Seorang rakan mengajak saya untuk
ke surau. Dia jarang-jarang sekali melakukan ajakan seperti ini. Permintaannya
untuk bersama-sama ke surau mengejutkan saya juga. Kami pergi ke surau
bersama-sama. Tiba disana kami melihat pintu pagar utama surau tertutup. Pengubahsuaian
di bahagian hadapan surau sedang dijalankan. Simen masih belum kering. Ada tiga
pintu untuk masuk ke surau tersebut. Kami ternampak salah satu pintu kecil
untuk masuk ke surau. Tanpa disedari kami melalui kawasan yang masih basah
simennya dan berdebu. Saya tahu ada satu lagi pintu yang boleh masuk ke surau
dan menggunanakan pintu itu. Rakan saya menggunakan pintu yang simennya masih
basah itu.
Setelah selesai solat kami masuk
ke dalam kereta. Rakan saya bersuara, ada pak cik marah kami tadi sebab lalu
tempat simen yang masih basah tu. Pandai pula kau lari guna pintu satu lagi tu.
Iya ka. Saya tidak tahu hal tersebut. Katanya pakcik itu membebel kepada
mereka. Kata mereka lagi setelah masuk ke surau pakcik tersebut masih membebel kepada Jemaah surau
tentang kesalahan mereka yang melalui jalan tersebut sehinggakan semua Jemaah memandang
kearah kami. Spoil betul.
Ini adalah contoh teguran yang
paling tidak berhikmah apatah lagi sebagai Jemaah surau. Tidak mesra langsung. Kalau
mahu menegur biarlah secara personal, bukan memalukan orang lain dalam khalayak
ramai. Perkara yang boleh diberitahu dengan mudah tidak perlu diperbesarkan
hingga memalukan orang lain. Sepatutnya sesuatu yang lebih berhikmah boleh
dilakukan untuk menegur dan menarik hati orang ramai untuk ke surau. Apa
salahnya menegur secara baik dan berakhir disitu sahaja tanpa memanjangkan
masalah.
Perkara ini merupakan contoh pengalaman
yang tidak baik kepada orang yang jarang turun ke surau. Apabila terkena
perkara seperti ini mereka pasti akan teringat-ingat dan hati agak jauh untuk
ke surau lagi. Apapun sentiasa ingat buatlah kerana perintah Allah, bukan
manusia. Kerana manusia hati akan menjadi sakit. Ikhlas dalam melakukan
kebaikan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment