Assalamualaikum wbt.
Ucapan tahniah kepada adik-adik, rakan-rakan, abang-abang
dan kakak-kakak yang berjaya dalam permohonan untuk menyambung pelajaran ke
peringkat ijazah. Pastinya bukan sesuatu yang sukar untuk sampai ke tahap yang agak
membanggakan ini. zaman persekolahan sudah berlalu. Kehidupan di alam universiti
lebih mencabar sedang menunggu kita. Dalam entri kali ini saya mahu berkongsi
sedikit info asas dan pengalaman tentang kehidupan di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka . Info yang saya kongsikan ini semuanya terdapat dalam laman
web UTeM sendiri Cuma saya cuba ringkaskan supaya mudah untuk memberikan
rujukan tambahan. UTeM merupakan Universiti yang sedang meningkat naik. UTeM
mempunyai 3 kampus utama iaitu Kampus Induk di durian Tunggal, kampus Industri
berdekatan Taman Tasik utama dan kampus Bandar di Bandar hilir.
Fakulti yang terletak di
kampus induk ialah
Kampus Industri
Kampus Bandar
Setakat ni Asrama didalam kampus UTeM masih dalam pembinaan.
2 bulan lepas sebelum cuti semester apa yang dapat dilihat asrama yang boleh
menempatkan 1000++(tak ingat jumlah yang tepat) orang pelajar hampir siap. Tak tahulan
sudah boleh didiami atau tidak untuk intake kali ini.
Tetapi yang pasti majoritinya akan tinggal di luar.
Asrama UTeM ( Luar kampus )
- Taman Tasik Utama 2
- Taman Tasik Utama 3
- Bunga raya
- Murni
- D’Apartment
- Murai jaya
- Emerald Taman Bertam Perdana
Di UTeM bukan seperti Universiti lain yang melarang
pelajarnya membawa kenderaan sejak dari tahun 1 lagi. Tiada larangan untuk
membawa kenderaan. Dan saya boleh cakap adalah digalakkan membawa kenderaan
sendiri di sana. Saya sendiri telah membawa kenderaan seminggu selepas minggu Haluan
siswa. Yang paling penting adalah aspek keselamatan, Ini yang perlu diutamakan.
Kehidupan disana sudah seperti orang dewasa. Pagi-pagi start enjin, drive pergi
kelas, kesesakan lalu lintas di hujung minggunya, meredah pelbagai kerenah
pemandu. Itu belum masuk biaya minyak lagi. Harapannya untuk menuntu ilmu.
Semoga Allah memberkati Usaha ini.
Kalau nak cari rumah sewa semasa pendaftaran boleh juga tanya
sini sebagai alternatif tambahan :
Group Fb - Utem Kemasukan Ijazah 2011
InsyaAllah ada senior-senior yang akan respond
Sedikit info tentang Pusat Islam aka Masjid UTeM daripada
ouisqarnie.blogspot.com
cerita daripada Muhdnurmuktar tentang UTeM
Sedikit info tentang Pusat Islam aka Masjid UTeM daripada
ouisqarnie.blogspot.com
cerita daripada Muhdnurmuktar tentang UTeM
MHS 2011
Pengalaman saya masa MHS lepas, ok je, Cuma agak leceh sebab
penginapan asrama di luar Kampus, jadi terpaksa berulang alik sejauh 22 km
pergi dan balik. Keluar pagi buta tunggu bas UTeM, balik Pukul 12 pagi. Agak
meletihkan. Nasib baiklah ini Cuma seminggu jer. Tapi jangan risau Abang-abang
dan Kakak-kakak fesi memang terbaik =)
Life as student
Kehidupan disini agak damai, Melaka ni taklah terlalu pesat
macam Kl, taklah kuno sangat. Sibuk dengan projek, test, Exam, assignment itu
semua perkara biasa. Dah masuk peringkat Ijazah ni kenalah pandai bawa diri.
Pensyarah yang mengajar di sini pun bukan calang-calang. Ada diantaranya
penceramah di radio, ahli motivasi, prof, Dr, dan lain-lain. Tak ada idea pulak
nak tulis lagi pasal life ni. Kalau nak tau lagi boleh tanya jer di komen atau
group UTeM yang dinyatakan di atas.