Ads

Dialog Bersama Tun Dr Mahathir Anjuran Kelab Che Det (KCD). Part 2


Ucapan Tun

Sesi dialog dimulakan oleh Tuan moderator. Kehadiran Tun Siti hasmah adalah suatu bonus yang berganda kepada kami. Pada mulanya saya agak terkejut kerana sesi ini dijalankan dalam bahasa Inggeris. Tun juga berucap menggunakan bahasa inggeris. Saya menghadiri program ini dengan dengan anggapan isu yang bakal di bincangkan adalah Dasar luar yang dibuat oleh Tun. Tetapi ucapan Tun tidak secara langsung menyentuh kepada dasar luar yang dibawanya. Itu hanyalah selingan kepada penceritaan Tun. Apa yang menjadi motif ucapan beliau adalah aspek “ nilai diri ”. Beliau cukup menekankan aspek menghargai diri, budaya kerja yang baik serta melahirkan harapan yang cukup tinggi kepada Mahasiswa/I yang hadir. Dalam ucapanya beliau terlebih dahulu menyentuh kepada sejarah Negara sebelum zaman kemerdekaan. Saya tidak dapat menulis keseluruhan isi ucapan Tun didalam penulisan ini kerana saya tidak mahu menulisnya dalam versi saya, hanya dapat berkongsi sedikit sahaja.



Pandangan terhadap barat

We Fear them!(penjajah). Long time ago we call them Tuan and for women we call mam. Sultan must hear them, only because their skin colour.

Pride, ability, better educate can overcome the problems. Struggle is not over, Malaysia boleh. We can do what they can do.

Beliau menceritakan tentang penentangan barat terhadap dasar Negara untuk menjalinkan hubungan dengan Negara China yang dianggap komunis.

Tun berkata, We are not pro to anyone, we want to become neutral. West mentality, if we are friendly ( Komunis) then we anti Them (west). Rigid.

1509 Portugis datang Melaka untuk berdagang, 1511 mereka datang terus menakluki Melaka ( 2 tahun ). Lihatlah Kita telah menjalinkan hubungan dengan China sejak 2000 tahun yang lalu, They not concured us. Mentality Europe are dominate.

They want war but not in their own country. Asian are not concurred and rule. Gengish khan only concurred, but not rule. After attack they go back to their country.
West are too materialistic. Saya hanya mahu membina sebuah Negara yang aman untuk kehidupan yang baik.

We want to build our country in our own mode. But not less them.
Pandangan saya kepada penceritaan Tun ini jelaslah bahawa barat mempunyai pemikiran yang cukup rigid, materialistik, dan ingin mendominasi. Apa sahaja yang mereka buat semuanya semata-mata ingin memberikan kelebihan kepada mereka. Tidak langsung memikirkan tentang pihak lain. Saya setuju dengan pandangan Tun terhadap barat. Mereka tidak boleh diberi muka!. Sejarah telah membuktikan siapa barat. Namun ada juga perkara yang dipuji Tun terhadap barat. Pujian mengenai sikap orang eropah, bukan pentadbiran eropah.

Value System

Apa yang boleh saya simpulkan Value system yang dimaksudkan Tun ini adalah budaya kerja.

Task must apply fully to achieve the objective. In what ever task. “ Apply myself to the task ”

Take pride to achieving the task. But, we? Even result not ok Its ok! – NO. dedicate yourself

Must feeling shame if failed. In japan if they failed, they commit Hara-kiri (Suicide). But I don’t Ask you to commit hara-kiri lah. Hehe.

Must study hard, try to be top person in class. If fail must shame on your self. Try effort to the best.
Now we have skills and thinking, but lack value system.

Plan move to achieve objective. Then you dare to faced danger.

Time is precious. |---------| kita diberikan satu  Timeline kehidupan.

Grateful To society

Give back what society give. We don’t have this culture.
Tun berkata, di Malaysia masyarakatnya tidak menghargai institusi yang mendidik kita. Seperti di Universiti Harvard, lepasan universiti tersebut pasti mahu memberikan sesuatu semula kepada universiti.

Apabila berhutang bayarlah semula. Barulah hidup diberkati.

Dan banyak lagi yang tak dapat dikongsikan. Betapa bernilainya ucapan daripada Tun ini. Seorang negarawan yang hebat. Rasa terharu kerana Tun sedia berkongsi ilmu, pengalaman memerintah Negara serta pengalaman berhadapan dengan barat yang cukup keras itu. Tun seorang yang tidak berfikiran rigid. Pemikiran Tun adalah sangat praktikal. Pemikiran yang menyediakan panduan dan jalan supaya mudah untuk diikuti dan dilaksanakan. Tun seorang yang cekap menguruskan pentadbiran Negara.



Sesi pemberian sijil oleh Tun sendiri


Niat untuk berkongsi ini diharap ada sedikit pancaran manfaat kepada yang sudi membaca hasil daripada pertemuan bersama Tun ini. Saya difahamkan dialog bersama tun ini semuanya ada enam siri. Ini adalah siri pertama. Saya ada di beritahu untuk siri yang kedua pemilihan mungkin akan dibuat melalui essei lagi. Fokusnya adalah ekonomi. Sama-sama kita bersedia, mantapkan ilmu mengenai dasar ekonomi Negara pula.

Majlis diakhiri dengan jamuan. Tun Siti Hasmah turut meraikan kami. Beliau duduk bersama-sama kami dan menceritakan pelbagai kisah. Ada juga yang sangat lucu. Ternyata benar beliau seorang yang sangat mudah didekati dan mesra orangnya. Beliau amat berbesar hati sekali menyambut kami. Beruntungnya Negara kerana  sepasang pemimpin yang hebat ini.



Inilah hari yang paling bermakna kepada saya. Perasaan sebak menyelubungi hati mengenangkan keperibadian Tun. Tidak lekang dengan senyuman, penuh dengan wawasan! 

No comments:

Post a Comment