Ads

LAPORAN BAHAGIAN PROMOSI BAGI SEMINAR KECANGGIHAN TEKNOLOGI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ANJURAN PSSCM UTeM.


Pada 22 september 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya menjayakan Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka (Perkapalan dan teknologi). Seramai 500 peserta daripada pelbagai IPTA seluruh Malaysia telah menghadiri seminar tersebut. Antara IPT yang menghantar wakil menghadiri seminar ini adalah daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknologi Mara (Kampus Puncak Alam, Puncak Perdana, Shah Alam), serta beberapa buah lagi IPT lain.

Sebelum berlangsungnya seminar ini, bahagian promosi & publisiti telah diberikan tanggungjawab untuk membuat hebahan sempena berlangsungnya seminar ini.

Antara kaedah promosi yang kami jalankan adalah melalui :

Facebook

·         Menjelajah halaman facebook sekolah – sekolah di sekitar Melaka (Menengah dan Rendah), Halaman Rasmi JPAM,  serta beberapa lagi halaman website yang terdapat di seluruh negeri Melaka ini. Pada halaman itu, kami meletakkan link untuk menghubungkan halaman Seminar yang bakal diadakan kepada pembaca di halaman facebook mereka. Alhamdulillah kadar yang like page mengenai seminar ini bertambah daripada 118 kepada 180 orang sepanjang kaedah ini dilakukan. Pertambahan sebanyak 62 like.

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTeM ( HEPA )

·         Wakil bahagian promosi bagi seminar ini, Saudara Abdul Muhaimin telah berurusan dengan pegawai bahagian publisiti daripada Hal Ehwal Pelajar& Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia, Iaitu En Ruzaiman. En Hasil Persetujuan bersama, En Ruzaiman bersetuju membantu untuk membuat hebahan mengenai program ini di dalam Akhbar dan radio.       

Akhbar
·         Pihak Publisiti dan promosi program juga ada menghubungi seorang Ahli PSSCM yang sedang menjalankan latihan praktikal di Bernama Kuala Lumpur iaitu En Muhammad Afiq Asri. Pihak kami telah menghantar kertas kerja beliau tetapi tindakan selanjutnya kami tidak ketahui statusnya.  Semasa berlangsungnya seminar ini seorang wakil daripada akhbar Berita Harian telah hadir membuat liputan. En Ruzaiman sendiri juga telah hadir ke program ini untuk membuat sedikit liputan untuk diserahkan kepada pihak Akhbar  lain. Alhamdulillah pada 28 september 2012, seminggu selepas berlangsungnya seminar ini, Pihak akhbar Melaka Hari Ini telah menyiarkan berita mengenai program ini seperti yang terdapat pada lampiran dibawah.

Radio

  • Hasil daripada rundingan bersama En Ruzaiman, pihak RTM Melaka telah menghubungi salah seorang AJK program seminar iaitu Cik Idora untuk mendapatkan butiran lanjut berkenaan program. Pada 20 September 2012, Iklan disiarkan didalam slot Berita RTM.  Pihak kami agak mudah mendapat penyiaran dan hebahan kerana program ini telah termasuk dibawah sambutan 750 tahun Melaka, anjuran kerajaan Negeri Melaka.


Pihak media Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UTeM menyerahkan beberapa keping gambar kepada En Ruzaiman dan beberapa Ahli lain bagi Tujuan Promosi dan Tajaan. 

Sekian, Terima kasih
Yang Menjalankan Tuga
Unit BahagianPromosi & Publisiti
Seminar KecanggihanTeknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Lampiran



2 comments:

  1. saya antara peserta yang hadir tanpa menggunakan nama silat cekak mahupun pelajar-apalagi pelajar Utem. saya hanya inidividu yang pergi kerana minat dengan sejarah melayu dan melaka semata.

    ia memang program yang informatif dan seronok, kecuali bahagian penutupan,bila melihat semua orang lain semua bersemangat menyanykan lagu silat cekak,lalu sayalah seorang terkapai-kapai tak tahu apa barang sepatah kata!

    memang publisiti agak kurang mantap-orang Melaka sendiri banyaknya tidak tahu (atau sudah jemu mahu tahu?) program ini. teknikal juga, audio tanpa playlist yang keluar caca merba, keluar waktu yang salah, berhenti juga waktu yang tidak tepat. iya, harusnya guru paling aula adalah pengalaman. ah! kalian pun mesti sudah tamat sesi post mortem kan?

    apa pun, tahniah buat kalian, ia program hebat untuk bajet serendah itu! pasti kalian boleh tidur lena, selepas usai program.
    saya hanya mampu berkata begini saja
    "terima kasih daun keladi, kalau sudi, berprogramlah lagi"

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada saudara zAr kerana sudi memberikan pandangan. Terima kasih juga kerana sudi hadir ke program ini atas minat dan cintakan sejarah melayu. Siapa lagi yang sepatutnya cintakan sejarah melayu kalau bukan orang melayu sendiri. Saya ingin meminta maaf kepada saudara kerana lewat memberi respond kepada komen saudara. Saya telah membalas komen saudara lama dahulu tetapi atas masalah teknikal komen saya tidak disiarkan di ruangan ini. saya akui memang ada banyak kelemahan sepanjang program ini berlangsung. pada masa yang akn datang InsyaAllah kami akan memperbaiki segala kelemahan yang telah dilakukan. saya berbangga kerana masih ada lagi yang sayang dengan sejarah kita. sama-sama kita berusaha mengembangkan islam dan menghayati kembali sejarah kita sebagai orang melayu. InsyaAllah dapat membawa kita kearah kebaikan.

    ReplyDelete