Untuk mencapai sesuatu matlamat
kita tidak boleh bekerja seorang diri. Seseorang perlu belajar daripada orang
yang lebih pandai ataupun daripada pengalaman sesebuah organisasi dalam menguruskan
sesuatu agenda. Dengan bekerjasama ia dapat menutup lopong-lopong yang ada
dalam diri. Kerjasama boleh dicapai didalam sesebuah pertubuhan/kerjasama. Ia
menjadi lebih indah sekiranya semua itu dilakukan kerana Allah S.W.T. Untuk mencapai
matlamat, kita sendiri yang pilih cara. Lazimnya matlamat mungkin banyak yang
sama tetapi cara untuk mencapainya sangat berbeza-beza mengikut kemampuan diri.
Salah satu daripada cara mencapai
matlamat diri adalah dengan menyertai program-program yang berbentuk membina
skill, kerohanian dan juga pemikiran. Setiap program yang dianjur pasti ada pihak
yang menguruskannya. Namun, ada orang hanya mahu menyertai program tetapi tidak mahu untuk diserap
dan terikat bersama organisasi tersebut. Hanya mahu menjadikan diri lebih baik
tanpa dikongkong oleh cita-cita organisasi tersebut. Manusia datang daripada
pelbagai latar belakang. Mereka mungkin ada cita-cita sendiri. Tetapi tidak
cukup kuat untuk menggapai cita-cita tersebut kerana ada yang masih kurang
dalam diri. Maka masuk kedalam sebuah program untuk belajar.
Program yang diikuti itu mungkin
ia hanyalah sebagai suatu sub kepada apa yang perlu dilakukan untuk menggapai
cita-citanya itu. Kita tidak boleh membuatkan seseorang yang lain untuk
mengikuti cita-cita dan harapan kita. Penetapan cita-cita bergantung kepada
taraf kehidupan, didikan awal dan pengalaman yang dilalui. Maka ianya pasti
akan berbeza-beza. Mungkin ada yang meletakkan cita-cita yang besar. Ada juga
yang meletakkan cita-cita lebih kecil tetapi lebih mendalam yang turut
merangkumi cita-cita besar orang lain.
Mudahnya begini, seorang pemuda A
mahu menjalankan perusaharaan kereta. Seorang pemuda B mahu menjadi pengeluar
minyak hitam yang paling berkualiti. Ia mempunyai kaitan dengan asas kereta tetapi
matlamatnya adalah berbeza. Pemuda A perlu belajar bagaimana cara minyak hitam
bergerak didalam enjin. Dia menuntut dengan pemuda B. Pemuda B mempunyai
cita-cita untuk menghasilkan minyak hitam yang paling berkualiti di dunia.
Pemuda B tidak boleh memaksa pemuda A bekerja dengannya untuk menghasilkan
minyak hitam yang paling berkualiti. Pemuda A sekadar mahu belajar bagaimana
minyak hitam bergerak. Dia ada agendanya sendiri. Cerita ini boleh jadi
terbalik sekiranya pemuda B yang menuntut dengan pemuda A. Matlamat mereka
adalah sama, untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.
Hasil daripada gabungan ini
pastinya akan menghadirkan variasi kominiti, idea dan kepakaran dimana ia dapat
menjadikan sebuah komuniti yang hebat. Pada saya tidak perlu risau
seandainya kita masuk kedalam sesebuah organisasi untuk mencari ilmu. Untuk
memilih cara bagaimana matlamat kita dapat dicapai itu adalah pilihan sendiri.
Kehidupan berorganisasi amat perlu. Lebih baik bergerak dalam kumpulan. Tetapi dalam
dunia ini terlalu banyak kumpulan atau pertubuhan yang ada. Ia tidak termasuk
dengan perjanjian tidak rasmi bersama teman-teman rapat untuk menjalankan
sesuatu projek dimana mereka mempunyai matlamat dan minat yang sama.
Walaubagaimanapun, kita perlu
melihat kemampuan diri sendiri. Adakah mampu untuk keluar dan setting kehidupan
dengan sendiri. Jika tidak mampu dan tiada idea organisasi adalah jalan
terbaik. Mungkin disana terdapat Idea baru yang boleh membuka mata. Faktor
tempat juga amat penting. Kalau berada di negara orang, atau di tempat yang
tidak ada sinar islam, mana-mana organisasi yang berteraskan Islam amat baik
untuk disertai bagi menjaga fikrah islam dalam diri.
Kunci disini adalah kita tidak
boleh bergerak seorang. Lebih ramai lebih bagus. Tetapi ia perlu kena dengan
jiwa supaya segala keghairahan untuk mencapai yang lebih tinggi mengikut minat
yang mendalam tidak terbantut dengan sistem yang bukan menjadi agenda utama
kepada diri seseorang. Ada banyak benda baik dalam dunia ini. Tetapi sukar
untuk membezakannya adakah ia benar-benar baik kepada kita.
No comments:
Post a Comment