Ads

Sakit Belakang


Alhamdulillah baru sembuh daripada sakit belakang. Barulah aku tahu betapa nikmatnya kalau boleh duduk. Sebelum ni kalau sakit, memang tak selesa kalau diposisi duduk. Banyak hikmat yang boleh dapat sepanjang sakit ni. Sebelum ni pernah tak kita terfikir, berapa kalikah kita duduk dalam sehari? Bangun dan duduk adalah rutin harian bagi manusia. Masa sakit nak duduk pun susah, nak bangun pun susah. Jadi secara tak lansung dapat dikira berapa kali duduk dan berapa kali bangun untuk melakukan kerja. Semua yang biasa dilakukan dengan mudah semasa sihat menjadi kesyukuran apabila tiba masanya kita melakukan perkara mudah itu semasa sakit. Alangkah indahnya kalau kita tetap bersyukur walaupun ketika dalam keadaan sihat.

Tulang belakang mengandungi saraf yang mengawal seluruh tubuh. Berjalan, makan, minum, dan segala-galanya yang berkaitan dengan pergerakan kita. Bersembang dengan seorang rakan yang pernah mengalami masalah saraf tulang belakang. Saraf tersepit antara tulang belakang akibat terjatuh. Medengar cerita darinya cukup mengerikan. Kesakitan yang dialami agak perit dan yang lebih mengancam, kesakitan itu membuatkan seseorang tak boleh bergerak, sudahlah sakit tidak mampu berbuat apa-apa pula.



Aku terfikir, Kalau sakit yang hanya melibatkan sebahagian anggota ini sahaja sudah tidak terperi, Alangkah sakitnya lagi Sakharatul maut yang setiap inci daripada tubuh kita merasai kesakitannya. Tertusuk jarum kecil di jari sudah meraung bagaimana gayanya kalau setiap inci tubuh ditusuk dengan jutaan jarum. 


YaAllah Permudahkanlah Urusan kematian kami. Berilah taufik dan hidayahMu… Aku takut yaAllah…     

SEM 3 : Pro Dan Kontra Kolej kediaman


Alhamdulillah masih dipanjangkan Umur untuk menghadapi semester 3 di UTeM. Semester ni dapat pula kolej kediaman yang agak mencabar. Tumpang ada banyak masa ni Saja nak penuhkan blog dengan Isu ni. Untuk sama-sama kita fikir.

Pro
Mungkin juga ia memudahkan para pelajar supaya tidak pening kepala untuk mencari penginapan. Tapi faktor keadaan kolej dan lokasi perlu diambil kira. Bas disediakan, tapi mungkin tak on time. Dengar cerita ambil masa 50 minit untuk ke Induk dari makmur kalau naik bas. Walaupun ini ruangan pro, tapi ada saja masalah yang aku fikir. Dan kontranya banyak pula yang dapat disenaraikan. Mungkin ada lagi kebaikan yang aku tak Nampak. Rakan-rakan yang ada pandangan boleh kongsikan ye.

Kontra
 Khabarnya bermacam-macam masalah dengan Kolej yang bakal kita masuk ini. Masalah air karat, wifi, kedudukannya yang tak strategik. Ialah memang agak tidak strategik kalau hari-hari terpaksa berulang sejauh 19 km untuk ke kelas. Satu hari mau ada 40 km berulang pergi balik, traffic jam, kerenah pemandu, harga makanan, minyak. Inilah antara mujahadah yang terpaksa dihadapi. Tapi lepas difikirkan lokasi, kondisi asrama dan pelbagai faktor lain, rasanya lebih baik menyewa di luar sahaja. Ini nampaknya lebih baik. Pihak pengurusan sepatutnya faham dan membenarkan para pelajar menyewa di luar yang pastinya lebih dekat dengan Kampus. Apalah guna kalau asrama yang jauhnya 40 km pergi balik, menempuhi jalan raya yang sesak, lebih susah daripada menyewa di luar yang lebih dekat. Bukankah lebih memudahkan. Alasan keselamatan dan kebajikan pelajar tak payah tanyalah boleh fikir sendiri.
Yuran asrama RM 500 sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dipulangkan jika tidak tinggal di asrama. Ialah sebelum sampai duit poket adalah saringan dulu, potong yuran pengajian, dan asrama. Adilkah jika RM 500 yuran kolej kediaman tidak dipulangkan dan dikira hangus walaupun tidak tinggal di “Asrama”??. Alasannya mungkin diwajibkan tinggal diasrama, tak ikut peraturan. tapi mengapa perlu memberikan kami kolej kediaman yang seperti ini. Sepatutnya Dengan penganugerahan asrama dapat memudahkan lagi pergerakan pelajar. Bukan kami yang meminta untuk tinggal di kolej yang seperti itu. Ianya paksa rela dan terpaksa membayar untuk sesuatu yang manfaatnya tidak kita perolehi dengan sepatutnya.

Di UiTM shah Alam, para pelajar berebut-rebut untuk tinggal di asrama. Ada diantara asrama mereka sama seperti kita, di luar kampus. Tapi jaraknya dekat, jalan kaki pun sampai. Mereka terpaksa mengumpul banyak kupon aktiviti, dan aktif di Universiti. Berebut-rebut nak masuk Asrama. Tapi kita, berebut-rebut nak keluar. hehehe     

Mungkin akan ada yang cakap alah, senior-senior sebelum ni tak ada hal pun tinggal disana. Ya betul, memang tak ada masalah. Apa yang aku Nampak masalah utamanya sekarang bukanlah soal Kolej kediaman. Tapi masalah RM 500 yang tidak dipulangkan. Kalau RM 500 tu dipulangkan mungkin “masalah dunia” ini akan selesai. Hahaha. Kita boleh guna duit tu sewa tempat lain pula. Lain orang lainlah pandangannya. Aku tak mahu salahkan Pentadbiran asrama, mereka mungkin mereka dah lakukan yang terbaik untuk kita, tapi bukan yang terbaik sepatutnya kita dapat.  Bukan semua orang kaya. Mungkin ada kawan-kawan kita dalam dilema antara wang dan kemudahan.

Sedikit pengiraan

Minyak aku kalau sem lepas Ulang dari Murni seminggu ada dalam RM 35. Sebulan RM 140. Andaikata 1 Sem 4 bulan, adala dalam +- RM 560

Kalau ulang ke makmur mungkin seminggu akan jadi RM 40 ++. Katakanlah RM 43. 1 sem 4 bulan jumlahnya boleh jadi RM 688.

RM 688 – RM 560 = RM 128, jadi perbelanjaan minyak sem ni akan bertambah RM 128.
Kalau dapat sewa di TTU, minyak mungkin tak lebih RM 30. Katakanlah RM 27 seminggu. 1 Sem = RM432

Beza kalau tinggal di Makmur dan TTU :
Makmur – TTU
RM 688 – RM 432 = RM 256 dapat dijimatkan.

RM 500 yang burn tadi tolak minyak RM 256 = RM 244.
So aku burn RM 244 dengan faedah masa, tenaga dan kemudahan.

Allah yang memberikan rezeki. Tapi kita tetap perlu realistik. Allah pun ada kata, Dia tak akan mengubah sesuatu kaum selagi sesuatu kaum itu tak mengubah dirinya sendiri.

 Pokoknya : Yakin pada Allah (Syariatullah) + Realistik (Sunatullah) Semoga Allah memberikan rahmat kepada kita semua warga BMFU sekalian…  

Keperluan tingkatan dalam Kehidupan


Alhamdulillah semalam sempat menghadiri majlis solat hajat perdana bersama adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tak lama dah, minggu depan hanya 3 hari yang menentukan 6 tahun belajar. Ini mungkin juga fasa-fasa akhir UPSR akan dijalankan. Lepas ini akan digantikan dengan KSSR. Mungkin mereka ini masih terlalu awal untuk menghadapi peperiksaan besar, sejak kecil dididik menjadi “skema” tidak kreatif dan hanya terkongkong dalam satu jalan. Selepas ini Sistem pembelajaran sekolah rendah diharap dapat membina watak para pelajar yang baik, kreatif. Masa kanak-kanak adalah masa untuk bermain dan belajar bukan menjadi skema dan menganalisis sesuatu yang tidak berorientasikan kehidupan secara mutlak.


Semalam sempat melawat keadaan sekitar sekolah. Hairan juga aku melihat semua infrastruktur disini kecil-kecil belaka. Hehehe. Sebenarnya aku yang membesar. Kerusi, meja, serta kedudukan papan kenyataan agak rendah. Sesuailah dengan ketinggian fizikal pelajar yang bersekolah di situ. Masuk sekolah menengah infrastrukturnya sedikit tinggi dan besar. Ianya mengikut keperluan, kemudahan, dan kemesraan para pelajar. Boleh kita kaitkan dengan Ilmu kita?

Jika dahulu semasa tadika kita belajar alif ba ta, masuk sekolah rendah kita belajar mengeja, tahap dua sudah boleh membaca, sekolah menengah sudah pandai membuat karangan dan artikel. Itulah stepnya. Bagaimana pula dengan Ilmu agama kita. Adakah masih alif ba ta walaupun usia sudah menjangkau remaja dan dewasa. Hukum hakam yang dahulunya tak perlu kita tahu semasa kecil kini kita perlu tahu. Pertambahan dan Perkembangan Ilmu perlu selaras dengan keperluan dan Umur kita. Samalah seperti Infrastruktur di sekolah. Semuanya untuk menjadikan kita lebih Berjaya dengan infrastruktur/ilmu yang sepatutnya.