UTeM Terbilang |
Dulu sebelum masuk UTeM, orang selalu Tanya, UPU dapat mana? Universiti mana? kos apa?. Macam biasa aku jawab, Saya dapat UTeM, kursus Kejuruteraan pembuatan. lepas tu, orang yang Tanya akan Tanya lagi, Kat mana tu, dan yang lebih mengancam, “Swasta ke?”. Disini bukanlah bermaksud Pusat pengajian Swasta tak bagus. Belajar dimana-mana sama, yang paling penting sikap dan keinginan kita sendiri yang menentukan kejayaan. Cumanya nak digambarkan disini nampaklah masyarakat masih belum mengenali apakah Itu UTeM. Sebuah projek yang besar oleh kerajaan kepada UTeM. Pelajar-pelajar memang berebut-rebut untuk masuk ke IPTA. UTeM adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Juga Sebuah IPTA. Ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan dahulu dikenali sebagai KUTKM. Pada tanggal 1 Februari 2007 tercacatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka. UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat tiga kampus UTeM iaitu Kampus Bandar Industri dan Kampus Induk. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal, Melaka. UTeM ni unik kerana Ia adalah Universiti teknikal Pertama di Malaysia. 100% berfokuskan berkaitan kejuruteraan. Senang cerita sini semuanya Engineer belaka(InsyaAllah). Kalau tanya kepada pelajar UTeM kau ambil kursus apa? pastinya tak akan lari dari 2 cabang ni iaitu Kejuruteraan atau teknologi maklumat. Sejak dari alam Universiti, Persekitaran kejuruteraan telah disebatikan kedalam diri setiap Pelajar Utem. Memang terbaik. Teknikal amat penting, teori juga penting. Tiada teori tiada praktikal. Tanpa praktikal tak mungkin sesuatu perkara dapat dijalankan hanya semata-mata teori. Ianya saling berkaitan. Tapi dari pandangan peribadi aku, praktikal ni mengajar kita life education, cara nak hidup, cara nak buat kerja. bila kita buat kita ingat. bila kita mahir kita laku dalam pasaran dunia. Ini masing-masing punya tafsiranlah. tak nak canang lebih-lebih takut ada yang terasa.
pertama kali jejak melaka, terus 4 tahun kat sini. haha |
dedikasi kepada UTeM |
Memanglah masih belum setaraf seperti Universiti-Universiti terkemuka yang ada di Malaysia, kerana UTeM ni adalah antara Universiti yang baru. Masih banyak ketinggalan dari segi kajian dan penciptaannya. Tapi UTeM mempunyai kelengkapan mesin yang serba lengkap dan terkini. Ia diakui oleh wakil dari German (ini kalau tak silap aku, wakil dari German. Kalau salah Mintak maaf atau betulkan) yang telah melawat UTeM tak berapa lama dahulu. Setakat ni Alhamdulillah disini agak damai suasananya, tak terlalu sesak dengan pembangunan tak terlalu ketinggalan. Nampaklah kemajuan negeri Melaka ni.
Sayangi dan berbanggalah dengan tempat belajar kita...
tak kisahlah dimana kita berada
Tompang lalu.. |
belajar kat mana pun sama saja...
ReplyDeleteweh!! aku suka gilaa entry ni! :D
ReplyDeletehehe, kena la bangga
ReplyDeleteterbaik moy!!
ReplyDeleteSUKA KUDA TUH,, =P
ReplyDeleteHi.... nak tanya. kt utem ada diploma eksekutif tak? help me please...
ReplyDeleteerm eksekutif mcm mna tu. tak jelas lah
Deletesalam..kalau dari asasi Um atau Uitm,dan dpt cgpa bawah 3.0 senang tak nk masuk Utem?
ReplyDeletewsalam. Saya kurang pasti. Bergantung rezeki. Ada kawan yang pointernya 3.5 keatas daripada asasi UM dapat UTeM walaupun tak mohon. Ada juga kawan saya yang pointernya 2.2 daripada Asasi UiTM dapat juga ke UTeM. Bergantung kepada kursus yang ditawarkan
Deletetempat tinggal dan pengangkutan kt UTeM mcm mana pula?
DeleteAda bas. jadual pengangkutan bas disediakan. maaf tak perasan komen
DeleteTempat tinggal ada asrama luar dan dalam kampus. Pergerakan menggukanakan bas UTeM /kenderaan sendiri
Deleteade tak kos senibina(arkitek) kat utem? time kasih :)
ReplyDeletetak de. hehe. ada sains komputer, business dgn engineering shja
DeleteAssalamualaikum. Saya budakepasan spm. Harini keluar result upu n saya dapat course manufacturing engineering kat UTeM. Agak2ok x? Still dalam dilema. Haha. X tahu nak g matrik or UTeM. Btw saya dengar course ni 3/4 laki. Betul ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya budakepasan spm. Harini keluar result upu n saya dapat course manufacturing engineering kat UTeM. Agak2ok x? Still dalam dilema. Haha. X tahu nak g matrik or UTeM. Btw saya dengar course ni 3/4 laki. Betul ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya budakepasan spm. Harini keluar result upu n saya dapat course manufacturing engineering kat UTeM. Agak2ok x? Still dalam dilema. Haha. X tahu nak g matrik or UTeM. Btw saya dengar course ni 3/4 laki. Betul ke?
ReplyDeleteSalam bro nak mintak tolong citer pasal kos mekanikal pembuatan kat utem ni boleh bro?
ReplyDeleteSalam bro . Kat utem ni ada course yg berkaitan dgn animation tak macam gaming ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAssalamualaikum,nk tny pelajar perempuan bagi kos kejuruteraan pembuatan ramai takM sy takut sy sorang2 plk .pls help me ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteAslm. Awk kjuruteraan pmbuatan kat utem jugak ka masuk utk bulan 9 ni?
DeleteSalam course kejuruteraan pembuatan ni ada girls ke? takut ramai lelaki je
ReplyDeleteSalam course kejuruteraan pembuatan ni ada girls ke? takut ramai lelaki je
ReplyDeletebang nak tanya , kalau macam lepasan stpm yang takde basic dlm course mcm information technology , boleh ke survive untuk degree dlm course ni?
ReplyDeleteada ke kawan abng yang lepasan stpm sambung degree dkt utem?
Delete