Cuti minggu baru-baru ini seorang
adik saya yang belajar di sebuah sekolah agama yang berstatus asrama penuh pulang
dan menceritakan di sekolahnya ada dijalankan satu program mengira tarikh lahir
untuk mengenal watak berdasarkan kajian daripada Al-Quran. Saya menjadi agak
teruja kerana ia bersangkut dengan Al-Quran. Kaedah pengiraannyanya sedikit
berbeza dengan apa yang biasa saya lihat di internet.
Ia mengingatkan saya semasa zaman
persekolahan dahulu di salah sebuah sekolah berasrama penuh. Seawal pengajian,
kami banyak didedahkan dengan soalah-soalan untuk mengenal watak diri. Ia tiada
jawapan yang betul dan tiada jawapan yang salah. Ativiti ini diadakan dengan
kerap. Penceramah daripada luar kadangkala dijemput untuk menjalankan proses
ini dengan lebih berkesan.
Mungkin ini adalah satu cara
sekolah berasrama penuh mengenal watak dan potensi setiap pelajarnya secara
umum. Saya agak bersetuju dengan program ini kerana setiap manusia yang lahir
telah tertulis segala rezeki untuknya di bumi ini. Tarikh lahir juga pastinya
merujuk kepada sesuatu perkara untuk dijadikan rujukan.
Tetapi mengira tarikh lahir ini
bukanlah semata-mata kita percaya kepada apa yang dikaji itu. Hanya Allah juga
yang maha mengetahui. Sepanjang saya membuat pengiraan hasilnya tidaklah 100%
tepat. Tetapi peratusan ketepatannya tinggi juga.
Ia bergantung juga kepada
persekitaran hidup. Didikan keluarga boleh mencorakkan pemikiran dan karakter
seseorang. Daya usaha yang gigih boleh menjadikan seseorang itu berjaya
walaupun tidak mempunyai kepakaran seperti yang terdapat dalam pengiraan.
Sekiranya ini dijadikan rujukan, pastinya dunia ini tidak akan menjadi indah.
Mungkin kita akan malas berusaha lagi kerana kononnya sudah tahu apa kelebihan
yang ada.
Ia bukanlah meramal masa hadapan.
Ia tidak lebih untuk mengenal diri. Keputusan yang dapat bukanlah untuk
menjadikan diri lebih malas, tetapi menjadi panduan dan sebagai alat untuk
lebih mengenal diri dan bersyukur kepada pemberian Allah. Kadangkala kita
sendiri menjadi keliru dengan diri sendiri. Mungkin dengan cara ini ia dapat
menghurai kekusutan diri dengan jawapan yang mudah.
No comments:
Post a Comment