Banyak aspek yang boleh dijadikan pengukur dalam menentukan
kematangan seseorang. Dari perspektif
agama, ada yang mengukur kematangan itu dari sudut hubungan dengan tuhan.
Sejauh mana usaha ke arah mendapatkan redha Allah. Selalunya ramai yang menganggap kematangan ini dilihat daripada
aspek pemikiran. Pemikiran sifulan itu hebat, lantas melabelkan dia itu hebat.
Buktinya? Mungkin seseorang itu petah berkata-kata, setiap kata-katanya ada
sahaja isi dan hikmahnya. Mungkin juga seseorang itu mempunyai kemahiran
menulis dan bercerita dengan penuh hikmah melalui Blog, atau mana-mana wadah di
alam maya. Secara tidak langsung pembaca menafsirkan siapa dia di alam nyata.
Pendapat peribadi.
Ukuran kematangan hanya berdasarkan sebuah pemikiran dan
penulisan boleh jadi tipu sama sekali.
Pemikiran yang baik sepatutnya melahirkan tindakan yang baik. Aspek kematangan
yang sebenar adalah Tindakan. Kehidupan ini
bukanlah bergerak melalui Teori. Kehidupan ini adalah praktikal. Teori
hanyalah sebagai cahaya, Praktikalah yang membawa menuju cahaya. Sebagai contoh
situasi hari ini : ramai yang tahu tidak menutup aurat itu haram. Teorinya tahu,
Itu adalah dosa, tetapi praktikalnya
dimana? mengapa masih tidak menutup aurat. Mulalah pelbagai alasan dicipta
untuk membenarkan segala kesalahan. Tetapi seringkali menipu diri dengan
kebenaran yang menipu. Yang salah tetap salah, berada didalam lingkaran
kebodohan dan kesombongan diri sendiri. Semakin lama semakin tertipu dengan
diri sendiri hingga tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Matangkah
sekiranya mengetahui tetapi tidak
melaksanakan apabila mampu. Cerita ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan banyak
situasi.
Sejauhmana kita dapat mengelakkan dosa dan mengikuti
kebaikan yang kita fikirkan adalah kebijaksanaan
dan kematangan.
Rasulullah S.A.W pernah ditanya siapakah manusia yang paling
bijak. Jawapan baginda adalah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk
mati (Melakukan Amal ibadat).
Begitu juga dengan diri kita sendiri, Ilmu sudah ada,
perlaksanaannya dimana. Mahukah dilabel sebagai seorang yang “Hipokrit” apabila
kebenaran di ketahui umum….
Mata, Tangan,
dan akal ini ,
lebih dekat
dengan diri,
Nasihat Paling kuat untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment