Ruangan ini merupakan buah
fikiran saya untuk menjawab isu yang ditimbulkan daripada pergaulan harian. Beberapa
topik berkenaan Negara dan Politik yang dibincangkan oleh rakan-rakan dalam
lingkungan umur saya membuatkan saya tidak berapa selesa dengan pandangan
mereka. Apabila diutarakan pandangan untuk dikongsi kembali mereka melenting
seolah-olah pandangan mereka sahaja yang betul dan tidak dapat disangkal. Disini
merupakan peluang untuk saya memberikan pandangan tanpa disekat oleh sesiapa. Terpulang
kepada individu untuk melenting, marah atau apa sahaja. Ini adalah cara saya
untuk bersuara.
Seringkali mereka berkata.
Kerajaan Malaysia ni pengecut. Aset dalam Negara kurang kualiti. Kalau disergah
oleh kuasa asing pasti akan berlembut. Jauh sekali mengambil tindakan tentera. Mesti
mahu runding sahaja. Sahabat, Negara kita ini merupakan sebuah Negara yang
istimewa. Kestabilan yang membawa kepada sikap toleransi yang tinggi ini
merupakan hasil daripada rundingan dan sikap toleransi yang kuat antara kaum.
Lihatlah kemerdekaan yang kita kecapi bukanlah daripada peperangan, tetapi
daripada sebuah perbincangan dan persetujuan bersama antara kaum. Dimanakah
lagi negara yang mempunyai berbilang kaum dan boleh membangunkan negara seperti
Negara kita ini. Negara seperti Ireland Utara, Lubnan, India atau sri Langka
dan beberapa buah negara lain yang jarang disebut kita akan dapati sekiranya
terdapat kepelbagaian kaum maka wujudlah kecenderungan menggugat kestabilan.
Ada ketikanya wujud perang saudara yang berpanjangan. Hancur Negara. Disini
kita bebas mengamalkan apa sahaja adat, bebas menganuti apa sahaja agama
sedangkan ini adalah sebuah negara Islam. Kaji kembali sejarah. Lihat bagaimana
rundingan membawa kepada keamana. Jangan kita menjadi warga yang buta dengan
kesenangan yang ada. Sekiranya cara kita adalah berperang pasti akan ada
anggota keluarga kita yang terkorban. Aset negara banyak yang musnah hanya
berperang dengan sebab yang remeh. Penumpuan hanya untuk membina kembali segala
kemudahan bukan mengembangkan lagi apa yang ada.
Dalam sebuah bilik kuliah yang
selesa, di sebuah IPTA, ada yang berjenaka untuk melakukan sesuatu yang tidak
berapa baik kepada Perdana Menteri dan Kerajaan. Sehingga ketahap itu gurauan
yang mereka fikirkan. Saya bertanya pernah bersalam dengan Perdana Menteri? Kalau
tak pernah, jangan bermimpi. Jauh sekali rancangan kosong mereka itu. Mereka membalas
releks la. Ini hanya idea. Tak payah serius sangat lah. Pada saya rancangan
yang mereka bincangkan itu bodoh sekali. Saya tahu itu hanya mainan tetapi apa
yang kita bincangkan melambangkan siapa kita. Semua kesusahan yang dihadapi
pasti kerajaan juga yang salah. Hanya kerana kehidupan mereka yang boros,
kerajaan juga yang salah kerana tidak pandai mengawal ekonomi. Katanya kerajaan
zalim, kerajaan telah dirikan banyak masjid yang cantik-cantik. Tetapi siapa
yang tidak pergi ke masjid? Menjadi baik kita yang pilih.
Selepas ini akan ada beberapa
siri pandangan sambungan dengan “menjawab 2,3,4,5….n.” Ianya berkenaan apa
sahaja isu. Here im rules =)
No comments:
Post a Comment