15 November 2013, 3.39 AM. Aku melihat jam dihadapan laptop,
sambil ditemani lampu meja yang bercahaya malap. Kebelakang hari ini hatiku
menjadi gundah. Entah mengapa, tidak tahu punca. Bingung aku memikirkannya.
Masalah semakin lama memberikan cabaran kepada aku. Hari ini setiap
tahun dalam hidupku aku pasti akan mendapat satu masej yang membuatkan aku
menitiskan air mata….kesyukuran. Daripada seorang wanita yang begitu mencintai
aku. Bukti cintanya telah terbentang luas. Apa yang ada pada diriku adalah
hasil bukti cintanya kepadaku. Wanita ini tidak pernah mengkhianati aku walau
aku berkali-kali mengkhianatinya. Dia tetap memberikan harapan kepada hati
batuku. Hinggalah hatiku menjadi lembut dengan cintanya.
21 tahun yang lalu, aku masih belum mengerti erti kehidupan.
Aku bukanlah sesiapa tanpa seorang yang sanggup menahan kesakitan kerana
cintanya kepada aku. Wanita ini tidak pernah melihatku, aku tidak pernah menolong
melakukan tugasannya, tetapi dia sanggup mahu menahan sakit kerana cintanya. Sesungguhnya cinta itu begitu suci, yang mengotorinya hanya
manusia jua.
Aku bukanlah seorang yang bijaksana, tetapi dia membuatkan
aku merasa bagaikan orang bijak, aku bukanlah bernilai dimata orang, tetapi aku
menjadi begitu bernilai dimatanya, aku bukanlah seorang yang boleh memberikan
harapan kepada sesiapa tetapi dia tetap memberikan harapannya kepadaku. Malam ini
hujan renyai-renyai, sambil ditemani kemalapan lampu meja, membuatkan hatiku
lebih sayu untuk menahan sebak. Entah mengapa, setiap tahun aku merasai
perasaan ini. Ia tetap sama. Dan kesakitan yang dialami pada malam ini, 21 tahun yang lalu tidak pernah padam kerana cinta...
Ibu, Air mataku mengalir kesyukuran,
Kerana... 21 Tahun yang lalu...
No comments:
Post a Comment