Cuti semester, berkesempatan
untuk pulang ke kedah. Pergi ke tempat orang, melihat kehidupan masyarakat
membuatkan hati begitu tenang. Hati sentiasa menggeletek melihat realiti kehidupan
masyarakat disamping mengimbau kenangan lalu. Ini merupakan satu cara yang
paling baik untuk melupakan segala tekanan dan masalah yang dihadapi. Rasa
seronok dan bebas dapat berjalan tanpa terikat dengan apa-apa komitmen. Selalu
aku bersembang dengan orang-orang yang kehidupannya suka travel ke serata
dunia. Mereka begitu menyukai aktiviti mereka kerana mereka berasa bebas
membawa diri sendiri tanpa diperhatikan sesiapa. Sejak kecil aku juga
bercita-cita apabila mempunyai peluang aku mahu luaskan lagi perjalananku untuk
mengenal Sang Pencipta, melihat alam, serta memerhati perbezaan dalam kehidupan
masyarakat. Banyak yang boleh dipelajari dan difikirkan daripada kehidupan
orang lain.
Suasana pagi, melihat kehidupan
masyarakat kampung. Aku melihat anak-anak kecil sekolah rendah terpaksa bangun
pagi, mandi air kolah yang bagitu sejuk!. Hari ini sejujurnya aku sendiri tidak
mampu untuk mandi seawal pagi seperti anak-anak kecil ini. Terkenang dahulu,
boleh sahaja bangun dan mandi terus pergi ke sekolah. Entah kenapa semakin
besar terasa semakin liat. Pukul 7.30 juga aku melihat tok wan di tempat yang
aku tinggal, mula bersiap untuk ke kedai kopi. Kata orang kalau tok wan ni
hilang, boleh kayuh “gerek” pi kedai maknanya dia sihat la tu. Sebenarnya jauh
juga tok wan berkayuh dengan basikal tuanya untuk ke pekan Tunjang.
Ayam-ayam kampung sudah mula
keluar mencari makanan. Sang ibu mengiringi anak-anaknya ketika berjalan
mencari makanan. Teringat aku apabila di universiti, waktu-waktu ini masih
belum sedarkan diri. Masih lena dibuai mimpi dengan kesegaran pagi. Kaum-kaum
ibu suri rumah mula keluar dan berkumpul dihadapan rumah, dan bersembang rancak.
Entah apa yang dibualkan kerana aku melihat waktu-waktu lain juga mereka
kelihatan rapat. Matahari mula naik, memancarkan cahayanya. Sungguh cantik
apabila melihat pemandangan seluas mata memandang melihat sawah padi. Tetapi
sekarang musimnya kering. Tiada kehijauan yang dapat menyegarkan mata. Tetapi
ia masih indah dengan kekuningan jerami dan bau terbakar.
Sungguh tenang lari daripada
kesibukan kota untuk melihat semua ini. Tenang lagi hati apabila berjalan untuk
menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Di sini seolah-olah kehidupan itu
begitu simple. Tidak ada apa yang perlu dikejarkan seperti di bandaraya.
Masyarakatnya tenang, hidup serba cukup dengan apa yang ada. Keluar rumah hanya
memakai kain pelikat tanpa memakai baju, yang perempun kain batik, baju besar
kedah itu dan serkup kepala. Sangat simple.
Nat. Disini pasar pagi dipanggil
nat. Letaknya di tepi sungai. Banyak ikan-ikan segar. Mudah diperolehi. Jalan
sahaja pasti ada yang kenal antara orang-orang kampung di sini. Mereka sembang
merapu, ketawa besar dan berlalu bagitu sahaja. Kemesraan yang tidak dapat di bandar.
Mereka relax, tidak perlu bekerja hingga ke petang sampai tiada masa untuk
menikmati kehidupan. Ada diantaranya pagi pergi menebar roti canai tengah hari
sudah lepak di tepi rumah.
Dalam perjalanan kali ini, aku
sempat singgah di sekolah lama. Tingkatan 4 dan 5. Pada masa yang sama mengikut
guru silat aku yang begitu sibuk mempersiapkan pasukan untuk pertandingan silat
MRSM Se-Malaysia di MRSM Terendak. Masuk sahaja ke kawasan maktab, aku bertemu
guru Matematik tambahan dahulu. Cikgu Roishaniza. Katanya yang bersuara lembut
itu, cikgu ingat muka kamu tapi lupa nama kamu! Aku mengingatinya dan kami
bersembang panjang. Dia bertanyakan di mana saya belajar sekarang.. Saya berkata
kepadanya begitu cepat masa berlalu kan cikgu. Dah hampir 5 tahun. Saya pun tak
sedar yang saya dah besar. Hahaha.
Baru beberapa tapak melangkah selepas
itu, terserempak dengan cikgu Matematik, cikgu Haryanti. Persoalan yang sama,
muka kamu cikgu perasan, tapi nama cikgu lupa. Kami bersembang dan dia kata
muka kamu, badan kamu maintain lah. Saya ketawa. Haha. Katanya muka kelihatan
matang sedikit. Tiba-tiba masuk mencelah cikgu Norlie yang terkenal dengan
seorang yang ceria dan fesyen pakaiannya yang berwarna warni, terus dia
mencelah “ apa yang penting mata dia tetap maintain ”. Hahaha. Dalam hatiku, kemana
lagi mahu disembunyikan mata sepet ini. Mungkin cikgu-cikgu disini mengenali
aku dengan seorang yang berwajah cina. Bagus juga, sentiasa diingati walaupun
nama tidak ingat. Aku berharap 15 tahun lagi wajah dan badan aku tetap juga mantain. hehehe.
Belum sempat habis bersembang ada
satu suara daripada belakang, MUHAIMIN!! Aku menoleh dan… CIKGU NAZRI!!! Bapa homeroom
semasa aku belajar aku dahulu. Aku bertanya kepadanya, cikgu, macam mana cikgu
boleh kenal saya daripada belakang? haha. Katanya mestilah cikgu kenal. Sudah hampir
5 tahun, pelajarnya banyak silih berganti dia masih mengingati cerita aku, Umi,
Ayah yang dahulunya begitu risau kerana jauh daripada mereka. Kami bersembang
panjang lagi.
Di belakang tempat kami bersembang,
pelajar-pelajar sedang giat berlatih silat olahraga. Mengingatkan aku dengan
sebuah kata-kata daripada guru Bahasa Melayu aku dahulu. Suatu hari dia
memanggilku, aku tidak ingat mengapa aku dipanggil. Katanya Boleh tak kamu
belajar macam mana kamu berlatih silat petang-petang!. Aku masih ingat
kata-kata cikgu Latifah ini. Aku sendiri tidak perasan yang aku begitu giat
berlatih setiap petang.
Sungguh, ini semua dapat
menenangkan hati dan fikiran. Tidak ada satu kerugian apabila kita diingati.
Bukan diingati dengan kenakalan, kejahatan. Itu juga diingati tetapi dengan
pandangan yang berbeza. Jika diberikan peluang, mahu sahaja aku pulang kembali
untuk hidup disini. Tetapi aku tidak mahu lagi mengambil SPM. Itu memang perit.
Hahaha. Perkara yang paling jauh dalam kehidupan ini adalah masa lalu. Masa
terus berjalan meninggalkan yang leka. Setiap masa yang ada perlu digunakan
sebaiknya untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari. Pengisian masa penting
untuk membentuk keperibadian yang mantap. Penyesalan yang paling tidak berguna
apabila kita kembali kepada Allah dalam keadaan yang tidak sempat untuk
bertaubat. Semoga Allah redha perjalanan kali ini. Aku mahu pergi lebih jauh
melihat kehidupan masyarakat.
No comments:
Post a Comment