Ads

Praktikal - Ilmu untuk dipraktik

Cuti tahun 3 memerlukan saya untuk menjalani praktikal di kilang yang telah dipilih.  Di universiti saya ada belajar bagaimana cara untuk mengaplikasi lean manufacturing. Lean adalah cara bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos. Hari pertama saya menjalani praktikal, Saya dikehendaki untuk membuat satu layout baru untuk kilang supaya semua proses menjadi lebih efesien dan menjimatkan kos. Mulanya tidak tahu bagaimana untuk dimulakan. Saya teringat dengan pelajaran lean di universiti. Saya cuba untuk mengingati apakah cara untuk implement  lean di sesebuah kilang. Mudah untuk hanya diingati dan dimuntahkan di dalam peperiksaan, tetapi teramatlah susah untuk mempraktikkannya. 

Situasi yang realiti ini membuatkan saya perlu berfikir dengan keadaan semasa dengan apa yang ada. Kadang-kadang tak boleh untuk mengaitkan teori dan apa yang berlaku. Ia banyak memerlukan critical thinking, cara penyelesaian masalah. Barulah saya nampak apa yang saya pelajari selama ini hanya teori tetapi tidak cukup untuk di praktikkan. Situasi di industri amatlah pelbagai dan lebih mencabar sehingga tidak dapat untuk membayangkan. Hanya pengalaman yang dapat memberikan pengajaran terbaik.

Walaupun saya tidak boleh mengaitkan teori yang dipelajari dengan keadaan semasa, atau mungkin mengambil sedikir masa, tetapi cara untuk menganalisis sesuatu keadaan sekurang-kurangnya diketahui sedikit. Analisis terhadap sesuatu keadaan amat penting untuk menjadikan sesuatu proses menjadi lebih baik dan melihat sesuatu dengan jelas. Tidaklah belajar di universiti ini hanya teori semata-mata. Analisis itu yang penting untuk mendapatkan result yang baik. Ianya terpulang kepada critical thinking kita untuk menjalankan sesuatu kerja.  Teori hanya sebagai penunjuk untuk memberikan idea apa yang perlu dibuat.   
 
 

No comments:

Post a Comment