Peperangan politik memasuki fasa
yang baru. Ia bukan lagi hanya fokus kepada masa hadapan. Peperangan ini
sedikit demi sedikit mengundur kembali bagi mengimbau sejarah. Namun, bukanlah
untuk dihayati. Tetapi dalam proses untuk mencelarukan, memutar belitkan supaya
kena dengan ideologi yang dibawa masing-masing.
Terkadang agak pelik, sejarah
adalah sesuatu yang sudah termaktub. Ia diceritakan sejak berzaman. Ada juga yang didokumentasikan untuk dipelihara.
Tetapi mengapa ada juga yang masih tidak percaya dengannya. Soal siapa yang
menuntut kemerdekaan, pemilihan bendera negara tidak sepatutnya dipersoalkan.
Ia adalah perkara besar dan mempunyai bukti yang kuat. Sejarah perlu difahami
apa asasnya. Sesuatu yang berlaku apa punca yang sebenarnya.
Tetapi ia diputarbelitkan dengan
mengangkat cerita kecil pada masa itu menjadi cerita utama untuk dijadikan sebagai
pengganti sejarah pada hari ini. Dengan ini ceritanya akan menjadi berbeza
walaupun masa dan tempatnya adalah sama. Ada juga yang membuat persepsi sendiri
tentang apa yang berlaku pada masa itu. Ia tidak membantu, tetapi menimbulkan
pelbagai lagi persoalan.
Masa hadapan kian kabur dengan
kekeliruan sejarah yang dibuat. Hari ini bukan soal memperjuangkan masa hadapan
semata-mata. Tetapi sehingga meracuni akarnya. Mahu bermula daripada bawah
untuk mengubah masa hadapan supaya kena dengan ideologi yang dibawa. Anak muda
hari ini sudah tidak peka lagi dengan budaya bangsa. Namun, bukanlah semuanya.
Budaya daripada luar begitu senang untuk meresap kedalam diri.
Dunia tanpa had menjadikan
segala-galanya perlu untuk berjaga-jaga bukan untuk keluar sebebas-bebasnya.
Sesuatu perlu dilakukan untuk
memastikan ketulenan sejarah dipelihara. Apa yang lebih penting perlu
difikirkan bagaimana untuk menjadikan anak-anak muda generasi masa hadapan
lebih peka dan menghayati sejarah negara. Ini bukanlah semata-mata bermotifkan
politik, tetapi ia adalah tentang jati diri masyarakat. Tak akan mahu hidup
dengan sejarah yang menipu. Apalah gunanya sekiranya cerita hebat tetapi penuh
dengan penipuan.
Memperkasakan sejarah ke dalam
diri generasi muda amat penting. Kerajaan atau golongan akademik perlu mencari
kaedah untuk memelihara generasi masa hadapan supaya tidak terjadi kecelaruan identiti
dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment