Ads

Kenali UTeM


Assalamualaikum wbt.

Ucapan tahniah kepada adik-adik, rakan-rakan, abang-abang dan kakak-kakak yang berjaya dalam permohonan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Pastinya bukan sesuatu yang sukar untuk sampai ke tahap yang agak membanggakan ini. zaman persekolahan sudah berlalu. Kehidupan di alam universiti lebih mencabar sedang menunggu kita. Dalam entri kali ini saya mahu berkongsi sedikit info asas dan pengalaman tentang kehidupan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka . Info yang saya kongsikan ini semuanya terdapat dalam laman web UTeM sendiri Cuma saya cuba ringkaskan supaya mudah untuk memberikan rujukan tambahan. UTeM merupakan Universiti yang sedang meningkat naik. UTeM mempunyai 3 kampus utama iaitu Kampus Induk di durian Tunggal, kampus Industri berdekatan Taman Tasik utama dan kampus Bandar di Bandar hilir.

Fakulti yang terletak di kampus induk ialah


Kampus Industri


Kampus Bandar


Setakat ni Asrama didalam kampus UTeM masih dalam pembinaan. 2 bulan lepas sebelum cuti semester apa yang dapat dilihat asrama yang boleh menempatkan 1000++(tak ingat jumlah yang tepat) orang pelajar hampir siap. Tak tahulan sudah boleh didiami atau tidak untuk intake kali ini.
Tetapi yang pasti majoritinya akan tinggal di luar.

Asrama UTeM ( Luar kampus )



  • Taman Tasik Utama 2
  • Taman Tasik Utama 3
  • Bunga raya
  • Murni
  • D’Apartment
  • Murai jaya
  • Emerald Taman Bertam Perdana

Di UTeM bukan seperti Universiti lain yang melarang pelajarnya membawa kenderaan sejak dari tahun 1 lagi. Tiada larangan untuk membawa kenderaan. Dan saya boleh cakap adalah digalakkan membawa kenderaan sendiri di sana. Saya sendiri telah membawa kenderaan seminggu selepas minggu Haluan siswa. Yang paling penting adalah aspek keselamatan, Ini yang perlu diutamakan. Kehidupan disana sudah seperti orang dewasa. Pagi-pagi start enjin, drive pergi kelas, kesesakan lalu lintas di hujung minggunya, meredah pelbagai kerenah pemandu. Itu belum masuk biaya minyak lagi. Harapannya untuk menuntu ilmu. Semoga Allah memberkati Usaha ini.

Kalau nak cari rumah sewa semasa pendaftaran boleh juga tanya sini sebagai alternatif tambahan :

                - Utem online marketplace


InsyaAllah ada senior-senior yang akan respond

Sedikit info tentang Pusat Islam aka Masjid UTeM daripada 
ouisqarnie.blogspot.com

cerita daripada Muhdnurmuktar tentang UTeM

MHS 2011

Pengalaman saya masa MHS lepas, ok je, Cuma agak leceh sebab penginapan asrama di luar Kampus, jadi terpaksa berulang alik sejauh 22 km pergi dan balik. Keluar pagi buta tunggu bas UTeM, balik Pukul 12 pagi. Agak meletihkan. Nasib baiklah ini Cuma seminggu jer. Tapi jangan risau Abang-abang dan Kakak-kakak fesi memang terbaik =)

Life as student

Kehidupan disini agak damai, Melaka ni taklah terlalu pesat macam Kl, taklah kuno sangat. Sibuk dengan projek, test, Exam, assignment itu semua perkara biasa. Dah masuk peringkat Ijazah ni kenalah pandai bawa diri. Pensyarah yang mengajar di sini pun bukan calang-calang. Ada diantaranya penceramah di radio, ahli motivasi, prof, Dr, dan lain-lain. Tak ada idea pulak nak tulis lagi pasal life ni. Kalau nak tau lagi boleh tanya jer di komen atau group UTeM yang dinyatakan di atas.  

Kalau entri ini Bermanfaat dan memudahkan, Kongsilah.





1 comment: