Melihat kepada gaya hidup kebanyakan Mahasiswa pada hari ini
membuatkan saya membayangkan apa yang akan terjadi kepada masa hadapan Negara.
Majoriti mahasiswa pada hari ini sudah senang dengan kehidupan yang ada.
Segala-galanya mudah. Dihujung jari. Mahu buat assignment, klik sahaja sudah
keluar jawapan. Dunia tanpa sempadan menjadikan urusan pembelajaran semakin
mudah.
Hakikat sebenarnya lebih mudah menjalani kehidupan sebagai
pelajar Universiti berbanding pelajar sekolah. Sekiranya saya ditanya “ mahukah
kembali kepada zaman persekolahan? ” saya akan berkata tidak. Kehidupan
sekarang lebih bahagia berbanding zaman asrama dahulu.
Semakin besar mengapa semakin mudah? Adakah kehidupan ini
semakin lama semakin mudah?. Atau kita yang ambil mudah. Suasana dunia hari ini
menjadikan “Easy life” menghantui ramai orang. Hari ini majoriti masyarakat
sukakan kepada perkara yang mudahnya. Contohnya instant coffee, instant maggi,
kalau boleh menuntut ilmu pun nak di instant kan.
Jika begitu dimanakah nilai ilmu dan nilai diri sekiranya
semuanya boleh diperolehi dengan mudah. Adakah alam pekerjaan nanti menjanjikan
kemudahan. Mungkinkah kehidupan berkeluarga itu lebih mudah daripada kehidupan
sebagai seorang bujang. Tidak sama sekali. Masa hadapan tidak menjanjikan
apa-apa. Masa hadapan perlu dibina.
Pembinaan yang kukuh dengan material yang kukuh (pengisian yang baik) perlu
untuk melahirkan generasi yang berkualiti.
Kehidupan sebagai mahasiswa membuka ruang untuk melakukan
pelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan lagi nilai diri. Pengajian di bilik
kuliah semata-mata tidak menjadikan kita menjadi insan professional. Dunia hari
ini memerlukan kepakaran dalam praktikal untuk melaksanakan. Para pemikir
perlu, tetapi siapa yang mahu menjadi pelaksana sekiranya semua orang mahu
letak cita-cita yang sama tinggal di pejabat dan berfikir. Itupun jika
pemikiran dilatih untuk berfikir. Berapa
kerat sahaja yang mahu berfikir.
Kita perlu kenal diri. Siapa aku ini? bagaimana pandangan
orang lain terhadap diri aku?. Apa pencapaian yang aku dah lakukan?. Sekiranya
terasa diri hebat, tanya kembali, apa pencapaian diri. Adakah aku ini mantan
Perdana Menteri, atau salah seorang insan terkaya di Malaysia!. Hakikatnya umur
yang muda ini tidak banyak pencapaian pun. Ditipu oleh mulut yang genius
berkata-kata. Kritik tanpa memberikan penyelesaian. Membina masyarakat
memerlukan idea yang praktikal. Kritikan? si bodoh tepi jalan pun boleh beri.
Tetapi penyelesaian dan bicara ilmu tidak semua orang boleh sampaikan.
Kehidupan sebagai mahasiswa jauh lebih besar dan luas. Bukan
semata mata di dalam bilik kuliah yang peruntukkan besarnya hanyalah 0.95 meter
persegi seorang, berdasarkan garis panduan unit perancangan ekonomi Jabatan
Perdana Menteri (2008). Betapa sempitnya kehidupan sebagai mahasiswa. 4 tahun
dihabiskan untuk hanya berjuang bagi beberapa meter persegi sahaja.
Dunia ini luas. Suatu hari semasa berjalan menuju ke bengkel
saya bertanya kepada seorang rakan. Kenapa balasan di Akhirat itu dahsyat ye?
Sebagai contoh satu hari di dunia ini adalah 1000 tahun di akhirat. Kejahatan
yang kita lakukan di dunia ini sedikit masanya. Sebagai contoh meninggalkan
solat satu waktu akan diazab beribu tahun. Tak tercapai akal. Mengapa satu hari
di dunia ini bersamaan 1000 tahun disana?. Jika begitu 1 hari di dunia Terlalu
bernilai harganya!. Kehidupan ini terlalu bernilai.
Apalah gunanya hidup ini tanpa berfikir dengan matang.
Bergelar mahasiswa ini adalah satu tiket besar kepada orang muda. Orang tua-tua
amat menyanjungi orang muda yang bergelar mahasiswa. Beberapa pengalaman telah
membuktikan. Cakap sahaja saya daripada universiti ini, terus dilayan macam
mahu buat menantu. Sayangnya imej mahasiswa semakin tercalar kerana beberapa
perkara yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa yang membatasi had sebagai
seorang mahasiswa.
4 tahun ini merupakan latihan untuk mematangkan. Inilah masa
untuk buat salah. bukan masanya untuk landing atas tilam dan berfoya-foya.
Mungkin ada yang akan marah. Tetapi inilah yang dapat dibuat untuk menyedarkan
kerana rasa sayang. Kadang-kadang hati ini sakit. Diam lebih baik. Maka,
berubah pula kepada penulisan. Mungkin lebih tenang.
~warkah buat diri yang selalu lupa~ Ya Allah janganlah
engkau jadikan aku orang yang lupa lagi….
gambar hiasan |
saya mahasiswa dari UteM...ade mak cik pak cik nak wat menantu...heheeee
ReplyDeleteWah utem ye nak. Pak cik ada anak ayam belakang rumah. Nak tak. Hehe
ReplyDeletex nak ayam..nak kerepek mak cik tue(mertua hang)
ReplyDeleteWajib ka tinggal di asrama untuk pelajar asasi?
ReplyDelete