Alhamdulillah baru sembuh daripada sakit belakang. Barulah
aku tahu betapa nikmatnya kalau boleh duduk. Sebelum ni kalau sakit, memang tak
selesa kalau diposisi duduk. Banyak hikmat yang boleh dapat sepanjang sakit ni.
Sebelum ni pernah tak kita terfikir, berapa kalikah kita duduk dalam sehari? Bangun
dan duduk adalah rutin harian bagi manusia. Masa sakit nak duduk pun susah, nak
bangun pun susah. Jadi secara tak lansung dapat dikira berapa kali duduk dan
berapa kali bangun untuk melakukan kerja. Semua yang biasa dilakukan dengan
mudah semasa sihat menjadi kesyukuran apabila tiba masanya kita melakukan
perkara mudah itu semasa sakit. Alangkah indahnya kalau kita tetap bersyukur walaupun
ketika dalam keadaan sihat.
Tulang belakang mengandungi saraf yang mengawal seluruh
tubuh. Berjalan, makan, minum, dan segala-galanya yang berkaitan dengan
pergerakan kita. Bersembang dengan seorang rakan yang pernah mengalami masalah
saraf tulang belakang. Saraf tersepit antara tulang belakang akibat terjatuh. Medengar
cerita darinya cukup mengerikan. Kesakitan yang dialami agak perit dan yang
lebih mengancam, kesakitan itu membuatkan seseorang tak boleh bergerak,
sudahlah sakit tidak mampu berbuat apa-apa pula.
Aku terfikir, Kalau sakit yang hanya melibatkan sebahagian
anggota ini sahaja sudah tidak terperi, Alangkah sakitnya lagi Sakharatul maut
yang setiap inci daripada tubuh kita merasai kesakitannya. Tertusuk jarum kecil
di jari sudah meraung bagaimana gayanya kalau setiap inci tubuh ditusuk dengan
jutaan jarum.
YaAllah Permudahkanlah Urusan kematian kami. Berilah taufik dan
hidayahMu… Aku takut yaAllah…
berubat di mana tuan?
ReplyDeleteSaya ke klinik sahaja. Makan ubat yang diberi. Selepas tu saya kenal pasti aktiviti yang boleh menyumbang kepada sakit dan elakkan. Alhamdulillah lepas elakkan pergerakan yang menyumbang kepada sakit saya dapat kawal, tapi masih tak dapat pulih sepenuhnya.
Delete