Alhamdulillah semalam sempat menghadiri majlis solat hajat
perdana bersama adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tak lama dah,
minggu depan hanya 3 hari yang menentukan 6 tahun belajar. Ini mungkin juga
fasa-fasa akhir UPSR akan dijalankan. Lepas ini akan digantikan dengan KSSR.
Mungkin mereka ini masih terlalu awal untuk menghadapi peperiksaan besar, sejak
kecil dididik menjadi “skema” tidak kreatif dan hanya terkongkong dalam satu
jalan. Selepas ini Sistem pembelajaran sekolah rendah diharap dapat membina
watak para pelajar yang baik, kreatif. Masa kanak-kanak adalah masa untuk
bermain dan belajar bukan menjadi skema dan menganalisis sesuatu yang tidak
berorientasikan kehidupan secara mutlak.
Semalam sempat melawat keadaan sekitar sekolah. Hairan juga
aku melihat semua infrastruktur disini kecil-kecil belaka. Hehehe. Sebenarnya
aku yang membesar. Kerusi, meja, serta kedudukan papan kenyataan agak rendah.
Sesuailah dengan ketinggian fizikal pelajar yang bersekolah di situ. Masuk
sekolah menengah infrastrukturnya sedikit tinggi dan besar. Ianya mengikut
keperluan, kemudahan, dan kemesraan para pelajar. Boleh kita kaitkan dengan Ilmu
kita?
Jika dahulu semasa tadika kita belajar alif ba ta, masuk
sekolah rendah kita belajar mengeja, tahap dua sudah boleh membaca, sekolah
menengah sudah pandai membuat karangan dan artikel. Itulah stepnya. Bagaimana pula
dengan Ilmu agama kita. Adakah masih alif ba ta walaupun usia sudah menjangkau
remaja dan dewasa. Hukum hakam yang dahulunya tak perlu kita tahu semasa kecil
kini kita perlu tahu. Pertambahan dan Perkembangan Ilmu perlu selaras dengan
keperluan dan Umur kita. Samalah seperti Infrastruktur di sekolah. Semuanya
untuk menjadikan kita lebih Berjaya dengan infrastruktur/ilmu yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment