Seminar warisan kebangsaan ini dianjurkan bersempena
ulangtahun Ke 5 Melaka bandaraya warisan dunia dimana telah mendapat pengesahan daripada
badan warisan dunia (UNESCO).
Pada 2 hingga 3 Julai 2013 yang lalu, Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM ) dijemput sebagai wakil kepada Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) untuk menghadiri seminar ini. Rata-rata pelajar daripada UKM
sedang bercuti dan tidak dapat dapat menghadiri seminar ini. Kami daripada UTeM
dijemput bagi mengganti mereka.
Pelbagai input yang diperolehi. Banyak juga cerita-cerita
yang tidak pernah diceritakan berkaitan sejarah Melayu dikongsi dalam seminar
ini. Ini lebih membuka mata saya tentang keagungan dan kecanggihan teknologi Tamadun
Melayu. Pada saya, sejarah yang diajar dalam silibus kurikulum sedia ada tidak
cukup untuk menanam kebanggaan tentang
Tamadun Melayu dalam kalangan golongan muda. Saya bersetuju dengan
ucapan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka dalam
ucaptamanya yang berpendapat kajian secara mendalam dan lebih saintifik perlu
diperbanyakkan lagi bagi membongkar semula tamadun Melayu yang telah
dilenyapkan oleh penjajah.
Kita mungkin mendengar pelbagai cerita yang berkaitan
keagungan Tamadun Melayu pada masa dahulu, tetapi ia banyak ditokok tambah
sebagai bahan penyedap cerita tanpa ada bukti, fakta dan kajian. Ia tidak kuat
dan tidak boleh dijadikan bukti sejarah untuk diiktiraf. Kajian yang saintifik
perlu dilakukan untuk mengemukakan bukti yang sah tentang kegemilangan zaman
kesultanan Melayu Melaka.
Dalam seminar ini dibentangkan kertas kerja berkaitan
perancangan bandar di Bandaraya Melaka ini. Barulah saya mengetahui bukan mudah
rupanya untuk mengekalkan aturan dan sejarah yang terdapat di sini. Sebagai
contoh, kedai-kedai yang berada dalam wilayah sejarah ini mahu melakukan
pengubahsuaian premis perniagaan. Mereka tidak boleh sesuka hati membuat
perubahan dengan mengubah bentuk bumbung, warna bangunan dan aturan yang boleh
membunuh identiti bandaraya sejarah. Setiap projek yang dilaksana perlu dikaji dan
dirujuk supaya warisan yang ada tidak tenggelam dan terhapus.
Ada peserta yang begitu marah dalam sesi soal jawab. Katanya
Melaka semakin lama telah kehilangan identiti sejarahnya. Ini kerana bangunan
yang didirikan bukanlah secara mutlak menunjukkan kegemilangan Tamadun Melayu,
tetapi ianya lebih kepada peninggalan Portugis, Belanda dan Inggeris. Saya amat
bersetuju sekali dengan apa yang dinyatakan. Kurangnya aspek ketamadunan Melayu
diangkat. Kadangkala sakit hati juga melihat kapal besar portugis, kota A’
famosa yang menjadi peninggalan pada hari ini untuk ditatap sedangkan tiada
kemegahan Tamadun Melayu yang tinggal untuk menjadi saksi pada hari ini.
Saya telah berkenalan dengan seorang consultant UNESCO yang datang
daripada Vietnam. Beliau seorang yang begitu peramah. Saya duduk disebelahnya
pada majlis makan beradab di Perkampungan Hang Tuah. Dia mahu mencuba setiap
adab dan makanan yang dihidang seperti makan bersila, makan menggunakan tangan
dan menjamah kuih tradisional. Kami berkongsi cerita. Saya banyak bertanyakan
kepadanya tentang UNESCO dan serangan Amarika terhadap Negara Islam seperti
Afghanistan. Di Afghanistan, terdapat juga tempat yang menjadi warisan sejarah
dunia. Tempatnya dikenali sebagai buddhas of bamiyan. Saya bertanya kepadanya,
adakah warisan sejarah itu musnah akibat serangan Amarika ke atas Afghanistan? Dia
mengakui.
Warisan sejarah itu
telah dimusnahkan. Saya bertanya lagi, kenapa? Dia berkata mereka memusnahkan
kerana disitu adalah tempat keagamaan, dan ada kemungkinan menjadi tempat
persembunyian pengganas. Bisik saya dalam hati, nampaknya perkara yang sama
terjadi seperti apa yang Melaka alami dahulu, semuanya dimusnahkan. Tidak kira
sama ada ianya warisan sejarah atau tempat ibadat.
Saya mencari maklumat tentang ini di Internet. Maklumat di Internet kadang kala tidak boleh
diambil sebagai rujukan utama kerana ia pasti akan menyebelahi pihak barat. Pasti
sahaja bukan salah mereka yang membawa kepada kerosakan. banyak lagi perkara yang dibualkan.
Dibawah terdapat gambar-gambar suasana makan beradab dan
persekiratan Bandaraya Melaka. Semoga dengan gambar-gambar ini dapat memberikan
sedikit gambaran tentang suasana kesultanan Melayu Melaka dahulu.
Bersama Mr Nguyen Khanh Tuan, UNESCO consultant, Ministry Of Foreign Affairs, Vietnam |
Apapun, siapa yang dapat melawan Takdir Allah. Walau sejuta
bom digugurkan, kalau tidak diizin untuk musnah tidak musnah juga .Begitulah
yang terjadi keapda Firaun yang mengejar Nabi Musa suatu ketika dahulu. Allah
menyimpan jasadnya untuk ditonton da supaya kita mengambil iktibar. Apa yang
berlaku ini bukanlah untuk kita hanya tahu ia hanya sejarah, tetapi apa yang
kita perlu lakukan supaya ianya tidak berulang lagi, itu yang utama.
No comments:
Post a Comment