Ads

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)


Alhamdulillah salah seorang adik berjaya mendapat peluang belajar di sekolah ini. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah berasrama Penuh (SBP). Ianya seangkatan dengan sekolah yang kebiasaannya kita dengar dengan nama Sekolah Sains, yang menjurus kepada aliran agama. Terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Malaysia ini iaitu SMAP Labu, SMAP Kajang dan SMAP Bentong. Tujuan saya menulis adalah untuk memberikan sedikit informasi kepada para ibu bapa yang bakal mendaftarkan anak-anak mereka pada 29/1/13 ini. Hari ini kami sekeluarga berpeluang melawat ke sekolah ini. Lawatan awal sengaja dibuat untuk memudahkankan lagi urusan pendaftaran pada 29/1/13 ini.

Suasana Awal

Daripada Exit Tol Karak perjalanannya mengambil masa kira-kira 20 minit. Lokasi sekolah ini letaknya agak di pendalaman juga. Sepanjang jalan daripada Exit tol karak, kiri dan kanannya adalah hutan, dusun dan perkampungan. Suasana yang amat sesuai untuk seorang pelajar, jauh daripada kesibukan kota. Saya menasihatkan supaya memandu dalam keadaan tidak terlalu laju dan tergesa-gesa kerana keadaan jalannya yang beralun dan berlubang serta kawasan perkampungan yang menjadi laluan utama penduduk disitu.

Ketika asyik melawat sekolah, tiba-tiba terjumpa pula dengan seorang rakan Ayah. Anaknya berada di sekolah ini, tingkatan satu. Katanya pelajar hanya dibenarkan pulang sebulan sekali. Untuk Outing pula adalah di Bandar Bentong yang jaraknya mengambil masa selama 30 minit. Umi bertanya kepada rakan ayah, Sekolah ni ada apa-apa masalah tak?. Katanya tiada masalah, Cuma yang menjadi masalah, anak lelakinya yang tingkatan 1 itu terpaksa tinggal seorang diri dibilik asrama kerana pelajar masih tidak ramai. Sebuah bilik dapat memuatkan 8 orang pelajar. Katil 2 tingkat. Kemasukan tingkatan 4 pada tahun 29/1/13 ini merupakan batch yang pertama yang bakal mengambil SPM pada tahun 2014.

Risau

Menjadi kerisauan juga kerana sekolah ini masih baru. Risau itu adalah kepada aspek pengurusan dan guru-guru yang bakal berjuang disini. Ayah berkata, sekolah ini sekolah baru, pengurusan pun belum mantap. Kalau guru-guru muda pula yang akan memikul tanggungjawap mengajar, pastinya keadaan akan menjadi lebih risau. Ini kerana guru-guru muda masih “fresh” dan tidak ada banyak pengalaman dalam mendidik dan menguruskan pelajar. Bukanlah meragui kemampuan tetapi hanyalah kata-kata hati yang pastinya mahu dielakkan daripada berlaku. Saya menambah, rasanya kita tidak perlu risau kerana sekolah ini adalah sekolah berasrama penuh. Pastinya pihak kementerian yang bertanggungjawab menguruskan pentabiran pusat semua sekolah berasrama penuh di Malaysia ini ada ramuannya yang tersendiri. Saya yakin mereka berpengalaman dalam menguruskan anak-anak emas mereka ini. Ia bukan sekolah biasa. Pemantauan yang ketat dan teliti pastinya akan diberikan.
Batch yang awal ini perlulah banyak berkorban kerana sudah semestinya banyak kemudahan masih belum dapat disediakan secara maksima.

Berikut adalah gambar-gambar sekolah yang sempat ditangkap.

Pemandangan daripada pondok pengawal


Dewan

Asrama

Asrama Lelaki, Dewan Makan, Asrama perempuan



laluan ke blok akademik

surau

bangunan pentadbiran

Blok akademik



suasana yang cukup nyaman. Bukit bukau menghiasi pemandangan




Begitu Indah Potret Alam ciptaan Allah S.W.T kawasan yang masih segar 





Lanjutan daripada post ini : Melawat Hidayah ; 19 Januari 2014