Ads

Praktikal - Ilmu untuk dipraktik

Cuti tahun 3 memerlukan saya untuk menjalani praktikal di kilang yang telah dipilih.  Di universiti saya ada belajar bagaimana cara untuk mengaplikasi lean manufacturing. Lean adalah cara bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos. Hari pertama saya menjalani praktikal, Saya dikehendaki untuk membuat satu layout baru untuk kilang supaya semua proses menjadi lebih efesien dan menjimatkan kos. Mulanya tidak tahu bagaimana untuk dimulakan. Saya teringat dengan pelajaran lean di universiti. Saya cuba untuk mengingati apakah cara untuk implement  lean di sesebuah kilang. Mudah untuk hanya diingati dan dimuntahkan di dalam peperiksaan, tetapi teramatlah susah untuk mempraktikkannya. 

Situasi yang realiti ini membuatkan saya perlu berfikir dengan keadaan semasa dengan apa yang ada. Kadang-kadang tak boleh untuk mengaitkan teori dan apa yang berlaku. Ia banyak memerlukan critical thinking, cara penyelesaian masalah. Barulah saya nampak apa yang saya pelajari selama ini hanya teori tetapi tidak cukup untuk di praktikkan. Situasi di industri amatlah pelbagai dan lebih mencabar sehingga tidak dapat untuk membayangkan. Hanya pengalaman yang dapat memberikan pengajaran terbaik.

Walaupun saya tidak boleh mengaitkan teori yang dipelajari dengan keadaan semasa, atau mungkin mengambil sedikir masa, tetapi cara untuk menganalisis sesuatu keadaan sekurang-kurangnya diketahui sedikit. Analisis terhadap sesuatu keadaan amat penting untuk menjadikan sesuatu proses menjadi lebih baik dan melihat sesuatu dengan jelas. Tidaklah belajar di universiti ini hanya teori semata-mata. Analisis itu yang penting untuk mendapatkan result yang baik. Ianya terpulang kepada critical thinking kita untuk menjalankan sesuatu kerja.  Teori hanya sebagai penunjuk untuk memberikan idea apa yang perlu dibuat.   
 
 

Praktikal - Bos Kilang


Pagi tadi bersembang dengan bos di kilang. Dia berbangsa Cina. Dia menyapa terlebih dahulu. Macam mana seminggu ni, apa pandangan kamu. Saya memberikan pendapat dengan pemerhatian seminggu ini. Pemantauan seminggu sebenarnya tidak cukup untuk melihat sesuatu dengan teliti dan keadaan yang sebenar terhadap kelemahan yang berlaku dalam kilang. Sekadar memberikan pendapat. Dia berkata kamu buat satu idea untuk layout baru kilang ini. Saya bertanya kepadanya apakah perancangannya. Dia membawa saya ke sekeliling kilang untuk menunjukkan perancangannya. Katanya, sepatutnya saya biarkan awak fikir sendiri bagaimana mahu improve. Sebab awak masih belajar. Saya perlukan idea baru. Saya membalas, saya mahu bandingkan perancangan asal supaya kos dapat dikurangkan. 
 
Dia berkata, awak masih muda. Perlu belajar bersungguh-sungguh. Perlu ada matlamat hidup. Sebagai contoh, ketika kamu berumur 40 tahun berapa income yang kamu mahu. RM 20 000? Jumlah ini tidak mustahil. Kamu mesti bekerja untuk ini. Saya ada kawan, sekarang dia bergelar Tan Sri, bekas CEO Maybank. Masa mudanya dia sangat rajin. Selepas tamat waktu bekerja, dia tidak pulang awal. Dia membuka fail-fail yang berada di pejabat untuk melihat simpan akaun dan belajar cara membuat akaun. 

Memanglah apa yang kita rancang tidak 100% akan terjadi. Tetapi kalau kita target income RM 20 000, tak kan RM 10 000 tak boleh capai. Yang penting kena usaha. Saya tidak rasis. Saya Cina, awak Melayu. Itu tidak penting. Yang penting kita semua dapat bekerja dalam negara ini dan semua orang dapat senang. Dapat kehidupan yang baik. Katanya lagi, “ The most importang things is you should learn to be humble”. Dia mengakhiri perbualan kami dengan menepuk bahu saya dan terus menghidupkan coloknnya untuk bersembahyang.