Jati Beringin was established in 1997 as a metal fabrication based company and has continued to grow from strength to strength until today. We have evolved our own upstream capabilities and ventured into the entire spectrum of downstream activities to add value to our metal based fabrication core business. These include both hot dip and dip spin galvanising. We also specialize in providing total uninterrupted power supply (UPS) solutions.
Read more...
Pictures during the trip :
Ads
Etika
Etika adalah suatu yang amat penting dalam membezakan seseorang sama ada ia bertanggungjawab atau tidak. Etika adalah sesuatu yang menyeluruh dalam kehidupan, bukan hanya diikuti dalam modul pekerjaan semata-mata. Dalam mana-mana
pekerjaan, pasti ada etika yang perlu dipatuhi untuk meningkatkan lagi prestasi
dan mendapatkan hasil yang baik.
Aspek pengurusan masa, menjaga amanah, telus, serta pelbagai
lagi etika baik yang ada telah diajar dalam setiap agama. Fungsi agama adalah
untuk menjadikan hidup manusia lebih baik dengan peraturan yang baik.
Tetapi, boleh sahaja lihat, seseorang yang tidak beretika,
dan tidak beradab boleh sahaja berjaya dalam bidang yang diceburi. Situasi hari
ini, aspek etika yang baik tidak lagi diambil kira sebagai sesuatu yang utama
dalam pekerjaan. Ianya ok asalkan matlamat tercapai. Mungkin pada hari ini kita menjadi sedikit keliru dengan gaya hidup seseorang yang tidak beretika tetapi pencapaian yang dimilikinya hebat.
Ia bermula daripada zaman Renaissance. Pelopor pemikir
renaissance menghalalkan segala cara asalkan matlamat mereka tercapai. Ia boleh
dilihat dalam konsep “real politik” yang dipelopori barat. Mereka menghalalkan
peperangan dan pembunuhan untuk mendapatkan kuasa. Dalam islam, aspek etika ini
adalah suatu perkara yang penting untuk memperolehi sesuatu. Bagaimana cara kita
mendapatkan sesuatu, menentukan apa akibat yang kita dapat.
Memanglah hasilnya tetap sama sekiranya jalan yang dilalui
itu dilalui secara benar atau tidak. Tetapi perlu ingat, dalam Islam hidup bukanlah
semata-mata untuk dunia. Aspek akhirat perlu diambil kira. “Dunia dicipta untuk manusia, tetapi manusia
dicipta untuk akhirat.”
Percayalah, apa yang kita perolehi pada hari ini adalah
berkat daripada rezeki Allah S,W.T. bukanlah daripada kebijaksanaan daripada menipu
dan berbincang. Manusia terlalu fokus mencantikkan fizikal, tetapi roh yang
menjadi pemandu kepada fizikal tidak digilap sekali. Lama-kelamaan, terbabas
menyebabkan fizikal tetap hancur juga.
Etika juga membezakan seseorang itu professional atau
sekadar seorang pekerja biasa.
Allah tidak melihat apa yang kita dapat. Allah melihat
proses bagaimana kita mendapatkan sesuatu. Itu yang ditanya. Soal pencapaian
dan kesenangan, Allah jua yang memberi. Insya Allah sekiranya berkat dan
bersyukur Dia pasti tambah lagi.
Alhamdulillah.
Sedikit perkongsian hasil daripada taklimat amalan kejuruteraan UTeM yang menyentuh soal etika.
Rumah Terbuka Aidilfitri UTeM 2013
Pada 21/8/2013 Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah mengadakan rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir bersama, Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob yang juga Tuan Yang Terutama Negeri Melaka
Sambutan hari raya pada tahun ini tidaklah meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramai pelajar masih bercuti. Apa pun kami tetap enjoy dengan penganjuran rumah terbuka ini .
Pray 4 Mesir juga ada |
Canselor dan Naib censelor UTeM |
Sambutan hari raya pada tahun ini tidaklah meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramai pelajar masih bercuti. Apa pun kami tetap enjoy dengan penganjuran rumah terbuka ini .
Subscribe to:
Posts (Atom)