Alhamdulillah hari yang ditunggu-tunggu bagi semester 4 ini
telah berlangsung dengan jayanya. Hari untuk exhibition Project Design and Development.
Semua pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Teknikal
Malaysia Melaka dikehendaki mengusulkan satu idea projek pada awal semester
yang lalu. Beberapa Idea yang menarik akan dipilih oleh rakan-rakan melalui
undi secara online untuk membentuk kumpulan dan dijadikan projek pada semester
ini. Setelah idea dipilih, bermulalah perjalanan projek. Kami dikehendaki untuk
menghasilkan satu projek (yang telah dipilih melalui undi) untuk dihasilkan.
Bermula daripada awal, perancangan dibuat. Rnd untuk produk ada juga
dijalankan. Kami dikehendaki mendapatkan maklumat daripada orang ramai untuk
melihat apakah keperluan yang diperlukan dan aspek teknikal yang perlu ada
dalam projek. Subjek ini begitu mengajar
kami dalam perjalanan menjadi seorang jurutera. Dokumentasi juga dibuat dan perlu dihantar dengan lengkap.
Secara ringkas, segala-galanya perlu difikirkan untuk menghasilkan sesuatu
produk dan konsep daripada awal hingga akhir. Akhir sekali adalah untuk pameran
produk. Banyak komen-komen, kritikan dan idea yang diberikan oleh penilai. Kami menerima dengan hati yang terbuka =)
tengok daripada gambar tu je, nampak meriah betul pameran tu..nice
ReplyDeleteAlhamdulillah. meriah dengan penyertaan dan idea yang dihasilkan =)
ReplyDelete