Ads

Rezeki Hujan

Soal rezeki adalah urusan Allah S.W.T. kita hanya berusaha mencarinya. Pengalaman dan apa yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini membuka mataku tentang apa itu rezeki. Lantas menjadikan aku lebih bersyukur dengan segala kurniaanNya.

Rezeki ini tidak boleh di jangka. Ia boleh datang secara tiba-tiba dan boleh jadi tidak datang kepada kita jika tidak diizinkanNya

Saya dan seorang rakan memilih beberapa biji tembikai di sebuah pasaraya untuk dijadikan stok jualan baru. Mulanya kami hanya menjentik tembikai untuk memilih. Tanpa ada sedikit pun ilmu untuk memilih mana yang baik, Kami membuat teori sendiri tentang bagaimana memilih tembikai yang baik. Kami menjentik dan mendengar bunyi, sedap bunyinya kami mengkonklusikan tembikai itu sebagai ok.  Ketika sibuk menjentik seorang pakcik menyapa, awak nak tahu tak macam mana untuk memilih tembikai yang baik atau tidak. Dia berkongsi sedikit Ilmu dengan kami. Katanya, apabila menjentik, bunyinya seakan-akan bergetah dan kosong. Itu ok.

Perbualan tidak sehingga itu sahaja. Pak cik itu seorang yang peramah. Dia bertanya, “ banyak beli tembikai dik, untuk apa?” saya menjawab, untuk meniaga pakcik. Dia mengangguk. Dia bertanya lagi, ok tak business, saya menjawab, Alhamdulillah, bolehlah. Cuma yang tak ok sikit kalau hari hujan.
Dia berkata tak apa, itu juga adalah rezeki daripada Allah buat kita sebagai hamba. Apa yang penting kita jangan sesekali menyumpah kepada hujan itu. Jangan pula kita berkata, “ cis, hujan pula hari ini ”.Mana tahu esoknya dia ganti kembali dengan rezeki yang lain dan lebih berganda-ganda. Dahulu pakcik ini juga merupakan seorang peniaga.

Panjang lagi perbualan kami selepas itu. Benar kata-kata pakcik itu. Saya menjadi serba salah kerana bersangka buruk kepada Tuhan yang memberikan hujan. Hujan sebenarnya adalah rahmat daripadaNya. Mungkin hari hujan itu merupakan rahmat kepada hidupan lain, dan hari cerah itu razekinya kepada peniaga pula. Tanpa hujan bagaimana buah tembikai itu boleh membesar dengan subur? Pasti juga kami tidak boleh menjual tembikai yang suburnya dimana ia dijaga oleh Allah S.W.T dengan  disirami hujan.

Konteks rezeki itu sememangnya luas. Ia bukan semata-mata dalam bentuk materialistik. Ia adalah nikmat yang kita kecapi dan mendapat manfaat yang baik. Allah boleh juga mengurniakan rezekinya melalui kesihatan yang baik, keluarga bahagia, kelapangan hati, hatta sehingga dapat bangun daripada tidur setiap hari.


Rezeki Allah itu luas…  Allah tak akan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Mari kita kaitkan segala yang berlaku dengan kebesaran Allah =)

Apa yang penting kita mesti sentiasa bersyukur





Asas kemajuan

Saya ada membaca sebuat artikel tulisan Prof Sidek Baba, dan tertarik dengan pandangan terhadap kemajuan. Katanya kemajuan itu bukanlah diukur dari segi kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi di dalam Islam, kemajuan  itu adalah fokus kepada  diri manusia itu sendiri. Jika manusia terbangun dengan ilmu dan etika yang baik, pengurusan ekonomi, teknologi, sosial  akan berlaku dengan baik.

Suka untuk saya mengaitkan dengan proses pembelajaran mahasiswa pada hari ini di Universiti. Setiap perkara yang dilakukan pastinya mempunyai KPI yang tertentu untuk dijadikan sebagai penanda aras terhadap sesuatu yang dilakukan. Di Universiti, sistem pointer digunakan. Maka, ramai yang mengejar pointer yang baik untuk menjadi yang terbaik dalam sistem akademik masa ini.  

Untuk mengukur seseorang, sistem pointer ini tidak boleh dijadikan sebagai suatu ukuran yang mutlak. Melihat kepada gaya hidup segelintir Mahasiswa, saya tidak yakin dengan ukuran meritokrasi pointer ini. Seperti biasa ramai yang mengejar pointer yang baik tanpa berfikir. Mahasiswa tidak seharusnya melimitkan pemikiran sebagai seorang pelajar dengan dunia pointer sahaja. Kehidupan ini luas, dan masa muda adalah masa untuk membina. Banyak perkara yang boleh difikirkan.

Bermalas-malasan dalam kehidupan sebagai pelajar merupakan racun yang akan membunuh untuk jangka masa panjang. Nampak rajin hanya untuk musim peperiksaan semata-mata tidak membuahkan sesuatu yang besar, ia hanya mengejar kualiti atas kertas dan mengabaikan kualiti kepada diri. Semasa menjadi pelajar, tidak mengapa mahu tidur 20 jam sehari dan berjaya dalam peperiksaan. Mungkin itu kelebihan yang Tuhan kurniakan. Tetapi, untuk menjadi seorang yang professional dan mempunyai kualiti, bakat sahaja tidak mencukupi. Ia perlu diasah dan dilatih.

Masa yang terbaik untuk berlatih adalah di Universiti. Apabila sudah keluar dari Universiti kita mungkin kesuntukan masa untuk melatih diri. Produktiviti juga akan terjejas kerana fokus masih dalam pembinaan  dan melakukan kesalahan dalam pekerjaan. Pembinaan kualiti kepada diri itu lebih penting daripada hanya  menghafal  sesuatu subjek tanpa berfikir dan mengembangkannya. Sistem pembelajaran dalam Islam bukan seperti barat, yang mementingkan aspek materialistik. Dalam Islam Ilmu adalah penyuluh kehidupan. Sesuatu dipanggil ilmu adalah sesuatu yang dipraktik dan diamalkan.  Dengan Ilmu, dunia dapat diubah supaya menjadi lebih baik dan makmur.

Tujuan utama belajar adalah untuk menambah nilai kepada diri dan masyarakat. Bukan untuk diri sendiri bagi mendapatkan certificate yang baik untuk dicanang agar mendapat pekerjaan yang baik. Itu adalah sikap mementingkan diri. Tidak hairanlah dalam memegang amanah, ada yang masih boleh pecah amanah walaupun berjawatan tinggi.

Sistem yang diperkenalkan barat hari ini hanya menguntungkan segolongan kecil. Saya mengaitkan ia dengan Ia dengan sesuatu yang dipanggil hukum Pareto. Teori ini diperkenalkan oleh seorang engineer, yang juga merupakan pakar ekonomi  daripada Italy. Kandungan umum mengenai pareto principle ini adalah 20% menjadi pelopor manakala 80% menjadi pengikut. Senang untuk saya jelaskan dalam konsep yang mudah, kajian telah dibuat oleh vilfredo pareto yang mengatakan dunia ini diperintah oleh 20% golongan bijak, manakala 80% lagi hanya menjadi pengikut.

Untuk mengaitkan teori ini, amat mudah. Ramai yang hanyak mengikut sistem yang dicipta oleh 20% bijak pandai ini. Mereka mahu memastikan tidak ramai manusia yang boleh berfikir. Mereka mencipta pelbagai sistem seperti sistem pendidikan, perbankan, pelajaran, pentadbiran negara dan banyak lagi. Semua ini untuk melimitkan potensi manusia daripada berfikir. Sistem perbankan hanya menguntungkan segelintir orang sahaja. Terutamanya kepada negara penjenayah seperti Amarika Syarikat. Dalam 20% ini berapa ramai golongan bijak ini berbangsa Yahudi?

Sistem yang dicipta hari ini tidak lain hanya untuk mengepung minda masyarakat. Ia menjadikan skop pemikiran menjadi lebih kecil dalam kehidupan. Tidak semestinya seorang yang belajar engineering tidak boleh menjadi seorang ustaz, mahupun pakar ekonomi. Ulama zaman dahulu mahir dalam pelbagai bidang ilmu, seorang doktor juga merupakan seorang ahli matematik dan astronomi. Mereka juga merupakan Ulama.

Semasa belajar, aspek pembinaan diri tidak harus diabaikan. Terjun kedalam masyarakat dengan realiti adalah perlu. Ia bukan bermaksud terjun kedalam masyarakat dengan hanya berbaring dan menghadap facebook dan laman social lain. Ia tidak membantu, malah menjahanamkan lagi segala potensi. Orang yang bijak menulis dan berbicara di alam maya tidak semestinya petah berkata-kata dan boleh menyampaikan pidato di hadapan orang ramai tanpa merasa gentar. Ia tidak realiti.

Kemajuan itu terletak kepada diri. Sekiranya diri dibina dengan baik, akan keluar perkara baik yang menerangi kehidupan dan masyarakat. Di dalam Al-Quran, Allah cukup menekankan supaya manusia berfikir!

Kemajuan yang sebenar adalah daripada diri sendiri. Ia daripada dalam dan dizahirkan. Bukan daripada faktor luaran meresap masuk ke dalam hati.

Ini artikelnya 




Ramadhan 2013 : Perjalanan baru

Ramadhan pada kali ini membawa cerita yang berlainan dalam perjalanan hidup. Ia berbeza daripada bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas. Ramadhan pada sebelum ini sungguh berpeluang untuk berpuasa bersama keluarga selama 30 hari penuh. Tetapi pada tahun ini skripnya berbeza. Universiti mengadakan program Amalan kejuruteraan yang membuatkan kami terpaksa berada di Universiti untuk menjalankan praktikal.

Amalan kejuruteraan ini tidaklah menggunakan masa yang banyak untuk dijalankan. Masanya tidak begitu terikat dan tidak lama seperti  waktu kuliah yang biasa. Saya dan beberapa orang rakan merancang untuk memulakan perniagaan menjual air buah di Bazar Ramadhan sekitar.

Pengalaman

Walaupun masih awal dalam perniagaan bazar ini, banyak yang boleh dikongsi bersama. Ia banyak mengajar tentang realiti kehidupan. Semasa belajar, apabila tidak hadir ke kelas, tidaklah nampak sangat kesan jangka pendeknya. Tetapi dalam perniagaan, apabila tidak datang untuk berniaga, kesannya akan dirasasi dengan cepat. Hari pertama ramadhan pada tahun ini juga merupakan hari pertama kami berniaga bazar ramadhan. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Seawal jam 4 petang sudah ada yang datang membeli. Pada mulanya yang datang membeli hanya daripada kaum cina. Itu tidak menghairankan. Tidak lama selepas itu datang pula beberapa remaja melayu untuk membeli. Mereka datang dan membisikkan “ ikat tepi ye bang ”. Fahamlah apa maksudnya. Saya menjadi serba salah untuk menjual kerana takut bersubahat dalam melakukan perkara mungkar. Lama selepas itu saya berfikir, kami bukan menjual sesuatu yang tidak baik, tetapi yang menjadi masalahnya adalah penggunaannya ke arah apa.

Mungkin sahaja dengan penjualan ini dapat memberikan tenaga kepada mereka yang membeli untuk beribadat malam, dan mungkin juga akan ada yang menggunakan tenaga hasil daipada makanan itu untuk melakukan rompakan. Saya tidak boleh mengawal apa yang mereka lakukan, tetapi saya boleh mengawal dan menyediakan makanan/minuman yang baik untuk kesihatan dan tenaga. Ia terpulang keapda individu sendiri.

Benarlah kata rasulullah S.A.W  bahawa perniagaan ini merupakan 9/10 daripada punca rezeki. Kini saya telah merasainya. Bukanlah bermaksud perniagaan yang dijalankan ini telah mendapat untung yang besar, tetapi dalam konteks kemampuan untuk menambah baik lagi servis dan kualiti untuk lebih maju kehadapan. Ia tidak terikat kepada sesuatu seperti kerja makan gaji. Dalam perniagaan ini, apabila ada idea yang boleh membawa kepada lebih maju kehadapan, maka dapatlah hasilnya secara terus. Ia menjadi lebih fleksibel dan bergantung kepada diri sendiri. Manfaat penuh dirasai.

Agak beruntung menjadi mahasiswa yang berniaga, selok belok perniagaan dapat diketahui dengan lebih awal. Aspek keusahawanan dapat di praktik. Ianya menjadi lebih realiti. Berniaga bazar ini membuatkan kami lebih kenal dengan kehidupan peniaga. Susah rupanya untuk mencari rezeki. Kami menjadi lebih prihatin dengan masalah sekeliling dan corak kehidupan masyarakat melayu yang berniaga secara kecil-kecilan ini. 

Sokongan daripada rakan siswa juga sentiasa dihargai. Mereka amat menyokong usaha ini.  Ramai yang datang ke gerai untuk memberikan sokongan. Saya fikir cara ini lebih berkesan untuk menunjukkan “kuasa mahasiswa” berbanding turun ke jalan raya untuk merusuh supaya masyarakat “gentar” dengan mereka. Hakikatnya ramai yang begitu menyampah dan menyumpah kepada mereka.

Melayu dan berniaga

Semua yang berniaga di Bazar Ramadhan ini adalah melayu. Saya memerhati mereka, dan melihat perniagaan mereka tidaklah terlalu teruk. Bahkan ada juga pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli. Dalam hati bermonolog, macam mana melayu boleh ketinggalan dalam ekonomi sedangkan perniagaan mereka maju?  Saya yakin ada diantara peniaga di sini mendapat untung mencecah ribuan ringgit untuk satu hari. Selepas diperhatikan semula, nampaklah yang melayu ini hanya hebat di pasar-pasar malam, bazar dan kedai-kedai kecil. Sekadar untuk hidup selesa atau cukup makan sahaja. Tidak ramai yang memasarkan produk ke peringkat yang lebih tinggi dan global. Perniagaan taraf kampung yang boleh membawa keselesaan dan terjamin hanya kepada keluarga menjadi pilihan. 

Peniaga cina mendominasi pasaran yang lebih besar. Mereka mengamalkan perniagaan cara moden. Mereka memegang barangan mentah dan barangan asas yang amat penting. Mereka mampu untuk mengawal harga barang. Ini secara tidak langsung mengawal juga peniaga-peniaga melayu di pasar, bazar dan kedai-kedai kecil.

Orang melayu ini dilihat mengamalkan moto yang dipanggil “bolehlah, asalkan cukup makan”, tidak tahu untuk mencari lebih. Mungkin ada yang kata zuhud, zuhud bukan terletak pada harta. Zuhud terletak pada hati. Biar harta berjuta asal ia ditangan, bukan dihati. Harta yang banyak mampu menyumbang kepada agama dengan lebih banyak.

Realiti kehidupan


Mencari rezeki dan berpuasa merupakan sesuatu yang realiti. Sebelum ini ibadah puasa hanya dilaksanakan di rumah, tanpa ada sebarang aktiviti lain. Makan, minum membaca, dan malamnya berbukan puasa. Ia tidak mungkin sama dengan ibadah puasa orang yang bekerja pada siang hari dan beribadat kepada Allah pada malamnya. Ia menjadikan diri lebih bertanggungjawab kepada dunia dan akhirat. Sekiranya tidak bekerja, bagaimana untuk mendapatkan rezeki. Allah Maha Kaya, tetapi dia biarkan kita berusaha untuk mengagihkan rezekinya dengan begitu adil sekali. Siapa berusaha dia dapat.





Seminar Warisan Kebangsaan 2013

Seminar warisan kebangsaan ini dianjurkan bersempena ulangtahun Ke 5 Melaka bandaraya warisan dunia dimana telah mendapat pengesahan daripada badan warisan dunia (UNESCO).

Pada 2 hingga 3 Julai 2013 yang lalu, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM ) dijemput sebagai wakil kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menghadiri seminar ini. Rata-rata pelajar daripada UKM sedang bercuti dan tidak dapat dapat menghadiri seminar ini. Kami daripada UTeM dijemput bagi mengganti mereka.

Pelbagai input yang diperolehi. Banyak juga cerita-cerita yang tidak pernah diceritakan berkaitan sejarah Melayu dikongsi dalam seminar ini. Ini lebih membuka mata saya tentang keagungan dan kecanggihan teknologi Tamadun Melayu. Pada saya, sejarah yang diajar dalam silibus kurikulum sedia ada tidak cukup untuk menanam kebanggaan tentang  Tamadun Melayu dalam kalangan golongan muda. Saya bersetuju dengan ucapan Tuan Yang Terutama Negeri  Melaka dalam ucaptamanya yang berpendapat kajian secara mendalam dan lebih saintifik perlu diperbanyakkan lagi bagi membongkar semula tamadun Melayu yang telah dilenyapkan oleh penjajah.

Kita mungkin mendengar pelbagai cerita yang berkaitan keagungan Tamadun Melayu pada masa dahulu, tetapi ia banyak ditokok tambah sebagai bahan penyedap cerita tanpa ada bukti, fakta dan kajian. Ia tidak kuat dan tidak boleh dijadikan bukti sejarah untuk diiktiraf. Kajian yang saintifik perlu dilakukan untuk mengemukakan bukti yang sah tentang kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka.

Dalam seminar ini dibentangkan kertas kerja berkaitan perancangan bandar di Bandaraya Melaka ini. Barulah saya mengetahui bukan mudah rupanya untuk mengekalkan aturan dan sejarah yang terdapat di sini. Sebagai contoh, kedai-kedai yang berada dalam wilayah sejarah ini mahu melakukan pengubahsuaian premis perniagaan. Mereka tidak boleh sesuka hati membuat perubahan dengan mengubah bentuk bumbung, warna bangunan dan aturan yang boleh membunuh identiti bandaraya sejarah. Setiap projek yang dilaksana perlu dikaji dan dirujuk supaya warisan yang ada tidak tenggelam dan terhapus.

Ada peserta yang begitu marah dalam sesi soal jawab. Katanya Melaka semakin lama telah kehilangan identiti sejarahnya. Ini kerana bangunan yang didirikan bukanlah secara mutlak menunjukkan kegemilangan Tamadun Melayu, tetapi ianya lebih kepada peninggalan Portugis, Belanda dan Inggeris. Saya amat bersetuju sekali dengan apa yang dinyatakan. Kurangnya aspek ketamadunan Melayu diangkat. Kadangkala sakit hati juga melihat kapal besar portugis, kota A’ famosa yang menjadi peninggalan pada hari ini untuk ditatap sedangkan tiada kemegahan Tamadun Melayu yang tinggal untuk menjadi saksi pada hari ini.  

Saya telah berkenalan dengan seorang consultant UNESCO yang datang daripada Vietnam. Beliau seorang yang begitu peramah. Saya duduk disebelahnya pada majlis makan beradab di Perkampungan Hang Tuah. Dia mahu mencuba setiap adab dan makanan yang dihidang seperti makan bersila, makan menggunakan tangan dan menjamah kuih tradisional. Kami berkongsi cerita. Saya banyak bertanyakan kepadanya tentang UNESCO dan serangan Amarika terhadap Negara Islam seperti Afghanistan. Di Afghanistan, terdapat juga tempat yang menjadi warisan sejarah dunia. Tempatnya dikenali sebagai buddhas of bamiyan. Saya bertanya kepadanya, adakah warisan sejarah itu musnah akibat serangan Amarika ke atas Afghanistan? Dia mengakui.

Warisan sejarah itu telah dimusnahkan. Saya bertanya lagi, kenapa? Dia berkata mereka memusnahkan kerana disitu adalah tempat keagamaan, dan ada kemungkinan menjadi tempat persembunyian pengganas. Bisik saya dalam hati, nampaknya perkara yang sama terjadi seperti apa yang Melaka alami dahulu, semuanya dimusnahkan. Tidak kira sama ada ianya warisan sejarah atau tempat ibadat.

Saya mencari maklumat tentang ini di Internet.  Maklumat di Internet kadang kala tidak boleh diambil sebagai rujukan utama kerana ia pasti akan menyebelahi pihak barat. Pasti sahaja bukan salah mereka yang membawa kepada kerosakan. banyak lagi perkara yang dibualkan.

Dibawah terdapat gambar-gambar suasana makan beradab dan persekiratan Bandaraya Melaka. Semoga dengan gambar-gambar ini dapat memberikan sedikit gambaran tentang suasana kesultanan Melayu Melaka dahulu. 













Bersama Mr Nguyen Khanh Tuan, UNESCO consultant, Ministry Of Foreign Affairs, Vietnam




Apapun, siapa yang dapat melawan Takdir Allah. Walau sejuta bom digugurkan, kalau tidak diizin untuk musnah tidak musnah juga .Begitulah yang terjadi keapda Firaun yang mengejar Nabi Musa suatu ketika dahulu. Allah menyimpan jasadnya untuk ditonton da supaya kita mengambil iktibar. Apa yang berlaku ini bukanlah untuk kita hanya tahu ia hanya sejarah, tetapi apa yang kita perlu lakukan supaya ianya tidak berulang lagi, itu yang utama.