Sejak di kilang lagi saya sudah bertekad untuk mengambil tajuk yang berkaitan dengan Lean Manufacturing. Lean adalah satu falsafah untuk meningkatkan produktiviti kilang dengan mengurangkan waste.
Saya pulang awal ke UTeM untuk memohon tajuk Lean ini kerana saya sudah rasa keperluan untuk meningkat prestasi proses pembuatan dan meningkatkan produktiviti kilang. Saya memilih kilang Mr Tan sebagai tapak projek. Hingga sekarang saya melakukan kajian PSM ini untuk meningkatkan prestasi kilang Mr Tan ini.....

Malam tadi saya mendapat berita yang cukup menyedihkan daripada seorang rakan kerja. "min mr.tan dah takde" saya minta no ah moi kerani pekerja office. saya telefon ah moi untuk tahu dengan lebih detail. Katanya Mr Tan terjatuh di kilang pukul 2 setengah tadi (14 November 2014) daripada bumbung atas. Bumbung yang menjadi tapak projek pengecilan kilang yang Mr Tan sedang gigih untuk siapkan. Mr Tan nampak asap dari atas dan naik atas bumbung. Mr Tan terjatuh daripada bumbung. Seingat saya bumbung itu tidaklah tinggi sangat. Anggaran tinggi sebuah rumah teres mungkin. Ah moi turut terkejut dengan kehilangan Mr Tan. Di bawah bumbung inilah dahulu Mr Tan membawa saya dan menerangkan perancangannya untuk menggunakan proses automatik daripada manual.

Saya tidak boleh berfikir sekarang. Mr Tan, saya cuba menyediakan sesuatu untuk kilang Mr Tan, tapi Mr Tan belum sempat untuk melihatnya. Setiap hari saya berfikir tentang PSM yang saya buat ini, tentang kilang P.U Picture Frame Mr Tan....Saya pakai jam yang Mr Tan bagi setiap hari ke kelas saya. Betul kata Mr Tan, ini kilang yang paling susah dia jaga. Dia meletakkan seluruh hatinya dikilang ini sehingga nyawanya terakhir disini. Mr Tan. Saya akan sentiasa ingat kata-kata Mr Tan. Thank you for giving me that opportunities, to work with you, my best boss forever......

2 comments:

  1. anda sungguh bertuah mendapat boss sebegitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... walaupun dia bukan beragama Islam... tapi hatinya sungguh baik sekali...

      Delete