Ads

Aku dan UTeM

UTeM Terbilang

Dulu sebelum masuk UTeM, orang selalu Tanya, UPU dapat mana? Universiti mana? kos apa?. Macam biasa aku jawab, Saya dapat UTeM, kursus Kejuruteraan pembuatan. lepas tu, orang yang Tanya akan Tanya lagi, Kat mana tu, dan yang lebih mengancam, “Swasta ke?”. Disini bukanlah bermaksud Pusat pengajian Swasta tak bagus. Belajar dimana-mana sama, yang paling penting sikap dan keinginan kita sendiri yang menentukan kejayaan.  Cumanya nak digambarkan disini nampaklah masyarakat masih belum mengenali apakah Itu UTeM.  Sebuah projek yang besar oleh kerajaan kepada UTeM. Pelajar-pelajar memang berebut-rebut untuk masuk ke IPTA. UTeM adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Juga Sebuah IPTA. Ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan dahulu dikenali sebagai  KUTKM. Pada tanggal 1 Februari 2007 tercacatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka. UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat tiga kampus UTeM iaitu Kampus Bandar Industri dan Kampus Induk. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal, Melaka. UTeM ni unik kerana Ia adalah Universiti teknikal Pertama di Malaysia. 100% berfokuskan berkaitan kejuruteraan. Senang cerita sini semuanya Engineer belaka(InsyaAllah). Kalau tanya kepada pelajar UTeM kau ambil kursus apa? pastinya tak akan lari dari 2 cabang ni iaitu Kejuruteraan atau teknologi maklumat. Sejak dari alam Universiti, Persekitaran kejuruteraan telah disebatikan kedalam diri setiap Pelajar Utem. Memang terbaik. Teknikal amat penting, teori juga penting. Tiada teori tiada praktikal. Tanpa praktikal tak mungkin sesuatu perkara dapat dijalankan hanya semata-mata teori. Ianya saling berkaitan. Tapi dari pandangan peribadi aku, praktikal ni mengajar kita life education, cara nak hidup, cara nak buat kerja. bila kita buat kita ingat. bila kita mahir kita laku dalam pasaran dunia. Ini masing-masing punya tafsiranlah. tak nak canang lebih-lebih takut ada yang terasa.

pertama kali jejak melaka, terus 4 tahun kat sini. haha

dedikasi kepada UTeM


Ikhlas aku cakap sebelum masuk ke UTeM ni macam-macam bermain dalam fikiran aku. Apatah lagi orang kata Swasta ke?? kat mana tu, alamak..  Sebulan berlalu semenjak hari pendaftaran di UTeM, Aku semakin mengenali UTeM. Minggu orientasi cukup untuk aku mengenal apakah itu UTeM. Setelah lama memerhati keadaan sekeliling baru aku tahu Tempat ini bukan calang-calang tempat. Segala kemudahan lengkap kecuali asrama pelajar yang masih dalam pembinaan. Masa bacaan ikrar pelajar hari tu(masuk RTM kot). haha. Lepas Minggu orientasi masuk pulak paper, UTeM catat sejarah terima pelajar teramai. Tak lama lepastu masuk lagi paper dengan tajuknya UTeM universiti Teknikal Bertaraf Dunia. wah.. memang tak sangka. Disini juga aku berkenalan dengan seorang pelajar dari Yaman. Shariff namanya. Aku Tanya, what are you think about UTeM and Malaysia? dia cakap i think its amazing. Takkan dia nak cakap benda yang tak elok kan. mestilah yang elok-elok. haha, ada la lagi yang dibualkan. Nak sembang tu macam itik cakap dengan ayam jugaklaa. Nasib baik ada ILMU broken English yang sedikit sebanyak memahamkan perbualan tu. :p






Banyak lagi bangunan yang cantik, tak sempat nak tangkap. tak pe, 4 tahun kat sini

Memanglah masih belum setaraf seperti Universiti-Universiti terkemuka yang ada di Malaysia, kerana UTeM ni adalah antara Universiti yang baru. Masih banyak ketinggalan dari segi kajian dan penciptaannya. Tapi UTeM mempunyai kelengkapan mesin yang serba lengkap dan terkini. Ia diakui oleh wakil dari German (ini kalau tak silap aku, wakil dari German. Kalau salah Mintak maaf atau betulkan) yang telah melawat UTeM tak berapa lama dahulu. Setakat ni Alhamdulillah disini agak damai suasananya, tak terlalu sesak dengan pembangunan tak terlalu ketinggalan. Nampaklah kemajuan negeri Melaka ni. 





petanda duit masuk... Mydin penuh sesak


Aktiviti pembina, berkayak dan bertaaruf

Tujuan aku tulis dalam ruangan kongsian pendapat peribadi adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi lagi UTeM ni melalui cara sendiri. Mungkin juga dengan berblog ni aku dapat sumbangkan sesuatu kepada tempat yang aku akan pijak selama 4 tahun ni. Tempat yang mulia, tempat pencarian ilmu, hakikat diri, serta tempat untuk memperjuangkan Apa yang sepatutnya kita berjuang berlandaskan Agama Allah. Segala kekuatan sama-sama dikumpul di institusi ini bagi menghadapi badai serta kekuatan luar biasa kehidupan manusia hari ini dalam usaha menuju kepada Yang Maha Mencipta. Aku Tertarik dengan satu kata kata John F kennedy. tak ingat pulak pepatah dalam bahasa inggeris  tu. Tapi bunyinya macam ni. Jangan pertikai apa yang kita dapat, tapi fikirkan apa yang kita akan beri. Hidup ini, apatah lagi setiap kejayaan  kebanyakannya juga hasil daripada orang sekeliling kita. Jadi hiduplah untuk memberi  bukan untuk menerima (pesan kepada diri sendiri). Mensyukuri nikmat Tuhan salah satunya adalah dengan cara berkongsi lebihan nikmat yang diberi  bersama orang lain.  

Sayangi dan berbanggalah dengan tempat belajar kita...

tak kisahlah dimana kita berada


Tompang lalu..