Alhamdulillah masih lagi dikurniakan Allah kesihatan dan
umur untuk menyambut hari raya korban pada tahun ni. Banyak yang dah berubah
dan bertukar. Sebelum ni, masa kecil-kecil bangun saja terus mandi dan makan. Sebelum
solat, Umi pakaikan butang baju dan sampin. Kedengaran Ayah sudah bertakbir di surau. Jarak surau dan
rumah atuk hanyalah beberapa langkah sahaja di seberang jalan. Sekarang
nampaknya sudah tidak sama seperti dahulu. Bangun subuh, Solat jemaah
bersama-sama. Selesai bertakbir dan berdoa… eh macam ada yang kurang. Kenapa
surau ni tak seperti dahulu? Dahulu aku datang sahaja sudah tersedia semuanya.
Mimbar, sejadah, dan karpet semuanya masih belum tersedia dan tidak dibentang. Patutlah
suram sahaja. Pagi-pagi lagi saya dan ayah sudah bergotong royong kecil
menyiapkan surau untuk solat hari raya. Hamparkan sejadah, angkat mimbar
daripada stor dan membuka lipatan karpet di luar.
Semasa mengeluarkan
mimbar khutbah daripada stor, ayah berkata, “Mimbar kayu ni arwah atuk johari
sebelah rumah yang buat dulu.” Wah masih berjasa arwah atuk johari kerana
inilah mimbar khutbah yang sama sejak saya kecil hinggalah sekarang. Kalau
dibuka tingkap sebelah surau masih kelihatan bengkel dan stor arwah atuk johari.
Selepas solat hari raya aidiladha, sejadah dilipat semula. Baru terfikir,
dahulu siapa agaknya yang melakukan kerja-kerja mulia ini semua ya?.
Atuk Nan! Ya atuk nan. Dimana atuk nan?. Pada petangnya saya bertanya kepada
ayah, atuk Nan masih ada lagi kah. Ayah kata, ada lagi tapi dah tak sihat.
No comments:
Post a Comment