Soal rezeki adalah urusan Allah S.W.T. kita hanya berusaha
mencarinya. Pengalaman dan apa yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini
membuka mataku tentang apa itu rezeki. Lantas menjadikan aku lebih bersyukur
dengan segala kurniaanNya.
Rezeki ini tidak boleh di jangka. Ia boleh datang secara
tiba-tiba dan boleh jadi tidak datang kepada kita jika tidak diizinkanNya
Saya dan seorang rakan memilih beberapa biji tembikai di
sebuah pasaraya untuk dijadikan stok jualan baru. Mulanya kami hanya menjentik
tembikai untuk memilih. Tanpa ada sedikit pun ilmu untuk memilih mana yang
baik, Kami membuat teori sendiri tentang bagaimana memilih tembikai yang baik.
Kami menjentik dan mendengar bunyi, sedap bunyinya kami mengkonklusikan
tembikai itu sebagai ok. Ketika sibuk
menjentik seorang pakcik menyapa, awak nak tahu tak macam mana untuk memilih
tembikai yang baik atau tidak. Dia berkongsi sedikit Ilmu dengan kami. Katanya,
apabila menjentik, bunyinya seakan-akan bergetah dan kosong. Itu ok.
Perbualan tidak sehingga itu sahaja. Pak cik itu seorang
yang peramah. Dia bertanya, “ banyak beli tembikai dik, untuk apa?” saya
menjawab, untuk meniaga pakcik. Dia mengangguk. Dia bertanya lagi, ok tak
business, saya menjawab, Alhamdulillah, bolehlah. Cuma yang tak ok sikit kalau
hari hujan.
Dia berkata tak apa, itu juga adalah rezeki daripada Allah
buat kita sebagai hamba. Apa yang penting kita jangan sesekali menyumpah kepada
hujan itu. Jangan pula kita berkata, “ cis, hujan pula hari ini ”.Mana tahu
esoknya dia ganti kembali dengan rezeki yang lain dan lebih berganda-ganda.
Dahulu pakcik ini juga merupakan seorang peniaga.
Panjang lagi perbualan kami selepas itu. Benar kata-kata
pakcik itu. Saya menjadi serba salah kerana bersangka buruk kepada Tuhan yang
memberikan hujan. Hujan sebenarnya adalah rahmat daripadaNya. Mungkin hari
hujan itu merupakan rahmat kepada hidupan lain, dan hari cerah itu razekinya
kepada peniaga pula. Tanpa hujan bagaimana buah tembikai itu boleh membesar
dengan subur? Pasti juga kami tidak boleh menjual tembikai yang suburnya dimana
ia dijaga oleh Allah S.W.T dengan disirami hujan.
Konteks rezeki itu sememangnya luas. Ia bukan semata-mata dalam
bentuk materialistik. Ia adalah nikmat yang kita kecapi dan mendapat manfaat
yang baik. Allah boleh juga mengurniakan rezekinya melalui kesihatan yang baik,
keluarga bahagia, kelapangan hati, hatta sehingga dapat bangun daripada tidur
setiap hari.
Rezeki Allah itu luas… Allah tak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Mari kita kaitkan segala yang berlaku dengan kebesaran Allah =)
Apa yang penting kita mesti sentiasa bersyukur
Apa yang penting kita mesti sentiasa bersyukur
No comments:
Post a Comment