Ads

Mendaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Alhamdulillah pada hujung minggu lepas berkesempatan untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan persatuan, memanjat Gunung Datuk. Kami bertolak daripada Ayer Keroh, Melaka seawal jam 5.00 pagi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum kami singgah di masjid berdekatan bagi menunaikan solat subuh. Kami memulakan pendakian tepat jam 8.00 pagi. Laluan pendakian agak mencabar kerana dipenuhi akar-akar pokok, batuan besar. Pada saya ini adalah antara laluan yang sukar untuk mendaki. Sepanjang perjalanan kami berselisih dan mengucapkan selamat pagi dengan beberapa kelompok mahasiswa yang datang daripada UM,UTHM,USIM dan sekumpulan mahasiswa daripada beberapa buah universiti lain. Bergerak secara berkumpulan memerlukan kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan. Kebolehan dan ketahanan setiap orang adalah berbeza dalam sebuah kumpulan. Tanggungjawab ahli kumpulan lain adalah untuk memberikan sokongan kepada mana-mana ahli yang lemah dan kurang bersemangat untuk mendaki. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberikan semangat ataupun bersembang sambil mendaki bagi melupakan kepenatan. Air, coklat, gula-gula perlu dibawa untuk memberikan tenaga sepanjang pendakian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan berjaya sampai ke puncak dan menikmati pemandangan desa yang cukup indah. Semua kepenatan mendaki seolah-olah hilang setelah melihat keindahan Alam Ciptaan Allah ini. 


















2 comments: