Gagal sekali bukan bermakna gagal
selama-lamanya. Dalam kehidupan, pasti ada naik dan turunnya. Benarlah kata
orang hidup ibarat roda. Kalau hidup ini asyik berada di atas sahaja, tidak
berwarna warni pula perjalanan hidup. Sekiranya semuanya berjalan dengan
lancar, mungkin sahaja apa yang baik tidak dapat ditemui lagi kerana sudah
biasa dengan kesenangan. Dengan kesusahan kita belajar apa itu kesenangan.
Dengan kegagalan perlu belajar
daripadanya. Perlu bangun. Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa.
Indahnya menjadi islam. Dengan kegagalan kita terus mencari apa itu erti
kejayaan. Sekiranya gagal lagi, cari
lagi kenapa gagal. Sekiranya gagal lagi… akhir sekali carilah apa itu erti
kejayaan. Kejayaan adalah sesuatu yang begitu subjektif untuk dinilai. Kejayaan
itu harganya berbeza kepada setiap orang. Fikirlah makna kejayaan itu apa
sebenarnya. Luaskan pandangan dengan makna kejayaan.
Kejayaan bukanlah semata-mata
dikaitkan dengan wang yang banyak, bukan mendapat banyak A dalam peperiksaan.
Kerap kali kemanisan kejayaan itu bukan kerana materialistik. Kejayaan adalah
memberikan kebahagiaan kepada orang yang tersayang. Kejayaan boleh dikira
dengan membuatkan orang gembira. Untuk memberi bahagia tidak perlu wang yang
banyak. Apalah guna sekiranya wang yang banyak tetapi tidak dikongsi dengan
orang yang tersayang akibat kelalaian sendiri atau takdir yang memisahkan.
Apa yang penting kita terus
mencari apakah kejayaan pada diri kita. Hati menjadi gundah apabila kita
sempitkan makna kejayaan. Ibu sentiasa pesan lahir sahaja kamu ke dunia ini,
pasti ada rezeki yang Allah telah aturkan. Terima kasih ibu kerana sentiasa
menyedarkan kami.
Dan, Kejayaan yang abadi adalah
kejayaan menurut perintah Allah serta mengharapkan rahmat daripadaNya. Semoga
diberikan kekuatan untuk berada di jalanMu Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment