Ads

2015 : Alhamdulillah masih diizinNya untuk bernafas.

Tahun baru, azam baru. Dulu masa zaman sekolah, setiap kali masuk tahun baru seronok sangat. Bersemangat!. Dapat kasut baru, baju sekolah baru, beg baru, kotak pensel baru semuanya baru. Rasa fresh bila hari pertama masuk sekolah. Ayah pun belikan diari baru. Seminggu pertama tu memang penuhlah diari tu, siap tulis azam lagi. Seronok. Hari ni aku rasa bersyukur dengan itu semua sebab Allah bagi rezeki kepada keluarga untuk aku rasa kesenangan macam tu semua. Alhamdulillah... Kalau dulu aku hanya tahu rasa seronok menerima, sekarang aku lebih mengetahui kesusahan untuk memberikan yang terbaik... Terima kasih, Umi, Ayah…


Semakin lama mode tahun baru tu dah tak ada lagi. Bila masuk Universiti ni akhir tahun ke awal tahun memang sibuk dengan Final exam. Kadang-kadang tak perasan pun dah tahun baru. Dah besar ni tak ada orang nak layan lagi macam zaman sekolah dulu. Nak apa kena usaha sendiri. Realiti kehidupan tu sikit-sikit datang untuk ditempuhi. 2014, banyak mendidik aku. 2014 ini sangat banyak benda yang aku buat sendiri. Banyak benda yang kena hadap. Kadang-kadang hati kena kering. Apa yang aku belajar, mulut orang meemangg tak boleh tutup, tapi kita boleh buat apa yang kita rasa betul sebab kita nak hidup bukan dengan mulut orang kan.


Orang ada cakap, masing-masing dah besar, boleh fikir sendiri. Tapi susah kot nak fikir tu sebenarnya. Bukan senang untuk kita nilai mana satu baik atau buruk. Kadang-kadang kita fikir sesuatu benda tu baik, tapi tak baik pun. Macam tulah sebaliknya. Kadang-kadang tak sempat nak fikir pun dah kena buat. Apa yang penting kena rajin membaca, tambah ilmu sikit. Daripada situ dapat bina kita punya watak, bahasa dan idea. Kena la buat praktikal sikit, macam join kelab, persatuan atau lain-lain aktiviti. Kena hadap sendiri. Baru lebih berhasil. Mendiang Boss saya selalu pesan nak berjaya kena Humble. Berulang-ulang kali semasa saya praktikal dia pesan ini.


Tahun 2014 juga banyak terima kepergian insan-insan yang tersayang. Ahli keluarga terdekat, sahabat, dan orang-orang yang amat baik dalam hidup.  Aku terfikir, kenapa Allah masih hidupkan aku lagi sehingga dapat merasa tahun 2015 ini. Sedangkan aku rasa ramai insan yang lebih baik lagi Allah dah panggil dulu… Sedih…Mengenangkan diri sendiri…Ampunkanlah aku ya Allah… aku tak terdaya….Ya Allah panjangkanlah umurku, ibu bapaku, keluargaku dalam kebajikan…


Aku rasa aku tak ada azam awal tahun kot. Tapi aku mahu terus menjadi seorang manusia yang sentiasa berjasa… Menghargai kehidupan…


Salam Maulidurrasul, Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W =)