Ads

Mendaki Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Alhamdulillah pada hujung minggu lepas berkesempatan untuk melakukan aktiviti bersama rakan-rakan persatuan, memanjat Gunung Datuk. Kami bertolak daripada Ayer Keroh, Melaka seawal jam 5.00 pagi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum kami singgah di masjid berdekatan bagi menunaikan solat subuh. Kami memulakan pendakian tepat jam 8.00 pagi. Laluan pendakian agak mencabar kerana dipenuhi akar-akar pokok, batuan besar. Pada saya ini adalah antara laluan yang sukar untuk mendaki. Sepanjang perjalanan kami berselisih dan mengucapkan selamat pagi dengan beberapa kelompok mahasiswa yang datang daripada UM,UTHM,USIM dan sekumpulan mahasiswa daripada beberapa buah universiti lain. Bergerak secara berkumpulan memerlukan kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan. Kebolehan dan ketahanan setiap orang adalah berbeza dalam sebuah kumpulan. Tanggungjawab ahli kumpulan lain adalah untuk memberikan sokongan kepada mana-mana ahli yang lemah dan kurang bersemangat untuk mendaki. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberikan semangat ataupun bersembang sambil mendaki bagi melupakan kepenatan. Air, coklat, gula-gula perlu dibawa untuk memberikan tenaga sepanjang pendakian. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semua ahli kumpulan berjaya sampai ke puncak dan menikmati pemandangan desa yang cukup indah. Semua kepenatan mendaki seolah-olah hilang setelah melihat keindahan Alam Ciptaan Allah ini. 


















LAPORAN ENTREPRENEURAL EXPLORACE UTEM 2014

Pada 29 & 30 Mac 2014 Pusat Keusahawanan Dan Pembelajaran Berterusan dengan kerjasama Sociey Manufacturing Engineering dan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM (MPP) telah menganjurkan sebuah program Entrepreneurial Explorace UTeM (EEU 14) bagi menerapkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar di Universiti. Program ini dijalankan sekitar kawasan Bandar Hilir pada hari pertama dan Kawasan Kampus Bandar UTeM pada hari kedua. Penyertaan sebanyak 60 orang peserta daripada semua fakulti dan 40 orang sukarelawan program. Antara objektif utama program ini adalah memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa mahasiswi UTeM secara praktikal dengan mengadakan aktiviti yang berbentuk keusahawanan, sebagai platform kepada mahasiswa mahasiswi menonjolkan bakat perniagaan yang sedia ada dalam diri. Selain itu program ini juga bertujuan membentuk pemikiran kritis dan kreatif terhadap mahasiswa dan mahasiswi dengan membuka minda terhadap kepelbagaian strategi dan pendekatan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi serta dapat memberi peluang kepada peserta untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi sesama ahli pasukan dalam menilai kekuatan dan kelemahan pasukan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dengan baik.

Pada hari pertama, terdapat 2 buah modul yang dibawa untuk menjayakan program ini. Dalam modul pertama peserta dikehendaki untuk mencari wang dengan hanya dilepaskan dengan tangan kosong. Peserta dilepaskan sekitar jam 9.40 pagi. Mereka perlu mengumpulkan pendapatan dengan menggunakan kreativiti dan bakat yang mereka ada. Antara aktiviti yang para peserta lakukan adalah dengan menjadi penghibur jalanan sambil bermain gitar, membuka sebuah tapak dengan menyediakan servis urutan kaki, mencuci kereta, servis mengangkat barang, menjadi pemandu pelancong serta pelbagai lagi aktiviti mengikut kreativiti setiap pasukan. Modul pertama ditamatkan sekitar jam 1.00 petang. Semua catatan bertakaitan aliran wang masuk dan aktiviti direkodkan oleh hakim yang bertugas.

Dalam modul kedua, Setiap pasukan dibekalkan dengan sejumlah wang bernilai RM 50. Mereka dikehendaki menggunakan wang modal ini untuk membeli apa sahaja barangan sebagai modal membeli barangan untuk jualan bagi mendapatkan keuntungan berganda. Para peserta dilepaskan sekitar jam 2.30 petang. Pelbagai barangan dijual oleh peserta. Barangan ini dapat dipecahkan kepada 2 pembahagian. Yang pertama adalah barangan mahal yang mempunyai risiko tinggi tetapi boleh mendapat untung berganda seperti penjualan T-shirt dan yang kedua adalah barangan  murah yang mempunyai risiko rendah tetapi untungnya tidak begitu tinggi. Pelbagai stratergi yang digunakan oleh para peserta untuk meyakinkan para pelanggan. Program pada hari pertama ditamatkan sekitar jam 5.30 petang

Pada hari kedua program bermula sekitar 8.30 pagi. Peserta diberikan taklimat dengan ditugaskan untuk membangunkan jenama sesuatu produk. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah produk yang telah ditetapkan seperti dodol, skaf, pendrive, baju, keychain dan pelbagai barangan. Mereka diberi masa selama 3 jam untuk membangunkan jenama produk yang mereka telah terima. Pembentangan dimulakan pada jam 12.30 tengah hari bertempat di dewan konvensyen Kampus Bandar UTeM. Panel yang menilai terdiri daripada pihak industri serta daripada kalangan pensyarah UTeM sendiri.  Penyampaian hadiah disampaikan oleh PM. Dr Mohd Rizal B. Salleh Dekan FKP dengan diringi oleh Prof. Dr Khairul Baharein Bin Mohd Noor Pengarah Pusat Keusahanan Dan Pembelajaran Berterusan. Program selama 2 hari ini dilihat mampu memberikan impak kepada para peserta kerana mereka melaluinya secara praktikal dan pengalaman.   


JAWATANKUASA PROGRAM


PENAUNG                             PROF.DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN 

PENASIHAT  I                        PROF.MADYA DR. IZAIDIN BIN ABDUL MAJID    
           
PENASIHAT  II                       PROFESOR DR. KHAIRUL BAHAREIN BIN MOHD NOOR 

PENGARAH PROGRAM       ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD YUSRI              
             
TIMBALAN PENGARAH I     BAZLI FAIQ BIN ZAINI                                        

TIMBALANPENGARAH II     MUHAMAD RIDZUAN BIN HARUN                    

SETIAUSAHA                          NUR AININA IZZATI BINTI OTHMAN               

TIMBALANSETIAUSAHA      NURYASMIN NATASHA BINTI ABD JALIL          

BENDAHARI                           NUR E'ZATTY ASHIQIN BINTI ASHAARI                       


UNIT PUBLISITI

Wan Norsyamila bt Wan Yusuf                                  
Nur Izzati bt Ahmad Bakhtiar                                     
Izlin Anne Kamelia bt Kamarulbahrin                                    

UNIT PENDAFTARAN

Mohamad Adam bin Abdul Zalil                                 
Siti Nur Afiqah bt Anuar                                              
Rosdalila bt Roslan                                                     


UNIT LOGISTIK, PERSIAPAN VENUE

Syazwan bin Musa                                                      
Muhammad Himi bin Ahmad                                                 
Nurliyana binti Zulhanee                                            
Nur Halimah binti Jamalulil                                        
Norazliana binti Talib                                                 
Mohd. Harith Fahmi bin Rukmin                                
Nor Idayu Nabila binti Muhamad                               

UNIT JAMUAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Noor Sharmiza binti Mohd. Shawal                            
Rasyidah Athirah binti Abdul Aziz                               
Nurfatihah Amirah binti Mohamad Amin                  
Nurazirah binti Md. Arifin                                          
Noor Afizah binti Jamil                                               

UNIT KEHAKIMAN

Mohd Helmi bin Musa                                             
Muhammad Syafiq Afi thaqif bin Hairinusi                
Muhammad Hizwan Shah bin Huasin                         
Mohamad Shafiq bin Othman                                                
Muhamad Iqmal Hakimi bin Mohd Nasir                   
Muhammad Faiz bin Azman                                       
Meor Muhammad Shariffudin bin Mat Ali                
Mohd. Hazwan bin Yahaya                                         
Mohd Khairil bin Anuar                                              
Nurul Farahizzati binti Zakaria                                   
Hajar binti Jamil                                                         
Mohammad Nurul Safwan bin Mohd Zambre           
Nurul Anira Shahidah binti Mohd Razali                   
Nursuriani Samsudin                                                  
Nur Amalina binti Mohd Ramli                                  
Norakma Asyikin binti Mulop                                     
Faridah binti Dollah                                                   

UNIT KESELAMATAN &KESIHATAN

Nurul Shafiqah binti Zainurin                                     
Mohammad Fairu Afandi Bin Mohamad                   
Muhammad Adib bin Ismail