Dalam menghasilkan suatu produk
yang baik banyak aspek yang perlu diteliti. Bermula daripada permintaan
pelanggan, proses, sehinga penghantaran. Setiap yang proses dilakukan perlu dibuat
dengan teliti untuk memastikan kualiti produk dan mengurangkan pembaziran.
Pembuatan kejat. Ini adalah salah satu cabang yang ada dalam kejuruteraan. Ia
tidak semestinya memerlukan teknologi dan pengiraan tertentu untuk menjadikan
proses pembuatan menjadi lebih baik. Sebaliknya ia adalah nilai yang baik yang
perlu diterapkan. Daripada nilai yang baik ini dapat menghasilkan sesuatu yang
berkualiti.
Seorang pensyarah saya
menceritakan tentang pengalamannya dalam menguruskan sebuah department pembuatan
yang cukup teruk ketika bekerja dahulu. Para pekerja disitu yang wanitanya
rata-rata berumur 45++. Pekerja lelaki sekitar 30++. Department yang penuh
dengan bahan kimia. Apabila ditugaskan di department ini ramai yang akan
mengelak. Ia boleh melibatkan kemandulan untuk jangka masa yang panjang kerana
bahan kimia yang kuat. Para pekerja bekerja dengan motivasi yang cukup rendah. Produktiviti
yang dikeluarkan memerlukan 13 hari untuk disiapkan dalam satu kitaran. Pekerja
luar yang menghantar barang mentah hanya menghantar diluar bangunan sahaja.
Kata pensyarah saya ini jika
diikutkan hati mahu sahaja berhenti. Dia tetap meneruskan tugasannya. Dia
mengubah cara bekerja dan persekitaran depertment pembuatan itu. Dengan sedikit
bantuan kewangan daripada pihak atasan beliau mengubah department pembuatan
ini. Aspek kebersihan, keceriaan, susun atur mesin, susun atur keseluruhan
depertment dirombak kembali. Dia menceritakan beberapa teknik yang beliau gunakannya
dalam melakukan rombakan. Sedikit yang memerlukan pengubahan aspek teknikal. Hanya
membawa nilai yang baik kedalam department pembuatan itu.
Suatu lagi masalah adalah sikap
pekerja yang sudah terbiasa dengan pekerjaan yang dilakukan dengan tidak betul.
Kata seorang makcik disana, makcik sudah bekerja disini selama 25 tahun. Kenapa
perlu diubah. Kata pensyarah saya ini, kalau kita tidak mampu melawan mereka
tetapi kita mampu bersama mereka. Akhirnya para pekerja disana mengikut seperti
yang dikehendaki dengan pendekatan yang lebih diplomatik. Cara bekerja pekerja
menjadi lebih selesa dan teratur.
Akhirnya kitaran pengeluaran
dapat dikurangkan daripada 13 hari kepada hanya 6 hari. Hanya membawa
nilai-nilai yang baik seperti kebersihan, kekemasan, susun atur yang lebih
mesra, hubungan yang baik dengan pekerja. Dia mahu menurunkan lagi masa kitar
pembuatan disini. Setelah diteliti sikap pekerja menjadi punca kepada kelewatan
yang berlaku. Sikap pekerja yang berlengah, berhenti rehat dengan kerap. Saya
tidak ingat bagaimana masalah ini diselesaikan. Akhirnya kitaran itu menjadi
hanya 0.6 hari. Sungguh hebat hanya dengan membawa nilai yang baik dapat
meningkatkan kadar pengeluaran.
Dalam Islam nilai-nilai ini
diterapkan kedalam diri manusia. Hari ini baru saya nampak dengan lebih jelas
bagaimana nilai yang baik seperti aspek kebersihan, menghormati orang lain
dapat menghasilkan kejayaan. Ternyata ini lebih kepada sebuah falsafah bukan
teknikal. Tidak hairan orang-orang jepun yang rajin bekeja dapat memajukan
bangsa mereka. Mereka mencipta banyak teknologi kerana cara kerja dan sistem yang
mereka lakukan menjadikan perkara yang susah menjadi mudah. Mereka mengeluarkan
beberapa garis panduan yang mudah supaya nilai yang baik ini dapat diikuti dunia
seperti 5s, kaizen, Kanban dan banyak lagi. Mereka menerangkan nilai yang
mereka bawa ini dengan lebih mudah dan seragam tentang apa yang perlu
dilakukan.
Dalam Islam aspek kebersihan,
keteraturan dan lain-lain (5s) merupakan sebahagian daripada iman. Muhasabah
diri untuk menjadikan hari esok lebih baik sering kali dilupakan (Kaizen). Hari
ini saya lihat bagaimana nilai-nilai yang ada pada islam ini dapat memajukan
sesebuah masyarakat. Sayangnya ia tidak diikuti oleh orang Islam sendiri.
No comments:
Post a Comment