Ads

Selamat Tinggal Mr. Tan. My Best Boss Forever

Tadi dapat satu masej. "min mr.tan dah takde" Mr Tan adalah boss saya semasa menjalani praktikal 11 minggu yang lepas. Mr Tan sungguh baik hati, sepanjang saya praktikal dia sentiasa support saya. Seorang yang humble. Dia sentiasa ingatkan saya supaya kerja keras, dan sentiasa ingatkan supaya humble kalau mahu berjaya. Semasa di kilang saya akan mengelak daripada berjumpa dengannya kerana segan dengan pekerja lain yang melihat Mr Tan sangat baik hati dengan saya. Kadang-kadang mereka minta saya untuk beritahu Mr Tan supaya mereka naik gaji. Saya segan dan tak pernah bincang tentang itu dengan Mr Tan. Saya menghormati Mr Tan.

Mr Tan sangat mendengar idea yang saya kongsikan bersamanya. Dia tidak memperlekehkan idea saya walaupun idea saya hanya biasa sahaja. Dia akan memberikan pandangannya dan cuba untuk memperbaiki idea saya. Dia seorang yang begitu humble dan membuktikan kata-katanya. Suatu petang saya duduk bersembang dengan Mr Tan selepas waktu kerja. Sambil dia merokok dia kata kepada saya, ini kilang yang paling susah saya jaga. Saya sudah jaga banyak kilang dan ini yang paling susah. Kepalanya sentiasa pening dengan masalah kilang.

Semasa lawatan supervisor dariapda universiti Mr Tan turut melihat presentation saya. Lecturer bertanya kepada Mr Tan bagaimana prestasi saya sepanjang di kilang. Mr Tan bagitu memuji sampai saya malu. Saya rasa saya tidak sebaik itu. Mr Tan sengaja menolong saya. Pada hari terakhir saya dikilang, dia memanggil saya ke biliknya. General Manager Room. Saya pergi ke biliknya. waktu sudah petang. Dia tanya, macam mana kamu punya praktikal, hari ini kamu punya last day. saya kata ok sahaja. Katanya, lepas ini kalau kamu cuti sebulan dua datanglah ke kilang. kerja sini. Kalau kamu sudah habis belajar, sementara mahu dapat kerja datang dan boleh kerja disini dahulu.

Sepanjang saya praktikal di kilang Mr Tan ini ada satu projek untuk mengecilkan saiz kilang. Saya membuat layout kepadanya. saya kata kepada Mr Tan saya akan datang lagi untuk lihat hasilnya selepas semua siap. Saat yang paling saya tidak boleh lupa ketika dia membuka kunci jam dan membuka jamnya. Dia menarik tangan saya, dan beri kepada saya jam yang dia sentiasa pakai dan menggenggam tangan saya. katanya ini sahaja yang saya mampu untuk bagi kamu... Tamatlah latihan praktikal saya selama 2 bulan setengah.

Ketika saya sudah memasuki semester baru, kami dikehendaki untuk menyiapkan satu final projek, Projek Sarjana Muda (PSM) sebagai syarat untuk bergraduan. Sejak di kilang lagi saya sudah bertekad untuk mengambil tajuk yang berkaitan dengan Lean Manufacturing. Lean adalah satu falsafah untuk meningkatkan produktiviti kilang dengan mengurangkan waste.
Saya pulang awal ke UTeM untuk memohon tajuk Lean ini kerana saya sudah rasa keperluan untuk meningkat prestasi proses pembuatan dan meningkatkan produktiviti kilang. Saya memilih kilang Mr Tan sebagai tapak projek. Hingga sekarang saya melakukan kajian PSM ini untuk meningkatkan prestasi kilang Mr Tan ini.....

Malam tadi saya mendapat berita yang cukup menyedihkan daripada seorang rakan kerja. "min mr.tan dah takde" saya minta no ah moi kerani pekerja office. saya telefon ah moi untuk tahu dengan lebih detail. Katanya Mr Tan terjatuh di kilang pukul 2 setengah tadi (14 November 2014) daripada bumbung atas. Bumbung yang menjadi tapak projek pengecilan kilang yang Mr Tan sedang gigih untuk siapkan. Mr Tan nampak asap dari atas dan naik atas bumbung. Mr Tan terjatuh daripada bumbung. Seingat saya bumbung itu tidaklah tinggi sangat. Anggaran tinggi sebuah rumah teres mungkin. Ah moi turut terkejut dengan kehilangan Mr Tan. Di bawah bumbung inilah dahulu Mr Tan membawa saya dan menerangkan perancangannya untuk menggunakan proses automatik daripada manual.

Saya tidak boleh berfikir sekarang. Mr Tan, saya cuba menyediakan sesuatu untuk kilang Mr Tan, tapi Mr Tan belum sempat untuk melihatnya. Setiap hari saya berfikir tentang PSM yang saya buat ini, tentang kilang P.U Picture Frame Mr Tan....Saya pakai jam yang Mr Tan bagi setiap hari ke kelas saya. Betul kata Mr Tan, ini kilang yang paling susah dia jaga. Dia meletakkan seluruh hatinya dikilang ini sehingga nyawanya terakhir disini. Mr Tan. Saya akan sentiasa ingat kata-kata Mr Tan. Thank you for giving me that opportunities, to work with you, my best boss forever......

Lepak

Semalam saya "dipaksa" untuk lepak bersama seorang lecturer Indonesia yang mengajar saya, di cafe kampus. Antara topik yang dibualkan, PSM atau final project yang kamu buat sekarang lebih penting daripada seluruh subjek yang kamu ambil di UTeM ini. PSM ini akan melatih kamu untuk membuat kamu benar-benar faham kepada masalah, mengukur, analisis dan berfikir dengan logik untuk mengambil tindakan. Semua orang ada masalah tetapi caramu menyingkap masalah akan membezakan kamu dengan orang lain. kamu disini melatih untuk mengembangkan fikiran kamu.

Bagaimana kamu Kalau kamu masuk kerja nanti apakah kamu akan guna subjek yang kamu belajar itu? kalau boleh guna adakah ia akan kena dengan situasi masalah kamu? Tidakkan? Makanya, kamu perlu bina satu fikiran yang teratur dan logik yang kuat untuk menyelesaikan masalah. Di universitilah kamu latih kemahiran berfikir kamu. Masalah pelajar sekarang mereka tidak faham apa yang mereka lakukan. hanya ikut saja. Kalau kena maki di tempat kerja mental jatuh kerana masa student tak pernah kena maki.

Kamu seharusnya jangan hafal apa yang kamu belajar. Kamu perlu faham apa falsafahnya. Kata indonesia Rohnya. katakan kamu mahu berperang, kamu membuat kelengkapan dengan senapang, pistol, parang, tombak, dan segala macam lagi kelengkapan. Jadinya kamu berat untuk masuk ke medan tempur dengan segala macam kelengkapan. akhirnya lawanmu hanya serang dengan parang. Disitu kamu ambil masa lagi untuk cari dimana parangmu. Exam seperti itulah. kamu sudah hafal banyak benda. Masuk exam terus lupa. Yang ditanya lain, kamu tidak faham.

Kamu yakin kamu bisa compete dengan student daripada IPT lain UTM antaranya yang lebih bagus. bagaimana kamu mahu compete dengan mereka? Jujur saya katakan zaman kamu lebih sukar daripada zaman saya dahulu. Hari ini kamu perlu tahu apa bakatmu. Value added yang ada pada kamu. Apa yang membezakan kamu dengan orang lain. Mungkin sukar untuk kamu compete dengan jalan orang lain. Adakah semua yang pandai bahasa inggeris itu orang bijak? tidak bukan. tapi kamu dipaksa untuk compete dalam lapangan itu. Create your own way. Tanyanya apakah cara untuk kamu banggakan negara kamu? banyak cara bukan? contohnya seperti Dato Lee Chong Wei. Dia hanya main badminton, tapi dapat banggakan negara. lagi contohnya Squash juga dapat banggakan negara. Nahh, kalau Lee chong wei nya dibuang ke dalam kolam renang untuk pertandingan berenang apa yang akan jadi. Cari kekuatan kamu dan masuk ke medan laga yang betul.

Pointer hanya tiket kepada kamu. katakan ada 7 kekosongan, 500 yang minta. Bagaimana mereka mahu memilih? pertamanya mereka lihat pointer. Akan ditapis terlebih dahulu. Keduanya akan ditest dengan ujian. Ketiganya baru di interview. Company hari ini sukar untuk ambil yang pointernya 3.5 keatas kerana mereka biasanya ulat buku!.

Banyak lagi perkara yang dibualkan. letih nak type semua.... hihi.

Pengurangan Pembiayaan



Pengurangan pembiayaan. Tapisan melalui BR1M. Berkesankah BR1M tu. Teluskah BR1M tu. Berjayakah BR1M tu. Mungkin ini salah satu akibat pinjam tak bayar balik, atau kerajaan sudah tak cukup duit lagi.

Student terutamanya di UTeM ini kebanyakannya berkenderaan sebab asrama tidak 100% disediakan hingga tamat belajar. Get ready untuk program membawa bekal ke Universiti, get ready untuk meninggalkan budaya hidup yang boros. Tugas pelajar untuk belajar kan. Tak apalah.

Pendapat saya sebagai seorang yang berkenderaan ketika belajar jumlah pembiayaan sekarang memang ngam2. Mesti ada buat kajiankan masa nak bagi dulu. Tapi masih boleh dijimatkan lagi kan. Tak ada alasan kan. Tak apa bersyukurlah masih ada pembiayaan walaupun kos sara hidup semakin meningkat.

Setiap tahun kerajaan cakap investment bertambah, kadar pengangguran menurun (mesti productivity negara naik, hasil negara pun mesti naik), Subsidi dikurangkan, harga barang naik, tahun depan cukai GST lagi, banyak pendapatan kerajaan sekarang daripada dahulu.

Tapi sikit-sikit kikis sana sini dari orang ramai. sampai student pun kena tempias sikiiit. sikit baru.. Bukan nak complain tapi sebagai seorang budak "bodoh" yang tertanya-tanya. Input banyak, output kemana. Hmmm..

Boros kot belanja buat program tak ada impak, percaya cakap Amarika.. Katanya pendapatan isi rumah naik, negara boleh maju. Ye ke macam tu. Negara maju rakyat maju ke? seimbang tak pengiraan pendapaan isi rumah tu. kalau yang kaya ada 1 juta, yang miskin ada 1 ribu tambah lepastu bahagi 2. Dapatlah 500K lbh skit purata. Wah negara dah maju pendapatn dah tinggi ni. Tapi jurangnya? sapa yang kaya tu?

Tak pandaila nak analisis. setakat analisis "bodoh" boleh la.. boleh dipatahkan dengan kajian-kajian ilmiah yang kukuh lagi. Malas nak buat kajian. Tak pandai cakap pulak tu. Ada kuasa lagi la tak nampak punca. Buat PSM/FYP pun tak sempat. hihihi.

Tak minat politik sebenarnya, kotor sangat.. cuma nak tengok semuanya baik saja. bukan nak cakap itu buruk ini bagus atau apa. Setiap orang akan defence apa yang mereka perjuangkan. Thats normal. Cuma nak terima atau tidak pandangan orang lain boleh ke tak,, itu saja. Kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang lain dulu.

Pandangan saya sahaja lahh.