Mengecas Iman
Iman Ini ibarat Bateri. Apabila dicas, banyaklah tenaga dan perlu
sentiasa diperbaharui. Tapi apa sumbernya? Antaranya dengan menghadiri Usrah. Melalui
usrah, setiap minggu dapat mengecas
kembali iman yang semakin luntur dalam diri. Ia adalah wadah untuk memperingati
dan memperbetulkan segala kesalahan dan kejahilan diri. Usrah seminggu sekali
cukup untuk mengecas Iman. Apabila hujung minggu, Mungkin sahaja bateri iman
itu sudah hampir habis. Belum sempat habis, ia dicas semula untuk minggu yang
akan datang. Inilah antara kelemahan manusia. Sedangkan keimanan perlu
diperbaharui. Apalah yang kekal pada kita. Saya belajar menerima hakikat yang
ada pada manusia tiada yang kekal.
Usrah… Takutlah.
Janganlah dianggap Usrah ini satu perkara yang menakutkan dan
terlalu rigid. Sebenarnya dalam usrah adalah satu wadah untuk berkongsi
masalah, pengalaman dan Ilmu.
Berusrah dengan seseorang yang penuh ilmu didada dan penuh hikmah
membuatkan hati menjadi tenang dan rasa diri ini terlalu kekeringan ilmu. Usrah
pada hari ini bukan lagi bermatlamatkan Akhirat semata-mata. Tetapi ia juga meliputi
Isu-isu semasa, seperti Politik, Motivasi, Kriminal, Bisnes, apatah lagi perkara
yang terjadi di sekeliling kita. Sudah tiba masanya kita membuka mata. Adakah
kita keseorang yang rigid atau Usrah yang menyediakan sekumpulan mahasiswa dan
seorang Ilmuan ini yang rigid? Usrah
tidak perlu memakai kopiah, jubah dan celak. Pengalaman saya berusrah selalunya
hanya mengenakan baju round neck seluar jeans dan Terjemahan Al-Quran. Itu
sahaja. Simple habis! Hakikatnya bukan itu
yang menjadi ukuran tetapi hatilah yang memandu.
Usrah bukan tempat untuk mencari kesalahan
Usrah ini bukanlah bertujuan untuk menghentam antara satu
sama lain. Tiada manusia yang sempurna. Ia bertujuan untuk berkongsi dan
meringankan. Bukanlah seperti menjaga tepi kain orang, tetapi dengan sebuah
kumpulan, banyaklah yang berfikir untuk kita. InsyaAllah ada jalan. Kadang-kadang kita takut
untuk mengakui kesalahan. Sampai bila mahu takut dengan bayang-bayang sendiri…
Allah tidak hairan manusia melakukan dosa, tetapi Allah
hairan kenapa tidak mahu bertaubat.
Ciri-ciri halaqat yang bagaimana patut kami ikuti?
http://langitilahi.com/10106
Mata, Tangan dan Akal ini,
Lebih dekat dengan diri,
Nasihat yang paling kuat untuk diri sendiri.
Ciri-ciri halaqat yang bagaimana patut kami ikuti?
http://langitilahi.com/10106
Mata, Tangan dan Akal ini,
Lebih dekat dengan diri,
Nasihat yang paling kuat untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment