Saya ada membaca sebuat artikel tulisan Prof Sidek Baba, dan
tertarik dengan pandangan terhadap kemajuan. Katanya kemajuan itu bukanlah
diukur dari segi kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi di dalam Islam,
kemajuan itu adalah fokus kepada diri manusia itu sendiri. Jika manusia
terbangun dengan ilmu dan etika yang baik, pengurusan ekonomi, teknologi, sosial
akan berlaku dengan baik.
Suka untuk saya mengaitkan dengan proses pembelajaran
mahasiswa pada hari ini di Universiti. Setiap perkara yang dilakukan pastinya
mempunyai KPI yang tertentu untuk dijadikan sebagai penanda aras terhadap
sesuatu yang dilakukan. Di Universiti, sistem pointer digunakan. Maka, ramai
yang mengejar pointer yang baik untuk menjadi yang terbaik dalam sistem akademik
masa ini.
Untuk mengukur seseorang, sistem pointer ini tidak boleh
dijadikan sebagai suatu ukuran yang mutlak. Melihat kepada gaya hidup
segelintir Mahasiswa, saya tidak yakin dengan ukuran meritokrasi pointer ini. Seperti
biasa ramai yang mengejar pointer yang baik tanpa berfikir. Mahasiswa tidak
seharusnya melimitkan pemikiran sebagai seorang pelajar dengan dunia pointer
sahaja. Kehidupan ini luas, dan masa muda adalah masa untuk membina. Banyak perkara
yang boleh difikirkan.
Bermalas-malasan dalam kehidupan sebagai pelajar merupakan
racun yang akan membunuh untuk jangka masa panjang. Nampak rajin hanya untuk
musim peperiksaan semata-mata tidak membuahkan sesuatu yang besar, ia hanya
mengejar kualiti atas kertas dan mengabaikan kualiti kepada diri. Semasa menjadi
pelajar, tidak mengapa mahu tidur 20 jam sehari dan berjaya dalam peperiksaan. Mungkin
itu kelebihan yang Tuhan kurniakan. Tetapi, untuk menjadi seorang yang professional
dan mempunyai kualiti, bakat sahaja tidak mencukupi. Ia perlu diasah dan
dilatih.
Masa yang terbaik untuk berlatih adalah di Universiti. Apabila
sudah keluar dari Universiti kita mungkin kesuntukan masa untuk melatih diri. Produktiviti
juga akan terjejas kerana fokus masih dalam pembinaan dan melakukan kesalahan dalam pekerjaan. Pembinaan
kualiti kepada diri itu lebih penting daripada hanya menghafal sesuatu subjek tanpa berfikir dan
mengembangkannya. Sistem pembelajaran dalam Islam bukan seperti barat, yang
mementingkan aspek materialistik. Dalam Islam Ilmu adalah penyuluh kehidupan. Sesuatu
dipanggil ilmu adalah sesuatu yang dipraktik dan diamalkan. Dengan Ilmu, dunia dapat diubah supaya menjadi
lebih baik dan makmur.
Tujuan utama belajar adalah untuk menambah nilai kepada diri
dan masyarakat. Bukan untuk diri sendiri bagi mendapatkan certificate yang baik
untuk dicanang agar mendapat pekerjaan yang baik. Itu adalah sikap mementingkan
diri. Tidak hairanlah dalam memegang amanah, ada yang masih boleh pecah amanah
walaupun berjawatan tinggi.
Sistem yang diperkenalkan barat hari ini hanya menguntungkan
segolongan kecil. Saya mengaitkan ia dengan Ia dengan sesuatu yang dipanggil hukum
Pareto. Teori ini diperkenalkan oleh seorang engineer, yang juga merupakan
pakar ekonomi daripada Italy. Kandungan umum
mengenai pareto principle ini adalah 20% menjadi pelopor manakala 80% menjadi
pengikut. Senang untuk saya jelaskan dalam konsep yang mudah, kajian telah
dibuat oleh vilfredo pareto yang mengatakan dunia ini diperintah oleh 20%
golongan bijak, manakala 80% lagi hanya menjadi pengikut.
Untuk mengaitkan teori ini, amat mudah. Ramai yang hanyak
mengikut sistem yang dicipta oleh 20% bijak pandai ini. Mereka mahu memastikan
tidak ramai manusia yang boleh berfikir. Mereka mencipta pelbagai sistem
seperti sistem pendidikan, perbankan, pelajaran, pentadbiran negara dan banyak
lagi. Semua ini untuk melimitkan potensi manusia daripada berfikir. Sistem perbankan
hanya menguntungkan segelintir orang sahaja. Terutamanya kepada negara penjenayah
seperti Amarika Syarikat. Dalam 20% ini berapa ramai golongan bijak ini
berbangsa Yahudi?
Sistem yang dicipta hari ini tidak lain hanya untuk
mengepung minda masyarakat. Ia menjadikan skop pemikiran menjadi lebih kecil
dalam kehidupan. Tidak semestinya seorang yang belajar engineering tidak boleh
menjadi seorang ustaz, mahupun pakar ekonomi. Ulama zaman dahulu mahir dalam
pelbagai bidang ilmu, seorang doktor juga merupakan seorang ahli matematik dan
astronomi. Mereka juga merupakan Ulama.
Semasa belajar, aspek pembinaan diri tidak harus diabaikan.
Terjun kedalam masyarakat dengan realiti adalah perlu. Ia bukan bermaksud
terjun kedalam masyarakat dengan hanya berbaring dan menghadap facebook dan
laman social lain. Ia tidak membantu, malah menjahanamkan lagi segala potensi. Orang
yang bijak menulis dan berbicara di alam maya tidak semestinya petah
berkata-kata dan boleh menyampaikan pidato di hadapan orang ramai tanpa merasa
gentar. Ia tidak realiti.
Kemajuan itu terletak kepada diri. Sekiranya diri dibina
dengan baik, akan keluar perkara baik yang menerangi kehidupan dan masyarakat.
Di dalam Al-Quran, Allah cukup menekankan supaya manusia berfikir!
Kemajuan yang sebenar adalah daripada diri sendiri. Ia daripada dalam dan dizahirkan. Bukan daripada faktor luaran meresap masuk ke dalam hati.
Ini artikelnya
Kemajuan yang sebenar adalah daripada diri sendiri. Ia daripada dalam dan dizahirkan. Bukan daripada faktor luaran meresap masuk ke dalam hati.
Ini artikelnya
No comments:
Post a Comment